Sunday, January 21, 2024
Monday, September 4, 2023
Malam
Friday, January 13, 2023
Rindu tiada noktah..
Sunday, September 18, 2022
Sabar itu indah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Anakanda, hari ini tanggal 21 Safar 1444 . Ini bermakna sudah lebih 40 tahun ibu bergelar isteri . Walau ayahanda kalian telah lama pergi mendahului kita, ibu tetap berdiri di sini bersama kalian untuk menyambung tanggungjawab kami. Walau ibu kadangkala terasa terhimpit dan ingin mengalah dengan dugaan yang datang bertimpa -timpa, namun ibu segera tersedar ! Alhamdulillah . laa hawla wa laa quwwata illa billah .
Seandainya segala rasa sedih, kecewa itu ibu yg lalui nya, inshaa Allah ibu bolih bertahan. Namun,ketahui lah anakanda , jika ada perkara yang kita khuatirkan pada salah saorang dari kalian yang menanggung nya rasa berat nya dalam dada ibu berganda lagi ...
Sabar lah anak ku . Akan tiba saat itu . Saat segala cita - cita dan impian kalian akan tercapai . In Shaa Allah selagi hayat dikandung badan , Ibu akan harungi apa yg dihadapan demi kamu semua. Kita akan lalui takdir yg ditulis Nya bersama - sama .
Anakanda , ingat pesanan ini.
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."(QS: Al-Kahfi Ayat: 28)
Anakanda , teruslah berdoa ,ikhtiar dan bertawakal lah untuk capai apa yang kalian harapkan . Jangan kecewa jika hasilnya bukan seperti yang diharapkan.
Cukuplah Allah sebagai tempat kalian berserah diri, DIA juga sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong . Terus lah bersangka baik dengan manusia walau ada kala hati terluka . Jika kau jatuh,bangun semula . Jatuh lagi ? Kumpul kekuatan dan semangat untuk bangun lagi ! Yang paling ibu takut adalah apabila 'terjatuh' , kalian terus baring dan terlena .
Ingat lah anakanda , ada sebab mengapa hamba _Nya diuji . Kalian pun sudah sedia maklum kan ?
“Dan sungguh Aku akan uji mereka dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Maka berilah khabar gembira bagi orang yang bersabar "
( Q.S. Al-Baqorah: 155 )
Cukup di sini dulu anakanda. Entah bila lagi dapat ibu tulis pesanan buat kalian. Malam pun semakin larut ...
🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Thursday, July 21, 2022
Terus melangkah
Sunday, June 26, 2022
Thursday, August 26, 2021
Tuesday, June 22, 2021
Tunggu ,aku kan pulang
Friday, December 4, 2020
Redho bukan melupakan
Hari ini ,18 rabi 'ul akhir 1442. Empat tahun telah berlalu, namun kenangan itu sentiasa bermain2 dlm ingatan.
Bagaimana untukku lupakan saat itu , sedangkan parut dan kesan nya masih dapat ku sentuh dengan jari-jemari ku. Aku mungkin mampu bertahan dengan dugaan dan kesakitan yang Allah Azawajalla 'hadiah'kan pada ku, in Shaa Allah . Namun tarikh dan peristiwa 'kehilangan' dia masih segar dalam ingatan. Alhamdulillah, saat sukar, saat pedih , tetap ada insan - insan yang sentiasa menghulurkan tangan.
Kalian boleh cuba menasihatkanku agar redho dan lupakan kenangan silam dan masa lalu telah jadi sejarah. Namun mana mungkin untukku lupakan kerana setiap hari nama dia tetap ada dalam doa-doa ku.
Redho bukan bermakna mesti melupakan..!
# “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Surah Ali Imran: 185) #
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○
Wednesday, September 30, 2020
Lepat Jagung
Bahan - bahannya :
👉 Isi jagung - 2 cawan (dihiris nipis)
👉 Tepung beras - 2 cawan
👉 Tepung kastad - 1 cawan
👉 Santan segar - 500 gram
👉 Gula perang - 1 cawan
👉 air - 4 cawan
👉 garan halus
👉 beberapa helai daun pandan.
# kulit jagung jangan buang , kalau bolih pilih jagung yang agak besar agar kulit nya pun besar. Senang untuk membungkus lepat kita nanti.
🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
Cara - cara :
🥄Campur semua bahan- bahan diatas kedalam periuk , pastikan tepung telah larut dan tidak bergentel sebelum dikacau sehingga pekat dengan api yang perlahan.
🥄 Setelah pekat, mulakan kerja-kerja membungkus. Seeloknya bungkus masa masih panas.
🥄Pastikan daun dibersihkan terlebih dahulu .(jika tiada daun jagung, daun pisang atau acuan kuih lompang pun bolih .tp rasanya mungkin ada perbezaan )
🥄 Setelah itu kukus lebih kurang 10minit
#Pastikan air dalam kukusan mengelegak terlebiih dahulu ye..
Lepat Jagung ini sesuai disejukan terlebih dahulu sebelum makan.
Selamat mencuba ... 🌾
Thursday, August 27, 2020
Redho
Bila rasa bahagia, - " Aku ingin hidup 1000 th lg."
Bila kecewa melanda, -"Aku tidak ingin hidup lagi..."
Demikianlah hidup kita jika masih bergantung dengan makhluk. Namun apa pun terjadi dengan hidup ini , nafas harus dihela dengan rasa syukur. Maka teruskan langkah , dalam sulit atau senang. sebelum langkah betul -betul terhenti di saat yg telah ditetapkan. Pasrah!!. Bertawakal lah seperti burung. Terbang waktu pagi dengan perut kosong. Pulang petang nya dgn perut yang kenyang. Rezeki tetap ada pada setiap makhluk. Jangan pernah gusar. Yg penting, ukur baju di badan sendiri. Dan jangan sesekali jeling isi pinggan org lain, dengan membanding apa yang di dalam pinggan kita.... 🌹🌷🌻🍀🌼🌹
Wednesday, July 22, 2020
Tasik Puteri kami datang
Mashaa Allah ..Tabarakallah.
Inshaa Allah ,dikesempatan lain, kami akan berkunjung lagi..
Wednesday, April 8, 2020
PKP...22
Jazakillah khairan kathira.. atas pemberian ini. Dalam berkira-kira untuk alas perut petang ini, tiba-tiba ada rezeki dari Allah . Terima kasih kerana pemberian ini. Sedia maklum, pergerakan untuk keluar rumah sangat terhad. Untuk membeli keperluan asas pun harus fikir beberapa kali dahulu. Alhamdulillah, buat masa sekarang tiada keperluan yang sangat mendesak. Mudah²an ujian ini akan segera berakhir dan tiada korban nyawa lagi.. Aamiin. "Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang.” HR :at-Tirmizi daripada Umar bin al-Khatab. 🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾 |
Sunday, February 9, 2020
Simpan...
namun kenangan itu sentiasa bermain2 dlm ingatan dan menjadi peneman mimpi ku !!.
Tuesday, January 14, 2020
Dahulu dan sekarang
Hari ini cucu-cucu pulang awal dari tadika. Anak ku bersilat di dapur untuk siapkan juadah tengahari. Dia berhajat bawa bekal dan makan di pantai. Bersorak-sorak tiga beradik bila dikhabarkan akan ke pantai selepas solat zohor.
Jam dua lebih baru keluar rumah. Panas terik dalam perjalanan. Syukurlah sampai tempat yang dituju ,ada tempat berteduh. Alhamdulillah,bolih lah hampar tikar ✅👍
Bila cuaca redup, bermula lah aktiviti mereka.... nenda tak daya nak sertai. Melihat anak menantu melayan kerenah cucu-cucu dengan sabar, teringat anak- anak kami sebaya mereka dahulu.
Sesekali terlintas dihati, ibu bapa sekarang yang punya anak kecil dan yang masih bersekolah, cabaran nya sangat besar. Setiap penjuru , hadapan dan belakang!!! Tiada senjata lain untuk didik anak-anak, melainkan ilmu,doa dan sabar. In Shaa Allah, moga semua cucu-cucu nenda dalam lindungan Allah Azawajalla hendak nya.
Melihat mereka bermain pasir, tiba-tiba teringat dua lagi cucu di selatan. Bagaimana suasana bila mereka berkumpul ya,barangkali tentu lebih meriah . Melihat laut yang terbentang luas dan pasir pantai yang terhampar di hadapan mata, fikiran pun terus melayang entah kemana... Apa pun yang aku fikirkan tentang perjalanan hidup ini, cuma mampu berlegar-legar dalam fikiran...
Selagi belum 'dijemput ke negeri yang kekal ' ,Apa pun yg aku rasakan, mudah-mudahan dapat aku teruskan hari ini dan hari-hari mendatang ,dengan berlapang dada dan tanpa tekanan... KITA, apa yg kita FIKIR... mampukah aku?
#Tidak sangka pula budak 5 tahun berani memanjat !!! Anak bapak... ✅👍
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang.”
HR :at-Tirmizi daripada Umar bin al-Khatab..
Monday, October 28, 2019
Hujan pagi ..
Hujan pagi telah berhenti. Ayam mula mencakar tanah dan ungas-ungas masih mengintai dicelah-celah daun.
Kaki ku masih berbungkus tebal.
Dingin mencengkam tulang. Syukur lah panggilan 'menuju kemenangan' ,
bisa memanaskan darah.... Ia mengalir bersama semangat , Inshaa Allah.
Semoga tidak akan padam
istiqamah dijalan Mu, Ya Rabb!!.
Jangan paling kan aku hingga di jemput mengadap MU , Ya Allah.
Aku ingin terus melangkah mencapai hajat yang belum terlaksana...
Thursday, April 4, 2019
Rindu!
Bila saat diambang senja,
matahari perlahan-lahan menghilang.
Ingatan seringkali menerpa,sosok bonda dan semua tentangnya.
Jerih payah meniti usia,air mata dan senyuman mu silih berganti.Tiada daya dan upaya ku bonda ,untuk membalas segala yg kau curah kan dari aku dalam kandungan dan hingga saat akhir hayat ku nanti.
Selain doa-doa ku buat bonda dan ayahanda , hanya rindu dan pesan-pesan mu mengiringi hari-hari ku.
Bonda....
*********** Ratunah, Ratu Hati Ku ******
Perempuan itu adalah ibu ku
perempuan yg menangguhkan segalanya
bagi impian2 mendatang.
Telah memaafkan, setiap dosa dan kenakalan
anak2 sepanjang jaman..
-Ariffin c noer
Saturday, March 30, 2019
Rindu.
Masa terus berlari...
Tiada lg
- bicara
- ketawa
- bunyi seret kaki nya yg perlahan
- batuk-batuk kecil dipagi hari
- keringat yg membasahi pakaiannya
- bercerita tentang masa lalu dan harapan masa hadapan.. :'(
-
-
-
Jestru tidak mungkin utk terjaga dimalam hari membetulkan bantal dan kedudukan tidurnya.
- tugas-tugas ku sebagai suri nya tiba-tiba terhenti tanpa amaran!!! Seperti kilat gelaran ku sebagai isteri ditarik . Ku kira kau bawa bersama di tempat persemadian mu..
Malam ini pakaian lusuh dia masih lagi menyelimuti malam ku seperti malam-malam yang lalu. Menemani mimpi -mimpi ku dan getar jantung serta helaan nafas ku. Miski malam ini cucu dan anak kami menemani tidur ku.
Apabila seorang sahabat serta suami beliau datang menziarahi kami dua hari yang lalu walaupun cuma seketika, namun banyak kata-kata nasihat yang diberi. Ada diantara nya sangat terkesan di sanubari. Alhamdulillah moga Allah Azawajalla berkati pertemuan tersebut.
Hari sudah semakin larut , aku perlu meluruskan badan dahulu demi menyulam hari esok dengan kisah-kisah untuk ku kenang dihari mendatang. Moga esok matahari masih bersinar ditempat nya.
●(Aku rindu bunyi dengkuran nya yg kadang-kadang memecah dingin malam. Tidur yang begitu lena kerana bekerja keras siang malam . Memerah fikiran dan keringat demi tanggungjawab dan mencukupi kami)●
MERSING,Johor.