Thursday, April 24, 2014

sayur pedas buah gajus


Assalamualaikum.. 

 Musim buah gajus kah sekarang ini..? Buah gajus bermusim juga kah ?... saya tidak tahu..tetapi dipasar dan ada budak datang kedai untuk jual buah gajus... Kelmarin suami bawa balik 2kg buah gajus .. Sudah hampir maghrib dia pulang dari kedai nya.  Saya terdengar dia bercakap di talipon dengan sesaorang. Selesai bercakap dia pun beritahu saya bahawa dia tanya adik dia bagaimana untuk masak pedas buah jambu gajus. Masak pedas ? huhhhh tidak pernah makan pun.. sedap ke ? Tiba-tiba suami teringin makan sayur dari buah gajus tersebut. Biasa nya dahulu, pernah dia ajar saya masak Sayur Lemak Buah Gajus . Hmm. bolih tahan juga rasa nya. Sayur Pedas.. mamang saya belum pernah rasa apa lagi memasak nya...

 Setelah dia beritahu saya cara-cara membuat nya, setelah selesai Solat Maghrib, minum air sedikit dan jam 8 malam dia pergi sambung kerja di kedai runcit kami. Malam tadi saya off...hehehe. Tidak ikut ke kedai seperti biasa..Nampak gaya sup sayur campur yang saya buat sebelum itu, terpaksalah saya habiskan sorang-sorang.. 

Bila selesai menyayur..Berdebar-debar pula rasa dada ni.. betul ke resepi ni ? Aduh, saya tidak tahu rasa sebenar buah tersebut bila dimasak sedemikian.. Asyik tengok jam didinding, sambil rasa lagi.. cuak pun ada, mana lah tahu kalau tidak sama seperti Allahyarhamah mertua bikin..

Jam sebelas malam baru suami pulang. minum seteguk air, bersihkan diri dan tunai kewajipan.. setelah usai solat, tudung saji dibuka.. jeng..jeng.. bedebar lagi dada... saya senduk kan nasi kepinggan.. suami sudu kuah kemulut... Saya bertanya; " abang, jadi ke ? maaf saya tidak tahu rasa sebenar.." Dia sudu lagi kuah kemulut.. ambil sayur letak diatas nasi.. " Macam ni lah rasa nya... ". Huhhhh .. lega. Malam tadi suami makan seorang diri dan saya mengadap nya...  ( Saya kenyang meratah sup sayur sebelum itu...).

Sambil makan, suami pun bercakap.." nanti saya nak cari bunga dedap.. dahulu mak,masak lemak bunga yang belum kembang " saya pun jawab; " mak pernah cerita dahulu, tapi saya belum pernah makan.."

 Tiba-tiba teringat Allahyarhamah mertua.. dan saya dapat rasakan suami pun tengah merindui nya.. sepertimana saya pun tengah merindui mereka semua, .... mertua dan orang tua kami yang telah pergi buat selama nya.


                            

kg sg udang.





































































































Share:

4 comments:

Al-Manar said...

S O S !
Dua pokok dalam kawasan mula berbuah. Sudahpun sayur lemak - ada orang suka dengan sotong. Orang tua sudah tidak ada. Macam mana pula masak pedas? Kalau tidak ada 'copyright' sila email recipe ke almanar@pd.jaring.my

Maaf, lama saya tidak kemari. Website Bakawali hilang dari senarai bersama banyak yang lain. Nasib baik nampak dalam Pak Maiil. Kalau ada masa, sambil sambil berjual dikedai singgahlah diAlamanr dan tinggal sepatah. Sekurang2 nya orang tua tidak lupa!

is3zul said...

Tuan Al Manar.

Saya pun tahu masak lemak buah gajus, suami yg ajar. kerana sebelah selatan .. mmg taj pernah jumpa masakan yg enak ini.. kalau ada pokok pun buah akan berguguran begitu sahaja.

cara buat nya ringkas sahaja. tiada sukatan yg detail.. saya main anggar2 sahaja..

lada hitam (tumbuk halus),
ikan rebus /bakar (dibuang tulang, hancurkan ) ,
bawang merah (tumbuk halus)
daun kesum.
garam dan serbuk perasa jika suka...

buah gajus dicincang . jangan halus / besar sangat.

cara: campur semua bahan dalam periuk, letak air. bila mengelegak, masukkan buah gajus yg telah dicincang.. masukkan garamdan serbuk perasa. rasa dulu.. tutup api..
siap.

(cara buat nya lebih kurang masak pedas labu air / sayur keladi..)

Unknown said...

Mana nk dapat buah gajus ni kak?

is3zul said...

Maaf baru terbaca pertanyaan adik.. Tak pasti adik tinggal dimana. Jk di Dungun, bila musim buah gajus,ada terjual di Pasar Besar Dungun.