Friday, December 4, 2020

Redho bukan melupakan

       Hari ini ,18 rabi 'ul akhir 1442. Empat tahun telah berlalu, namun kenangan itu sentiasa bermain2 dlm ingatan.

         Bagaimana untukku lupakan saat itu , sedangkan parut dan kesan nya masih dapat ku sentuh dengan jari-jemari ku. Aku mungkin mampu bertahan dengan dugaan dan kesakitan yang Allah Azawajalla 'hadiah'kan pada ku, in Shaa Allah . Namun tarikh dan peristiwa 'kehilangan' dia masih segar dalam ingatan. Alhamdulillah, saat sukar, saat pedih , tetap ada insan - insan yang sentiasa menghulurkan tangan.


         Kalian boleh cuba menasihatkanku agar redho dan lupakan kenangan silam dan masa lalu telah jadi sejarah. Namun mana mungkin untukku lupakan kerana setiap hari nama dia tetap ada dalam doa-doa ku.


      Redho bukan bermakna mesti melupakan..!


          




# “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” 


(Surah Ali Imran: 185) #

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○


      

Share: