Dari Dapur 8549

 

********************************

Kek Kukus Velvet Haw Flakes

Bahan-bahan : ( loyang 10x7 )
  • 5 biji telur - grade A yang sejuk(dari peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes
Cara-cara :
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna. 
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
  3. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati. 
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. 
  5. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
  6. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  7. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya.
  8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. 
********************************

Apam Coklat
Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan air 
  • 1 biji telur 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat 
  • 1@2 sudu makan serbuk koko 
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam 'mixer'. Putar sebati.
  2. Panaskan pengukus dan sediakan acuan apam (boleh ganti dengan bekas dadih kecil).
  3. Masukkan ke dalam acuan 3/4 penuh.
  4. Kukus selama 10-15 minit. 
  5. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan daripada acuan.
********************************

Apam Polka Dot
Bahan-bahan: ( 50 biji papercup medium ) 
  • 3 biji telur - dari peti sejuk gred A 
  • 275 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus 
  • 150 ml susu segar @ susu cair 
  • 3 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu kecil ovalette 
  • filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa pewarna 

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan) 
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
  7. Dot-dot kan dengan warna pilihan
  8. Kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak
******************************** 

Pau Ros Kuning

 

Bahan-bahan: 
  • 250 gm keledek manis (warna kuning) - di kukus atau di rebus 200 gm air 
  • 500 gm tepung pau 
  • 1 t/s baking powder 
  • 100 gm gula 
  • 50 gm shortening atau lemak sayuran 
  • 1/4 t/s garam 
  • 11 gm yeast segera 
 Cara-cara:
  1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. 
  2. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
  3. Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis) 
  4. Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut 
  5. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. 
  6. Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. 
  7. Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam. 
  8. Setelah doh naik tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. 
  9. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
  10. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
  11. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih. 
  12. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. 
  13. Bulatkan bentuk bulat sebesar guli. 
  14. Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun. (sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yamh berada di sebelah bawah)
  15. Gulungkan doh hingga hujung. 
  16. Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick / pemotong doh.
  17. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros. 
  18. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik. 
  19. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda 
  20. Doh yang telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu. 
  21. Kukus pau selama 10-12 minit 


********************************

Keropok Lekor

Hari ini rasa nak tulis resepi pula.. Tak tahulah sedap atau tidak... sebenarnya tidak pernah mengulipun adunan keropok ini... selalunya bila terasa nak makan keropok lekor...dan jika masa tu suami lapang dan ada 'mood'... dia lah yang akan buat dari A -Z.. (heee ~ orang luar, memang tak pandai punya...) Lagipun anak-anak memang sangat suka bila ayah mereka buat.. termasuk lah ~ sekali... (makan lah nak... ibu tak suka....)


Bahan-bahan:
  • 1kg ikan selayang/tamban
  • 1kg sagu rumbia
  • garam,
Cara-cara :
  1. ikan dibersihkan , ambil isi sahaja... sukat. (setiap 2 mangkuk isi ikan, gunakan 1 1/2 mangkuk sagu rumbia)
  2. kisar isi ikan hingga hancur,gaul bersama sagu dan garam hingga bolih di gentel. (jika agak keras, letak lah sedikit,demi sedikit air.... )
  3. ambil sedikit ...gentel lah sesuka hati nak buat macamana.. pastikan masa membentuk, tabur sedikit tepung sagu agar tidak melekat..
  4. setelah siap, masukkan keropok yang telah digentel kedalam periok yang telah mengelegak air nya... Bila dah terapong, bolih lah diangkat....
  5. bolih dimakan terus atau digoreng ...
Sos keropok:
  • lada kering dimesen
  • gula melaka
  • asam jawa
  • garam
sukatan nya ikut suka...




 
 

 
 


bersambung lain kali... inshaallah
  

                                         ******************************************   


KEK CHIFFON

Bahan-bahan nya.

8 biji telur segar
14 sudu tepung gandum
8 sudu minyak jagung
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk krim tar tar
2 sudu teh esen vanila
8 sudu makan air pandan / ikut suka


cara:

A   Asingkan putih dan kuning telur.
     putih telur dipukul hingga kembang + 7 sudu gula + krim tar tar.

B.  Kuning telur dipukul hingga kembang + 7 sudu gula + minyak jagung + esen vanila + jus. setelah sebati,
+ tepung gandum yg telah diayak dengan serbuk penaik. ( jika guna tepung naik sendiri, tidak perlu serbuk penaik ye..... )

Masukan bahan B kedalam bahan A. kaub balikkan ...hingga sebati dan bakar.


##kalau tanya berapa minit saya bakar... mmg susah nk jawab.. kerana ini bergantung dengan oven... klu saya bakar, lebih 30 minit. kena rajin tengok dan cucuk2 kek ... maklum buat pun sekali sekala... he 3.

jika ikut peraturan ini dengan betul, pasti jadi.. sedap pulak tu.... 



                                           *********************************


KEK KOKO 

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1    cawan susu pekat
1    cawan gula halus
1    cawan  air panas mendidih
3    biji telur ayam yg segar
1    sudu kecil soda bikarbonat
1    cawan minyak masak


CARA :

Gula, telur dan soda bikarbonat dipukul hingga kembang dan masukkan koko, kacau hingga sebati. Masukan minyak, dan kacau rata. Masukkan susu dan kacau lagi . masukkan tepung dan kacau hingga rata. akhir sekali masukkan air mendidih... masukkan dalam loyang kesayangan... BAKAR.


kek paling mudah buat.. budak umur 12 tahun pun bolih buat.. tp emak kena berdiri sambil cekak pinggang la..hi3


                                        ****************************************


 KEK COKLAT 8549

Bahan bahannya..:

8 biji telur ayam
4 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula kastor
1 buku mentega
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan air mendidih

bahan utk dicurahkan atas kek... 
1 cawan koko
1/2 buku mentega
1 cawan susu pekat

cara membuat nya :

1. Pukul mentega dengan telur hingga kembang. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul.
2. Masukkan tepung sedikit demin sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan koko yg telah dibancuh dengan air panas. pastikan tergaul rata.
4.BAKAR.

cara utk buat coklat cair:

cairkan mentega dengan api yg perlahan. masukkan susu pekat dan kacau.. bila telah pekat dan sebati, masukkan serbuk koko yg telah dibancuh dengan sedikit air panas. apabila telah pekat dan benar2 sejuk barulah dicurahkan keatas kek.. buat hiasan mengikut kemampuan tangan.... ngee.

# resepi saya kebanyakkan nya menggunakan cawan.. ini adalah resepi yg saya salin semula dari buku resepi saya yg telah lama. ada diantaranya lebih 27 tahun... jadi tulisan telah kabur dan ada muka surat yg telah hilang... :(
  


                                   *************** 

BISKUT TELUR REBUS


bahan-bahan

1 cawan majerin
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung Mazena
4 biji telur yg direbus keras

cara :

kuning telur dilecek hingga hancur. pukul majerin dengan gula hingga kembang.masukkan telur yg dilecek dan kesemua tepung. terap ikut suka.. dan bakar..


hmmm.... sedap nya


                   ****************************** 


Soto Mok Long

1 ekor ayam (dibersihkan dan di kerat 4 dan rebus hingga empuk )
2 labu bawang besar dan dihirisa
2 batang serai- dititik
5 cm lengkuas -dititik
7-8 mangkuk sedang 
minyak untuk menumis
garam sesukup rasa.

bahan kisar:

13 ulas bawang merah
7   ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
2 sudu besar jintan manis *
2 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam
3 sudu besar ketumbar*
(bahan yang ditanda * sangai dahulu hingga wangi sebelum kisar)

Bahan lain :

- nasi impit / ketupat segera / bihun
- taugeh ( dicelur)
- kacang tanah goreng
- soon ( digoreng kering )
- bawang goreng 
- bergedil daging/ayam
- daun saderi dan daun bawang.
- sambal kicap ( ikut citarasa sendiri )

cara membuat sup :

tumis bawang besar hingga wangi. masukkan bahan kisar, bila telah naik bau, masukkan lengkuas dan serai. setelah itu masukkan air rebusan ayam ,biar hingga mendidih. setelah itu masukkan ayam yang telah disiat-siat dan bolih juga masukkan sisa tulang kedalam sup tersebut. masak hingga mendidih sekali lagi . masukkan garam secukup rasa...

hidang seperti biasa... 

ikut citarasa anda.. 

soto ini hidangan wajib masa lebaran..  jika tidak buat...anak2 akan cakap..., " Arrgggggggh.... x jadi hari raya" he..



                       ****************************

Kek Ratu Hati Ku

Bahan-bahan :

5 biji telur ayam
2 cawan gula halus
250 gm mentega /magerin
3 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat
sedikit vanila


Cara :

- Asingkan telur kuning dan putih.
- putar telur putih hingga putih dan kembang betul dan letak vasnila. ketepikan.
-putar telur kuning di bekas lain hingga naik dan ringan
-masukkan gula, pukul lagi hingga gula hancur.
(sementara itu panaskan ketuhar )
-masukkan mentega dan susu, pukul lagi hingga gebu.
-masukkan tepung dan kaub balikkan hingga sebati.
- akhir sekali masukkan putih telur yg telah diputar.
bakar hingga masak.

kek ini bolih dibahagi 3 bahagian dan letak warna settiap bahagian.. lapis-lapiskan ikut kepakaran...

## kuih ini kegemaran bonda saya. kalau balik kampung, jika ada rezeki... saya akan buat kek ini. tiada nama sebelum ini.. tetapi setelah bonda kembali ke rahmatullah... khas buat beliau.. Ratu Hati Ku.


                                 *************************


SAMBAL GESEK IKAN BILIS
Bahan-bahan :

5 biji cili merah
7 biji cili padi
3 biji bawang merah
( semua bahan diatas  goreng)ikan bilis goreng / ikan kembung goreng
garam 
asam limau atau sedikit cuka makan /cuka kurma
minyak zaitun 1 sudu makan.


CARA;

tumbuk bahan2 yg digoreng hingga lumat, setelah itu masukkan garam dan tumbuk ikan bilis goreng atau ikan goreng. gaul sebati didalam bekas dan tambah asam dan akhir sekali letak minyak zaitun....

# sambal ini bolih dibuat banyak, dan gandakan bahan2 nya.. simpan didalam peti sejuk..  bolih di keluarkan dari peti sejuk (sejam sebelum makan ). bila terdesak... atau bila tiada selera makan.... buat hari ini atas permintaan si bongsu.. :)










 

0 comments: