Assalamualaikum.
selamat menyambut Hari Raya Korban
Kali ini saya beraya di kampung. Alhamdulillah, maka dapat bersama-sama adik beradik berkumpul. Masak dan kemas rumah bersama-sama. Namun satu sudut lagi ... Allah sahaja yang Maha Tahu akan perasaan saya. Sayu bila mengenagkan suami dan dua orang anak bujang saya terpaksa beraya di rumah kami di Dungun .Memang sangat susah memilih dalam dua keadaan yang sama penting. Apapun ini lah pilihan yang telah berlaku. Esok saya akan pulang menemui mereka.
Pagi Lebaran yang sangat sayu dan pilu.. Allah bantulah saya dalam mengawal perasaan ini. Tenangkan perasaan dan kawal air mata ini dari tumpah kebumi... Sesungguh nya saya telah terlambat !!!! Janji saya untuk beraya bersama-sama bonda tidak kesampaian.. Entah beberapa kali tertunda dan masa itu tidak mungkin akan berulang lagi. Bonda tidak mungkin kembali...
Pagi tadi saya buka almari bonda, capai sehelai baju Kurung Kedah dan sehelai Kain Sarong Batik kepunyaan bonda.. Baju dan kain yang saya jahit sendiri untuk bonda pakai semasa Hari Raya Puasa tahun lalu.. Masih elok dan berbau harum semerbak.. seharum tubuh bonda..
Bila saya keluar dari bilik, abang memandang saya dengan mata berkaca..namun dibibirnya ada sekuntum senyuman,membuatkan saya seba salah. Maafkan saya abang, jika dipagi yang indah ini saya mengusik perasaan mu. Saya tahu ini pakaian kegemaran Allahyarham bonda. Baju inilah yang abang sering pakaikan buat bonda... tetapi saya sekadar ingin memakainya dan untuk hilangkan rindu dendam saya buat bonda...
Ahli keluarga tengah menikmati juadah yang saya masak .. Mee Kari dan Ketupat Nasi... Saya cuma tolong tumis-tumiskan sahaja.. sedangkan penyediaan bahan mereka gotong royong.
Setakat ini dahulu.. kita jumpa di Dungun.
# Selesai sahaja menulis .... ada panggilan talipon menyatakan anak saudara kepada suami saya telah pergi menemui pencipta nya... Innalillahi wainnailahi Rojiun... Semoga roh dan jasad mu aman di dunia baru. ditempatkan bersama umat yang telah dijanjikan Syurga Nya... amin #