Thursday, August 26, 2021

Tuesday, June 22, 2021

Tunggu ,aku kan pulang




            Dengan terbenam nya matahari disebelah barat ,bermakna berkurang lah 1 hari bilangan hari yg telah diperuntukkan buat aku menumpang di dunia ini. Berapa hari lg yang berbaki untuk  tinggal kan semua yang disayang, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui nya..

            



         
              Malam kian larut, suasana sunyi begini ingatan menerawang jauh. Bersimpang siur, bercampur aduk jalur ingatan menceroboh ruang ingatan ini. Waktu terdekat, hari esok dan yang paling berpusu-pusu kenangan silam bermain dlm ingatan ku. Mungkin siang hari kelmarin ada terbaca sebuah catatan yg begitu menyentuh hati. Walau tidak semua nya ada persamaan tetapi pengorbanan seorang insan yg dipanggil 'ayah' begitu menyentuh hati.

         Saudara- saudara ku, ditakdirkan Allah, kita tinggal berjauhan , namun ingatan pada kalian semua tidak pernah berkurang. Semoga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu lagi. Mudah-mudahan ujian  yang Allah timpa kepada kita dan negara yang tercinta ini cepat berakhir

       Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Pelindung, Maha Melindungi.. Lindungilah insan-insan yg aku sayang samada yang jauh atau yang dekat dari apa yang kami khuatirkan atau takuti. Beri lah petunjuk_Mu  agar semua yang kami hajati tercapai ...


●●●●●●●●●●●□□□□□□●●●●●●●●●●


              Wahai Tuhan Yang Maha Hidup,
Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri
Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan
Perbaikilah untukku urusanku semuanya  
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata... آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

               

lot 8549
11 zulkaedah ..










  
Share: