Assalamu'alaikum,
lot 8549 jalan kubur
dungun
Ramadan sudah lebih dari separuh kita lalui. Bagaimana separuh yang telah kita tinggalkan? Adakah sudah berpuas hati atau sebalik nya? Jika belum.. buat lah apa yang sepatut nya.Hmmm...
Dikesempatan ini ,ingin saya kongsi apa yang terkandung didalam surah al - Ahqaf ayat 15. Sangat menyentuh perasaan. Bayangkan semasa ayat tersebut dibaca... anda sebagai makmum manakala imam nya adalah putra anda... ataupun anda sebagai seorang putra dan di belakang anda adalah ibu bapa anda... Masya Allah !!!. Dan disaat itu jemaah faham maksud ayat yang dibaca.. Dan sudah tentu... disaat itu juga tentu anda ampunkan pula dosa-dosa sianak kepada anda samaada yang anda sedar maupun tidak .
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). - (Al Ahqaf-15 )"
Buat putra putri ibu, mungkin tiada apa yang ibu tinggalkan untuk kamu apabila kami dijemput Nya kelak.. Harta benda atau pusaka jauh sekali...yang ada kita nikmati hari ini, belum tentu akan ada selama-lama nya.Tetapi ibu harap kamu semua akan sentiasa berada di JALAN YANG BENAR DAN LURUS . Walau banyak rintangan, istiqomahlah..Semoga apa yang kamu pelajari bermanafaat buat diri kamu dan orang lain dan semoga semua amalan yang kamu buat adalah amalan-amalan yang di terima Allah.
dungun