Tuesday, March 20, 2018

Rindu

Assalamualaikum.

          Sudah 4 hari Izzah berangkat pulang bersama ayahibu. Nenda terdengar dengar suara tangis mu dan terbayang raut wajah mu,sentiasa dihadapan mata nenda.
Lebih-lebih lagi rindu pada 3 lagi cucuanda yang telah sedia terlebih dahulu menetap didalam ingatan nenda. Ah.. pelik sungguh rasa rindu ini pada hal tidak sampai seminggu berpisah dengan Izzah. Shakirah,Syaqir dan Syazwan pun baru bulan lepas kita bersama.
           Lewat pagi tadi ingat nak turun ke tanah untuk buang/kemaskan apa yang patut di halaman dan pagar yang telah mula di panjat rumput liar untuk mengisi masa senggang. Buka pintu dapur,terus batalkan niat. Pancaran yang sangat terang dan berbahang...

         Ampun kan hamba Ya Robb. Kerana mengeluh dan  gelisah dengan bahang yg sedikit ini . Bagaimana nanti jika terus terhumban kedalam api yang menyala dan bolih mencair kan besi dan mengelegakkan otak...? Lindungi kami dari rasa tidak cukup dan resah gelisah Wahai Robb.

        Masuk semula kedalam bilik,buka semula ikatan langsir . Bila gelap dan tiada banyak cahaya yang menembusi tingkap baru airmata berhenti keluar. Eh..air mata keluar bukan sebab sedih, rindu atau sebagai nya.. jangan fikir yang bukan-bukan, kawan..hmmm.


Kebelakangan ini air mata seringkali keluar tanpa sebab. Untuk melihat keluar pun terpaksa kecilkan mata. Ada kala terpaksa guna kacamata hitam didalam rumah bila kepala rasa sakit bukan kepalang dan air mata keluar deras. Syukurlah sehari dua ini sakit kepala tidak menyerang lagi. Alhamdulillah.

     Pakaian juga terpaksa dijemur bawah teduhan atap. Sementara fikir apa juadah untuk kami bertiga kongsi , sempat saya belek-belek talipun tangan dan lihat apa yang patut. 

            Kenangan  masa silam datang lagi. Sesekali senyum seorang diri bila sahabat atau ahli yang lain cuba mengimbau kenangan lalu semasa kami berkhidmat. Namun banyak dari kenangan tersebut sedikit pun tidak melekat dalam ingatan. Berkali-kali cuba saya imbau kembali.. gagal lagi. Jadi, apa saja yang masih  terlekat dalam ingatan ini? Mungkin kenangan yang sedikit itu sudah memadai buat saya, barangkali.. 

Moga Allah AzaWajalla tidak mengambil ingatan saya yang masih berbaki walaupun sedikit ini. Sesekali rasa rindu pada sahabat-sahabat yang sama-sama berpanas di padang kawad dan beratur membawa pinggan untuk mengisi perut, didewan makan.. tiba-tiba nama-nama kalian satu-satu keluar dari mulut saya.. dada jadi sebak bila ada dari kalian telah pergi mendahului saya.. Moga roh mu ditempatkan bersama roh-roh yang Allah telah janjikan Syurga_Nya.
Aamiin...



















Share: