Saturday, January 25, 2014

Bandung... kami datang..

Assalamualaikum


Sudah agak lama tidak menulis sesuatu didada BAKAWALI. Awal tahun ini berlalu begitu cepat sekali. Siang dan malam berganti seperti yang ditetapkan olih Allah... Lebih-lebih lagi di sini mengalami suhu yang agak sejuk berbanding  dahulu. Kadang-kadang waktu malam hingga pagi mencecah 21 darjah Cel. Ini membuatkan badan tidak cergas dan banyak 'bergulung' sahaja...  (alasan org malas )  Walau banyak perkara terjadi dan patut diingat atau dicatat dalam diari, namun biarlah ia berlalu dan mengalir bagai air sungai yang deras dimusim tengkujuh...

Kali ini saya ingin ceritakan serba sedikit kisah atau apa sahaja yang terlintas atau yang masih saya ingat sewaktu
lawatan kami di Bandung pada 15 Januari (kami sampai pada jam t0845 -waktu Malaysia).

Hari Pertama:

Ketibaan kami telah ditunggu olih Pak Iwan dan sahabat nya. Mereka berdua memang sangat ramah dan berbudi bahasa tinggi.. Perut kami memang telah sedia menyanyikan lagu keroncong campur muzik rock kapak pun ada... huh !!! Lantas Pak Iwan terus membawa kami ke Restoran Nasi Padang. Pelanggan memang belum ada lagi. Bermakna kamilah pelanggan pertama mereka. Kami dilayan apa yang sepatut nya. Terus kami di beri segelas air suam tiap saorang, sementara mereka selesaikan tugas-tugas terakhir mereka sebelum jualan dimulakan. Nasi dengan lauk yang beranika pada waktu pagi ( lebihkurang jam 0900) memang terlalu berat. Saya dan suami cuma pesan Murtabak Mesir sekeping. Memang puas hati. Rasa dan ketebalan nya bolih kenyang hingga petang !!! Jika anda berpeluang pergi ke sana , cuba lah Murtabak Mesir !!!


                                       (ini antara lauk di Rastauran Nasi Padang..)

                                               (Murtabak Mesir - Gambar Ihsan  )


Selepas makan kami di bawa ke tempat penginapan untuk bersih kan diri serta tunaikan kewajiban... Sekitar jam 1400 kami di bawa ke rumah sulaman. Pergh !!! Rambang mata dibuat nya.. Tetapi hari pertama ini terpaksa jimat dahulu Rupiah yg suami tukar dengan Pak Iwan..(.mungkin esok akan kami tukar di Bank. ) kerana kami ada tiga hari lagi disini. Lagipun saya tidak berapa berminat dengan kain sulam.. susah untuk jaga/basuh  dan macam tidak sesuai sahaja dengan usia saya. Jadi beli beberapa pasang untuk anak-anak perempuan kami. Telekung dan kain pelikat pun ada disini. Yang paling bagus, mereka menyediakan perkhidmatan tempah pakaian pasang untuk wanita dan lelaki. Siap dalam masa dua hari dan terus dihantar ke tempat penginapan..

Dari Rumah Sulaman ini kami terus ke CIBADUYUT... kami cuma ada dua jam disini. Disini terdapat barangan yang dibuat dari kulit. Samada hasil tempatan dan juga dari luar negara.. Harga yang sangat berpatutan.. Tetapi saya tidak beli apa-apa disini kerana barang yang kami cari tidak ada saiz dan bila ada saiz, tidak berkenan pulak. Jadi kami akan cari ditempat lain  nanti.

                                                    ( CIBADUYUT )

Bila hari menjelang senja, kami hanya beli makanan dan makan di bilik penginapan. Cepat sungguh gelap disini, cuaca pun sejuk. Kesian lihat suami yang kesejukan selepas mandi.. Menggigil badan dia semasa hamparkan sejadah  .Setelah usai, saya bancuh kopi 3 dlm 1 panas-panas dan beri kepada nya.. " Kita minum dulu ". satu untuk saya dan satu untuk suami jutawan ku....hahaha ( RM 300 ) dah jutawan apa.. hik !

Hari kedua :

Solat subuh hampir sahaja terlewat, rupa-rupanya jam 0415 azan sudah berkumandang... saya terjaga sekitar jam 0430. buru-buru saya kejutkan suami. Selepas itu sambung baring lagi. Sudah nampak tanah dan matahari malu-malu mengeluarkan cahaya, baru kami bersiram. itupun masih sejuk , walaupun mandi air panas. Jam 0730 kami turun untuk bersarapan.. Wah.. menu utama nasik dan lauk pauk nya...  soto, mee goreng. bubur nasi dan roti... pilih lah mana suka...


Setelah bersarapan, rombongan kami bergerak ke  Kantuban Perahu. Perjalanan agak jauh juga. Jalan sesak teruk. Namun saya tabik spring dengan pemandu-pemandu di sini. Mereka sangat cekap dan sangat berhati-hati.. Saya cuma ternampak hanya satu lampu isyarat sepanjang perjalanan kesana.. Suasana yg nyaman dan sejuk, walau gunung berapi tersebut masih mengeluarkan wap panas nya... Mashaallah !!!




                            



Rambongan kami hanya sebentar disana. selepas mengambil gambar dan melayan kerenah jurujual yang 'tersangat lah ramah nya'....." awas buk jangan sampe tepedaya.... mahal dong harganya  "; pesan pemandu pelancung kami.. hahaha. Buah stroberi dan blueberi yang ditanam di kawasan sekitar sini  memang manis, dan tiada tandingan rasanya.... Tetapi harga nya mahal lah sedikit dari yang ada dijual di tempat lain..   

Rencana kami selepas ini adalah ke Pasar Pekan Baru.  Sebelum itu kami berhenti dikaki bukit Kantuban Perahu.. Minum jus Stroberi dan lepak-lepak dikebun Stroberi... Nyaman dan segar !!!


 

   Perjalanan diteruskan lagi kali ini kami berhenti di Pasar Terapung. Tiket diambil dan ditukar dengan segelas kopi panas.. Huuuhhh.. memang lazat!!!  . Saya tidak menyertai kawan-kawan yang lain untuk keseberang sana untuk membeli cenderahati.. masa dihabiskan untuk mengambil gambar....






           

.
Azan telah berkumandang. Sekitar jam 1215 waktu zohor telah masuk. Cuma saya dan suami yang tidak ikut ke seberang tasik, jadi kami dan  Pak Iwan menuju ke mursola yang sangat sejuk dan cantik.. Mudah-mudahan pihak penguasa disini , letak tirai yang tinggi untuk memisahkan antara lelaki dan wanita... yang lain-lain.. semua ok... tandas yang bersih dan air yang mencukupi...Selesai kewajiban, kawan-kawan yang lain pun sampai
. Selesai di sana, kami bergerak ke tempat makan... Kita makan dulu..... Kami dicadangkan olih Pak Iwan merasai keenakan Nasi Timbel.. Nasi Timbel ? Jom kita tengok apa itu Nasi Timbel, di Restoran Dapur Sangkuriang .



(Tidak dapat saya huraikan dengan tulisan atau ungkapan betapa enak nya nasi ini... cuma yang mampu saya cakap... " hari-hari pun saya sanggup makan makanan ini !!!!" )

Selesai disini, kami pun menuju ke Pasar Baru.. Pak Iwan cakap, kami cuma ada 2 jam disana.. esok kami akan pergi ke sana lagi.. Jadi ,saya dan suami cuma tinjau-tinjau apa yang patut. esok senang tuju ketempat yang ingin kami beli.. Perkara pertama cari kitab yang anak sulung pesan.. ada beberapa kedai buku yang kami lewati, menghampakan.. tajuk yang kami kasi pun tiada pernah terjual...hmm... Dapat saya bayangkan betapa hampa nya dia nanti. Kerana dia tidak pesan apa-apa, cuma itu sahaja...

Bila semua telah berkumpul, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke tempat penginapan.  Singgah beli makanan malam dan dibungkus sahaja... Selesai membersihkan diri dan kewajiban, talipon dari pihak hotel  kami terima.. " Ada kenalan bapak sedang menunggu di lobi ..." (Saya turun dahulu, kerana suami ada kewajiban yang wajib di selesaikan dahulu...)

Saya sudah dapat agak siapa.. Ini lah kenangan yang paling indah semasa kami di Bandung. Ingin saya kongsi satu kenangan yang mudah - mudahan tidak akan luput dari ingatan. Saat dipertemukan antara kami. ( saya dan suami ) dengan keluarga suami yang berada di Indonisia ( Bandung).  Pertemuan yang tidak disangka-sangka pada permulaan nya kini menjadi begitu bermakna sekali .


 Insyaallah, dilain kesempatan akan saya tulis lagi tentang hubungan kami dengan keluarga suami yang berada di Indonisia. Mereka sangat mengambil berat antara satu dengan lain dan sangat mesra dan baik hati. Kuih bahulu kering yang di bawa olih Ibu Hanunah, memang sedap sehingga menjilat jari !!!


Hari ke 3 :

kami dibawa ke Pasar Baru.. kami berpisah untuk cari lokasi yang telah diketahui.... Saya dan suami ingin cari serba sedikit ole-ole yang murah-murah.. Hanya hari ini sahaja penghabisan jalan-jalan .. Esok dah nak berangkat pulang.. Jadi nak habiskan Rupiah yang ada dan simpan sedikit untuk makan hari ini  dan esok... Turun tangga tingkat empat, tiba-tiba saya ternampak apa yang dicari-cari.. cuma sebuah itu sahaja terpampang..

Alhamdulillah...akhir nya... Jadi selepas itu beli apa yang patut sahaja. Kerana sebentar lagi waktu solat Jumaat tiba.. Disini tidak payah pergi jauh-jauh untuk menunaikan kewajipan . Kerana terdapat sebuah masjid yang begitu unik .. Masjid yang terletak di bumbung Pasar Baru (Masjid Jami' Uswatun Hasanah ) Bolih memuatkan beribu jemaah dalam satu2 waktu.. Selepas itu kami bergerak ke Trans studio... Disini cuma cuci mata sahajalah... Bukan taraf kita nak belibelah disini.... .. Klu nk beli juga.. baik beli barang yang sama kat negara kita.. x de lah nak berat-berat angkut turun dari kapalterbang... kami terus pulang setelah puas pusing-pusing.. .

Sampai di lobi, ada kiriman dari saudara suami (Sdr Fauzan Abdurrahman )dari Tegal, Jawa Tengah. Sehelai kain pelikat tenunan tangan yang sangat halus dan cantik, hasil dari rumah tenunan tempat dia kerja. Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah lipatgandakan rezeki mu.
 Malam nya mereka keluar lagi. Khabarnya akan dibawa ke Herritage.... saya tinggal sorang di bilik. kemas pakaian kedalam beg.. suami ikut sekali kawan-kawan keluar... Sekejap sahaja mereka keluar..kerana tempat yang dituju telah tutup jam 2000.. jadi suami masuk bilik dengan membawa sekotak nasik goreng dan kuih seakan sri muka.. sedap juga... Alhamdulillah. 

Hari Terakhir...

selesai sarapan dan bergambar... kami pun bertolak pulang... Sempat singgah lagi di Pasar Baru. Sempat lagi beli belah ...isk,isk... laju je jalan... suami sempat belikan kasut anak-anak kami... Bolih tahan juga harga kasut kulit disini.. jahitan pun kemas.. bolih tempah pula tu.. sayang.. kami baru tahu !!! Selepas solat di Pasar Baru, kami menuju ke Restotan Nasi Padang lagi... Selepas makan, kami terus ke Bandara....

Dipendekkan kisah.... semua nya berjalan dengan lancar dengan izin Allah, kami sampai di LCCT jam 2010... Terima Kasih kepada penganjur lawatan kami. Dan kepada kawan-kawan  ampun maaf jika ada terkasar kata semasa bergurau senda.... 









                                                      










Share: