Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

Hujung tahun... semoga bukan penghujung segala nya..

jumpa lagi
Assalamualaikum.

Hujan,hujan dan hujan lagi.... bukan mengeluh, tetapi saja nak bagi tahu sekarang ni memang dah tiba musim hujan. Rasa-rasa nya musim tengkujuh kali ini tidak lah seteruk tahun-tahun yang lalu. Alhamdulillah perjalanan hari yang dilalui tidaklah terjejas, berjalan seperti biasa. Siang dan malam berganti dengan begitu pantas sekali. Sekarang dah berada hari-hari terakhir tahun 2011.

Banyak lagi azam dan kehendak tidak tercapai dan tidak dapat dilaksanakan sepenuh nya. Kadang-kadang terfikir juga bila harapan dan cita-cita tidak mampu terlaksana, 'sempat kah untuk aku kecapi di tahun-tahun yang akan datang?'. Namun begitu, sejuta syukur ku panjatkan pada yang Esa kerana memberi ku nafas untuk mengecapi nikmat hidup ini dengan erti yang sebenarnya... Nikmat Islam dan Iman.. Setiap helaan nafas ku, jangan lah kira nya Kau cabut nikmat ini.

Sesungguh nya biarlah jalan yang bakal ku lalui ini berjalan seperti laluan air yang mengalir dengan sendiri nya... Sesungguh nya aku tidak bisa mengatur perjalanan hidup ini seperti yang aku ingin kan. Bila aku terjaga esok hari aku bakal menempuh apa yang akan Kau takdirkan untuk aku hari itu. Begitulah seterusnya, sehingga aku di jemput pergi. Kerana aku percaya, tiada perancangan yang sebaik-baik nya, melain kan perancangan Mu.

Ini bukan coretan seorang insan yang sudah mula mengalah dengan pancaroba kehidupan ini. Peracayalah, aku ingin bertambah kuat untuk menempuh hidup yang penuh tandatanya dan kekeliruan.... Aku tidak ingin berharap dengan sesiapa, malahan dengan diri sendiri pun, aku tidak bisa menggantungkan harapan. Hanya pada Mu aku sandarkan doa dan harapan... Putih atau hitam , itu lah takdir ku....

Pada putra putri ku... Jangan berputus asa jika cita-cita kamu tidak teralaksana pada tahun ini.. Percayalah Allah akan berikan yang terbaik untuk kamu di suatu hari yang telah ditetapkan... Ibu setiasa mondokong dan mendoakan kamu.. Samaada ibu sempat berkongsi kegembiraan bersamu kamu nanti atau tidak, ibu berharap jalan yang bakal kamu tempuhi nanti adalah jalan yang diredhoi Allah

Oh ya sempena hujung tahun ini... aku telah menanam sepohon kelapa untuk kenangan dimasa yang akan datang. Harap ia tumbuh subur dan dapat dimanfaat kan olih semua orang...




Tadi terima masej dari anak ku.. " Tak pernah terfikirkan bila harus berjalan tanpa diri mu. Tak pernah terfikirkan bila harus bernafas tanpa nafas mu...." .Ini jawapan ibu - Jangan lah kau fikirkan lagi.... disuatu hari yang telah ditetapkan, saat itu akan datang... hanya doa dari kamu semua yang sangat berguna buat ibu mu... "
Share:

Wednesday, November 2, 2011

Telur Tebu... pernah rasa tak ?

Assalamu Alaikum ...
Halaman masih disirami hujan. Nak turun ketanah bermain ngan arnab, memang tak sesuai...Huhh. Hujan tidaklah selebat mana, cuma cuaca agak gelap sedikit... sesuai untuk tidur sahaja. Tidur? Oooo tidak baru jam berapa ni... baru je lepas masak dan makanan da siap terhidang atas meja... cuma tunggu boss besar makan jer..hehe.. Walaubagaimanapun juadah hari ini tidak lah sepelik lauk yang saya masak kelmarin... Lauk biasa-biasa ajer.... ikan goreng, sayur kacang goreng lada api dan asam tumis ikan kembung (sesuai ker ikan kembung masak asam tumis... da itu jer ada.. ) Alhamdulillah.

Lauk kelmarin pelik? Entah lah... bagi ~ memang pelik lah, sebab baru pertama kali masak dan dengar nama nya pun baru kelmarin tu lah... 'TELUR TEBU', pernah dengar ke? Kelmarin, apa pun bahan da habis dalam simpanan.. ikan, sayur,santan...semua da licin !!!. Bila suami mau ke pasar dan tanya , "nak beli apa"? Saya pun jawab, "apa-apa ajer.."

Balik dari pasar, suami cakap , " nanti masak telur itik campur telur tebu ni..." Mak aii TELUR TEBU ? berapa banyak telur da.. mana telur nya? nampak macam jagung je, Tapi tak de janggut pula.... Suami ajar cara buka kulit telur tebu tersebut. Oh... camni ker? Tak mabuk ker kalau dimakan benda alah ni ha? Lantas  saya  memanggil anak  agar pergi tanya ' Lobai Google'... kalau-kalau tahu tentang TELUR TEBU ni...



Selalunya kalau telur itik , kawan nyer pucuk pegaga atau belimbing buluh...hmm memang terangkat lah rasa nya.... Tiba-tiba anak kedapur dan cakap, " bu, bolih lah dimasak, macam-macam resepi ada orang tu masak... tapi kat Indonesia lah...". Oh klu cam tu.. bolih lah dimasak.... Maka, upacara memasak di mulain...hihihi . Bismillah dan acara didapur pun selesai..... Alhamdulillah. Dan ini lah dia 'masak lemak cili padi telur itik campur TELUR TEBU...' Umang aiii panjang nyer nama resepi ni...


Tapi jangan tanya asal telur tebu ni dari pokok apa... Sah-sah saya tak tahu... mulanya saya kerat anak tebu kat tepi rumah kami.... mana tahu kalau sama, lain kali x payah beli... tapi BUKAN !!! ada ruas dalam daun tebu tu....kikiki. Siapa tahu Telur Tebu ini berasal dari pokok apa dan mengapa diberi nama sedemikian... Walaubagaimana pun, lauk kelmarin memang sedap.. Lain kali kalau ke pasar beli lagi yer... nak masak resepi lain pula.....





Share:

Wednesday, October 26, 2011

Cantik Nya Wanita Itu

Assalamualaikum. tak tahu apa nk buat, buka email lama dari sahabat lama . Baca sebuah sajak yg dikirimkan. Rindu sangat ngan beliau. Dahulu , susah senang bersama. Kini masing-masing telah terpisah jauh.... demi meneruskan kehidupan bekeluarga... Terima kasih 5500082... kau selalu dalam ingatan..

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
dan wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Canti
knya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


Terima kasih kawan... dan hari ini aku sangat-sangat merindui mu.....
Share:

Tuesday, October 4, 2011

MEMORI..... Bersama yang disayang...

Jumpa lagi....
hari ini dapat buat sedikit catatan...
dah beberapa hari berlalu tanpa berbuat apa-apa....
Berkemas pakaian kotor dan barang-barang keperluan semasa menemani anak ke Kedah tempoh hari.....
kenangan semasa disana datang lagi.
Letih memang masih terasa tetapi bila dapat tunaikan hasrat untuk bersama-sama raikan angah, Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa kesulitan...






Semasa di rumah tumpangan yang sangat jauh dari pekan...
dalam kebun getah lagi...
tak tau apa nak buat....
kebetulan di tempat rehat terjumpa 'Koleksi Pantun Melayu'.
MEMANG JARANG KITA JUMPA....
Jadi...
Mari sama-sama kita hayati..


Kalau hati merajuk panjang,
Biar dipujuk biar disayang
Tidaklah tunduk dipujuk rayu;
Kalau ku tahu perit berdagang
Kerana dipangku dagang terbuang
Tidak ku ikut hati melulu.
[Nada Minggu, 14 Disember 1980]

Terbang tiung ke tanah seberang,
Terawang-awang di atas kayangan,
Entah sampai entah tidak;
Mengadu untung dirantau orang,
Tidur malam berbantal lengan,
Entah makan entah tidak.
[Pantun Melayu Sastera Rakyat hlm. 61]

Pokok rotan jangan dipotong,
Rotan tumbuh di hutan seberang,
Berbuah tidak berbunga tidak;
Menangislah dagang mengenangkan untung,
Badan tercampak di rantau orang,
Beremak tidak berbapak tidak.
[Pantun Melayu Sastera Rakyat hlm. 61]

Sarang merbah dicelah dahan,
Tempat punai bermain disitu,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tempah dari tanah seberang;
Bersyukurlah aku pada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
[Pantun Melayu (AB) hlm. 18-19]

Korek perigi di parit seberang
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada sahabat tempat berunding,
Pandai-paindailah membawa diri.
[Dewan Bahasa, 2:12 Dis.1958 hlm.590]

Buah embacang masak serangkai,
Burung di kota meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
[Alam Puisi Melayu hlm. 11]

Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkisar tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.

Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengirai tuah;
Jikalau hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Orang berguru di hutan Baling,
Mati rusa di Kampung Jawa;
Laksa duri dalam daging,
Bila tersentuh terasa jua.

Kemumu dalam semak,
Jatuh melayang setara;
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.
[Pantun Melayu (BP) hlm. 252]

Asamnya kandis asam gelugur,
Ketiga dengan asam remunia;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak kembali ke dalam dunia.
[Dewan Bahasa 3:1 Januari 1959 hlm. 647]

Malas hamba menyelam bubu,
Takut terpijak binatang berbisa;
Orang malas menuntut ilmu,
Di akhirat kelak badan binasa.
[Mastika, Disember 1956 hlm. 39]

Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
[Pantun Melayu (BP) hlm.30]

Hehehe.... masih banyak lagi pantun2 yang tak sempat disalin.
leka membaca sampai tertidur..
Dalam perjalanan pulang ke Dungun, singgah sebentar di rumah kakak sepupu di Sungai Petani.
Wah ! Memang terubat rindu pada Kak nab sekeluarga. Dah 2 orang cucu, baru dapat jumpa semula..
Namun keramahan kak Nab masih seperti dahulu... Siap masak makan tengahari lagi untuk kami 6 orang...
masakannya memang terangkat!!!. Masak Lomak Cili Api Ayam kampung kak Nab memang ada kelas!!!!.

Di bawah ini serangkap pantun buat Kak Nab sekeluarga....

Jauh sungguh pergi mandi,
Maksud hati hendak bertapa;
Berat sungguh menanggung budi,
Seribu tahun memang tak lupa
[Selindung Bulan Kedah Tua hlm.61]

Sampai di rumah lebih kurang jam 10.30 malam...
Share:

Wednesday, September 14, 2011

Gotong Royong...

Jumpa lagi.. demam raya ada lagi,,,hehe
nak menulis pun malas sungguh.
hari ni turun tanah.... bersihkan keliling rumah yg telah lama terbiar..huhu
rumput yg dimesin sebelum raya... dah panjang..
Sibongsu setiap hari bertanya bila lah rumah baru arnab-arnab nya nak siap.
Tunggu yer... minggu hadapan binatang kesayangan kamu akan bermain di kawasan permainan nya... Insyaallah..





Share:

Thursday, August 18, 2011

PUISI KEHIDUPAN


Hari hari lewat, pelan tapi pasti
Hari ini aku menuju satu puncak tangga yang baru
Karena aku aku akan membuka lembaran baru


Untuk sisa jatah umurku yang baru
Daun gugur satu-satu
Semua terjadi karena ijin Allah
Umurku bertambah satu-satu
Semua terjadi karena ijin Allah

Tapi… coba aku tengok kebelakang
Ternyata aku masih banyak berhutang
Ya, berhutang pada diriku
Karena ibadahku masih pas-pasan

Kuraba dahiku
Astagfirullah, sujudku masih jauh dari khusyuk
Kutimbang keinginanku….
Hmm… masih

lebih besar duniawiku

Ya Allah
Akankah aku masih bertemu tanggal dan bulan yang sama di tahun depan?
Akankah aku masih merasakan rasa ini pada tanggal dan bulan yang sama di tahun depan?
Masihkah aku diberi kesempatan?

Ya Allah….
Tetes airmataku adalah tanda kelemahanku
Rasa sedih yang mendalam adalah penyesalanku
Astagfirullah…

Jika Engkau ijinkan hamba bertemu tahun depan
Ijinkan hambaMU ini, mulai hari ini lebih khusyuk dalam ibadah…
Timbangan dunia dan akhirat hamba seimbang…
Sehingga hamba bisa sempurna sebagai khalifahMu…

Hamba sangat ingin melihat wajahMu di sana…
Hamba sangat ingin melihat senyumMu di sana…
Ya Allah,
Ijikanlah

Puisi olih : Chiril Anuar
Share:

Kenangan Yang Terindah...

Assalamualaikum.

Ramadhan yang ke 18....
Pagi ini perasaan tenang, aman, gembira menguasai diri... Alhamdulillah. Subhanallah !!!
Sesudah solat subuh, hari ini memang mata tidak bolih terpejam lagi. Duduk di ruang tamu seorang diri, memang membosankan. Dapur selesai dikemas, buka sahaja pintu hadapan, kucing -kucing peliharaan menyerbu dikaki minta makanan. Padahal ada seekor mondok digeletek nya separuh nyawa di muka pintu , tidak dijamah nya.. Amboi !! memilih betul si miow ni... Letak sepinggan makanan , baru senang nak melangkah untuk menyidai pakaian...

Masuk kedalam semula....... Melihat sikecil berebut-rebut memilih makanan dan berenang kesana sini dengan bebas nya, adalah saat yang membahagiakan. Semua masih didalam bilik, tak tau apa yang mereka buat.

PC antik ku yang kuat meragam ni telah sedia terpasang.. Apa lagi masa bersosial... Fuhhh !!! Wah, nostalgia lama menjelma lagi.. Nostalgia yang selalu ~ kenangkan waktu teringat kan sahabat-sahabat seorang diri, kini di kongsi dengan sahabat-sahabat yang lain... Syukur kehadrat Allah kerana berikan kesempatan ini.

Semua nya di takdirkan bermula pada 16 Ramadhan, saat ~ menyediakan sedikit juadah berbuka. Terima panggilan dari sahabat yang sangat dirindui.. Sudah lebih 30 tahun terpisah.. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan tika itu .... cerita saling bertukar, maka terlahirlah kawan-kawan FB yang lain.... Terima kasih sahabat ~

dengan harapan ada lagi kawan-kawan kita yang lain menyusul untuk saling bertukar pendapat dan khabar... Insya Allah.


Share:

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.

Sudah sepuluh hari kita berpuasa. Harap-harap puasa yang telah kita laksanakan dan akan datang, diterima olih Allah..InsyaAllah.

Ramadhan kali ini, tiga orang buah hati kami ada bersama, Alhamdulillah. Cuma anak sulung memilih untuk berpuasa di 'Pondok'.

Ringan sikit kerja bila anak-anak ada bersama..... Masa didapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa ada juga teman untuk bercerita. Ramadhan kali ini segala makanan dimasak sendiri , kecuali kalau ada yang nak makan kuih.... Saya memang kalah tentang kuih muih kegemaran suami dan anak-anak... lebih-lebih lagi kuih muih tempatan. Tak pandai mak nak... Macam-macam nama, berwarna warni... yang tak jadi untuk saya menjamah nya adalah kerana kebanyakkan kuih tersebut manis hingga ketulang !!!! hahaha. Acah jer... tak lah semanis tu, cuma saya takut nak makan yang manis-manis ni. Maklum lah dah otai ni.. salah sikit je makanan yang tak sepatut nya masuk, mulalah badan ini meragam. Nak pulih nya perlukan masa pula...

Manakala apa yang patut dimasak untuk berbuka atau sahur, kali ini bukan saya yang tentukan. Bagus juga tu.... Kali ini menu di laksanakan mengikut arahan bos besar...hahaha. Apa yang dia beli, itulah yang kami masak... Tugas untuk buat air... diserahkan pada putri bongsu... Minum air yang dibuat pun dah kenyang... Setiap hari bertukar menu air nya... kelmarin air mangga. Tak sedar diri saya minum .... banyak, memang tak sedar diri, akibat nya mak tanggung lah sendiri...huhu


Hari silih berganti, tanggungjawab sebagai suri dan ibu berjalan seperti biasa.... namun ayah dan bonda sentiasa ada didalam dada. Lebih-lebih lagi bila saat diri kesaorangan. Anak-anak masuk kekamar, suami ketempat kerja... Saat itu lah saya ingin sekali berada di samping mu. Ayah. walau kau telah pergi mendahului kami, namun segala tentang mu masih tersemat rapi didada anak mu ini. Apa tah lagi suasana Ramadhan ini membuatkan saya bertambah rindu pada mu. Teringat kan pengat mee siput kegemaran mu, sama-sama kedapur menyediakan makanan..Jika mak masak kuih atau pengat, ayah suruh buat banyak-banyak.... Sekurang-kurang nya ada untuk jiran kiri kanan. Masa saya kecil atau menganjak remaja, adalah masa yang begitu asyik sekali... banyak kenangan bersama ayah.


Pertama kali saya berpuasa tanpa ayah dan bonda pada Ramadhan 1981. Hari kedua puasa , saya terima kiriman sambal bilis kacang dan rendang dari ayah... entah berapa kali ayah kirimkan .. semua nya itu memang tidak mampu sayahilangkan dari ingatan. Malah bila sudah berkeluarga , berpuasa dan beraya di rantau orang... ayah dan bonda masih lagi tidak lupa mengirimkan makanan... Padahal mereka berkerja membanting tulang untuk dapatkan itu semua. 

Ramadhan kali ini walau anak-anak berada disisi, namun perasaan bertambah pilu bila teringatakan bonda di kampung.... Tentu emak pun sedang teringatkan kisah bersama ayah dan kami semua... Mak, maaf kan anak mu ini... Insya Allah, disuatu hari yang diizin kan Allah, kita akan berkumpul lagi.... Tiada apa yang dapat ~ hadiahkan pada mu, ayah dan bonda...cuma doa yang ~ pohon setiap Solat dan tika teringat kan mu... Moga Allah perkenankan....


Share:

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan kali ini dapat ~ sempurnakan dengan baik.
dengan doa dan harapan Ramadhan kali ini bukan lah Ramadhan yang terakhir buat ~
Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih berkualiti dari Ramadhan-ramadhan yang telah ~ tinggalkan
Share:

Saturday, July 30, 2011

Berehat Dulu Dari FB..

Assalamualaikum... apa khabar kawan-kawan ~ .
Dah lama juga halaman ini tak ~ conteng-conteng....
Dulu janji nak menulis tiap-tiap hari... memang tak dapat ~ tunaikan..
selain tiada bahan dan cerita yang sesuai... ini adalah gara-gara laman sosial tu lah...
leka... sampai nak membaca sebuah buku pun ambil masa seminggu...


InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan kita jumpa di BAKAWALI yer...

Sempena Ramadhan yang bakal datang, BAKAWALI mengambil kesempatan mohon ribuan kemaafan, semoga Ramadhan tahun ini lebih berqualiti dan lebih bermakna dari ramadhan yang telah berlalu...dengan harapan, semoga sempat lagi menunaikan ibadah puasa di Ramadhan tahun -tahun mendatang... InsyaAllah.
Share:

Thursday, June 30, 2011

PELUDAH BAHASA


Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.

- A.SAMAD SAID

Share:

Friday, June 24, 2011

keropok Lekor

Assalamu Alaikum.....

Hari ini rasa nak tulis resepi pula. Tak tahulah sedap atau tidak,sebenarnya tidak pernah mengulipun adunan keropok ini. Biasanya jika terasa nak makan keropok lekor...dan jika masa tu suami lapang dan ada 'mood'... dia lah yang akan buat dari A -Z.. (heee saya orang luar, memang tak pandai punya...) Lagipun anak-anak memang sangat suka bila ayah mereka buat.. termasuk lah saya . Pagi-pagi lg sebelum mulakan tugas harian, beliau akan ke pasar dahulu beli ikan dan tepung sagu. Siap siang ikan dan sarapan, baru mula buka kedai runcit kami. Sebelah petang, setelah solat asar kerja2 di dapur pun bermula...

     


bahan-bahan:
1kg ikan selayang/tamban
1kg sagu rumbia
garam,

cara ;
ikan dibersihkan , ambil isi sahaja... sukat.
(setiap 2 mangkuk isi ikan, gunakan 1 1/2 mangkuk sagu rumbia)
kisar isi ikan hingga hancur,gaul bersama sagu dan garam hingga bolih di gentel.
(jika agak keras, letak lah sedikit,demi sedikit air.... )
ambil sedikit ...gentel lah sesuka hati nak buat macamana.. pastikan masa membentuk, tabur sedikit tepung sagu agar tidak melekat..
setelah siap, masukkan keropok yang telah digentel kedalam periok yang telah mengelegak air nya... Bila dah terapong, bolih lah diangkat....
bolih dimakan terus atau digoreng ...

Sos keropok:

lada kering dimesen
gula melaka
asam jawa
garam

sukatan nya ikut suka...


Selamat mencuba yer... terutama buat puan Siti Aminah.... ikan kat Tanjung Karang murah kan... kalau nak rasa yang kami buat, mari lah ke Dungun..





Share:

Tuesday, June 14, 2011

Semoga bertandang tarikh ini setiap musim...14 Jun



Assalamualaikum suami ku
(ahaaa...macaam duk jauh lak kita yer... )
sebentar tadi ~ tuangkan secangkir teh panas
hmmm...... perkara yang sama setiap hari
teh panas dan ada kala nya teh dingin yang berbaki petang hari..
abang minum tanpa protes jika teh tersebut ada kalanya 'terbeku'.....
hari ini 14 jun .... hari istimewa mu
tetap secangkir teh...
panas,sejuk...... beku....silih berganti...

Suami ku...
secangkir teh mewakili segunung harap
selaut rasa ...
betapa perlunya kami pada mu...
setiap detik,setiap saat....
tanpa kek,tanpa ros.... namun
suami ~...kau tetap raja dalam hidup kami...

Photobucket
Suamiku...
~ doakan dirimu sihat, tenang sepanjang masa..
Terima kasih diatas segalanya
sepanjang usia ~... ingin rasanya ~ menjadi suri terbaik dlm diri mu..
Apa..... mampu kah isteri mu ini...
Sebelum mata ~ terpejam...
terimalah ucapan dari suri hidup mu...
Selamat hari lahir suami ~
Untuk kedua mertua ku ~
Terima kasih kerana melahirkan suami ~
yang telah menjadi penyuluh hidup kami.... Amin





Share:

Monday, May 9, 2011

PERGI TAK AKAN KEMBALI..

ASSALAMU ALAIKUM.
Petikan ini ~ ambil dari laman sosial anak sulung ~.
"Umur badan terbatas.Umur batu nisan kadang -kadang lebih panjang dari umur badan tetapi umur jasa dan kenangan lebih panjang dari umur batu nisan.Sebab itu Jalaluddin Rumi pernah mengatakn seketika orang minta izin kpdanya hendak membuat gubah pada kuburannya apabila dia telah mati.Tak usahlah nisan digubah pada kuburanku.Kalau hendak menziarahi aku temuilah aku dalam hati orang yg mengenal ajaranku-Prof Dr. Hamka (Lembaga Budi-Perhiasan Insan Cemerlang)"
Tiba-tiba teringat pula tentang kuburan... Lambat atau cepat kita akan pergi menyahut panggilan Nya.Pergi tidak kembali lagi. Yang paling ~ risaukan ialah jika pusara ~ nanti di gubah dengan sedemikian rupa... Cukuplah sekadar petak empat segi sama...kalau perlu sangat, nisan yg paling sederhana. (agar suatu ketika nanti, tidak tergali semula) tanda suatu ketika dahulu, ada sekujur jasad pernah bersemadi di situ..( dimana? hanya yang tinggal sahaja yang tahu...hehehe).


Dahulu masa balik rumah emak, ada emak bercerita bahawa abang nya memberitahu bahawa kubur nenek,emak dan adik emak dah tak dapat dikesan lagi..( Memang pun emak sangat jarang sekali pulang ke kampung kelahiran emak. Semenjak berhijrah ke tempat sekarang, bolih dikira berapa kali kami balik ke kampung kami . Keluarga di sebelah allahyarham ayah masih ada dua keluarga disana... ) Menurut Pak Ngah , dia masih ingat tempat ahli keluarga tersebut disemadikan. Namun, puas dicari... nisan nya pun tiada.. Khabar nya telah berdiri bangunan disitu.....

PEMBANGUNAN.....??? Kesian juga bila dengar mak mengeluh....tetapi nak buat bagaimana, sabar lah wahai bonda ku. Dimana sahaja disemadikan, jangan risau....Allah tetap tahu dimana. Walau dimana kita berada doa kita pasti dipeduli olih Nya... Tidak semestinya di atas pusara...
Perkara yang telah terjadi... bagaimana nk diubah semula ( redho jer ... kita orang kecil... bukan sape-sape...)


Dalam pada itu sempat pula ~ berharap... " JANGAN LAGI DIAMBIL TANAH PUSARA,WALAU SEINCI" . Kepada saudara-saudara ku... berpesan lah pada ahli waris mu, agar pusara mu nanti biarlah yang paling sederhana dan gunakan tanah wakaf tersebut, seminimum yang bolih... Di situ ada lah tempat persinggahan sementara sahaja kan... Yang penting, bagaimana keadaan kita semasa didalam pusara .... bukan binaan GAH pusara tersebut!!!!

Setiap kali ~ berdoa ,agar bekalan yang bakal ~ bawa nanti dapat ~ cukupi selagi nyawa dikandung badan....

Share: