Friday, December 31, 2010

Mengharap SINAR 2011

Assalaamualaikum....
.Dah jam berapa sekarang ye? Mata tidak bolih dipejamkan .... Apa yang difikirkan ?. Entah lah, yang pasti hari ini adalah hari terakhir kita bernafas di tahun 2010 ni.. Esok dah 2011.

Tahun ini memang banyak perkara yang berlaku.... kalau nak ku salin dari diari lipatan hati ni... tentu sampai pagi tidak habis ku catatkan kat sini... Cukuplah ingin ku nyatakan disini bahawa apa yang ku tinggalkan setahun yang lalu telah ditakdirkan untuk perjalanan hidup ku.... Tawa, tangis, bahagia memang telah menjadi asam garam hidup ini. Yang sering aku dambakan apakah 2011 akan menyambung harapan ku yang belum kesampaian...huhuhu.

Harapan? Harapan apa tu ha... Banyak! memang sangat banyak... tidak dapat disenaraikan .. ini melibatkan harapan ku buat diri sendiri, keluarga, sekeliling ku... Wah!. Harap kesihatan aku semakin baik tahun-tahun akan datang. Aku ingin membahagiakan semua orang yg memerlukan aku... Wahai anak-anak ku yang tercinta... cuma ibu ingin berpesan..."Jangan berputus asa bila mengalami kegagalan..ketahuilah, kejayaan itu memang manis. Tetapi kemanisan itu terpaksa di dahului dengan kepahitan.!!

Di tahun-tahun yang bakal ku lalui ini... aku ingin kan semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba Nya yang mendapat petunjuk dari Allah dan memberi petunjuk kepada orang lain. Semoga kita tidak dari golongan hamba-hamba Nya yang sesat dan menyesatkan orang lain pula.... Kalau lah masih terbit sinar di ufuk timur esok hari... Allah, aku bermohon agar Kau sinari jiwa kami dengan cahaya dan nikmat iman... Semoga kami sentiasa didalam perlindungan mu Ya Allah..



SEMOGA SINAR 2011 MEMBAWA KEBAHAGIAAN BUAT KITA SEMUA...

Share:

Tuesday, November 9, 2010

'Terbang bangau.....'

Assalamualaikum


sebulan lebih dah x buat sesuatu kat bakawali ni.... Mana janji nak menulis tiap hari??? sebenarnya ada banyak yang nak di riwayatkan...hahaha. Tetapi banyak kisah yang terpaksa berkubur je tanpa nesan...kat sudut hati..... semoga hati ini mampu menapis dan menyimpan nya dengan rapi !!

Hari ni lepas asar ada jemputan untuk mendengar taklimat untuk penjaga di Madrasah Darul Bayan..... Taklimat untuk penjaga dan pelajar yang akan pergi sambung belajar di Yaman.... Entah mengapa dada aku bedebar je hari ni.... Macam ada batu yang menghempap kat dada sejak tahu ada taklimat hari ini... Macam-macam yang aku fikirkan.. Kesihatan along, keuwangan , apabila berjauhan nanti.... rindu ... (sedangkan adik-adik nya balik setiap semester aku rindu... ini kan lima tahun kat negara orang)

Masuk je asar, suami dan aku terus solat dan bergegas ke Madrasah Darul Bayan.... Sempat aku capai sebiji GLYCERYL TRINITRATE dan letak bawah lidah.... Alhamdulillah rasa sakit didada
berkurangan. Kalau aku cakap ngan suami ni... sudah tentu dia tidak kasi ikut.... aku buat-buat okey je.... Syukurlah masa kami sampai majlis belum bermula... Along dah sedia menunggu.

Semasa sesi taklimat, aku dengar sepatah demi sepatah taklimat dari tiga orang ustad dihadapan. Sepatah demi sepatah perkataan nya aku fahami...... Alhamdulillah tekanan dah semakin berkurang. Malah aku menjadi lebih insaf apabila ada dua orang penjaga terpaksa berpisah dengan anak mereka selama 10 tahun..... lebih-lebih lagi anak itu berusia 15 tahun...

Ada seorang ibu kepada murid cakap," bila Allah dah beri jalan dan peluang... x kan kita nak halang.. Insyaallah, tentu ada jalan peyelesaian untuk semua masaalah.." Untuk penjaga kepada Affizal, Shamil dan Hassan.... tahniah kerana sanggup berpisah dengan putra -putra anda walau masih remaja.... semoga restu dan doa anda menjadi penawar dan pembakar semangat mereka untuk menuntut ilmu di sana.

Kepada semua tenaga pengajar di Madrasah Darul Bayan ,terima kasih kerana memberi peluang dan kesempatan buat anak kami melanjutkan pelajaran mereka. Sangup bersusah payah menguruskan ... masa,wang dan lain-lain ... Hanya Allah sahaja yang membalasnya... Buat anak ku .....Mohd Aizad, pesan ibu...... Jangan sekali-kali kau lupakan segala jasa insan-insan yang telah berjasa kepada mu demi untuk merialisasikan impian kamu, anakku....


Share:

Tuesday, September 21, 2010

Aku ingin menulis lagi hari ini.... Nak coretkan apa? Tak ada tajuk kali ini cuma nak merapu meraban je.....ishhhh..... Bila duduk sorang-sorang, badan pula lemah longlai dah habis tenaga disebabkan demam dan apabila batuk.... aduyaiii... macam nak keluar usus.... nasib 'macam' , kalau betul-betul..... nauzubillah..

Jumaat lepas, aku sampai di rumah lebih kurang jam 6 petang. Ingatkan nak terkejutkan dua puteriku bila tiba-tiba aku sampai dari kampung... Dari Seremban lagi anak-anak bertanya bila aku akan pulang? Selamba je aku jawab.... "tak tau lagi, tiket dah habis...." Sebaliknya aku yang terkejut bila lihat sikakak terbaring di ruang tamu kerana demam. Namun ditepi dinding, tersusun pakaian yang telah dilipat. Siap diasing-asingkan lagi pakaian -pakaian tersebut... Adik nya pula dah siap buat se teko teh buat ayahnya yang akan pulang dari kerja.... Wah, bolih harap juga mereka ni masa aku tiada dirumah... Yang buat aku terharu bila mereka tidak pun beritahu aku akan keadaan kesihatan mereka. Padahal siadik baru saja sembuh dari demam.... Suami ku pula ambil alih memicit kepala sibongsu... Mungkin mereka tidak mahu buat aku resah bila duduk dikampung menemani ibu ku yang masa itu berada dihospital.... Kau semakin dewasa anak-anak ku....

Namun cuti tiga orang anak kami kali ini mungkin cuti yang paling tak megembirakan mereka.. Angah balik ke Sintok, semasa aku tiada di rumah... sori angah, ibu tak dapat buat bekal untuk angah kali ini.. Dua anak gadis ku pulang ketempat masing-masing pun tanpa bekalan yang aku buat sendiri... Insyaallah lain kali kalau ibu sihat masa korang bercuti, ibu akan buat semua yang kamu inginkan...

Along pula dah balik kat Darul Bayan tengahari tadi..... Bila along pulang nanti, mungkin untuk seketika bersama kami.... lepas itu akan tinggal kan kami buat jangka masa yang lama... Pergilah anakku, moga kau di tetapkan hati dan sentiasa berada di jalan yang benar demi memperjuangkan Agama kita yang suci ini.... Walau berada di negara orang, ingat lah kita tetap berada di bawah langit yang sama.... Terima kasih buat dermawan dan ustaz-ustaz Podok yang merielisasikan impian along..... Alhamdulillah.

Malam kian larut.... berhenti dahulu sebelum melalut...
Share:

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran

Buat semua yang dikasihi
Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap
Semoga Allah menerima ibadah kita semua
dan semoga kita dapat bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Share:

Thursday, September 2, 2010

Doa..

Seusai solat subuh tak tau nak buat apa. Kain yang telah dua hari tak berbasuh, dah diarahkan 'orang gaji jepun' mencucinya. Nak kemas rumah,malas pula, 'apa yg nk dikemas' ......kemas pun cam tu juga...tak kemas...kemas.. Kalau dah tinggal berdua saja, rumah pun dah hilang 'seri' nya... Aduh! korang cepatlah balik. Nak sambung tidur, takut tidak terbangun pula nanti. Kucapai buku dirak buku.. (Saat aku teringat kan gemulah ayah, disaat senggang inilah yang aku buat.... ).

Buku tulisan Dr Hamka bertajuk , DOA - DOA RASULULLAH -1970. Ingin aku berkongsi sedikit apa yang tertulis di dalam nya.
Didalam beribadat kepada Allah SWT, Doa adalah satu amalan yang penting sekali. Lantaran pentingnya doa,didalam Al Quran sendiri terdapat doa-doa dari Nabi-nabi dan Rasul-Rasul Allah. Doa Nabi Adam, Doa Nabi Nuh, Doa Nabi Ibrahim, Doa Nabi Yunus dan Doa dari Nabi-nabi yang lain.

Sabda Rasulullah betapa pentingnya doa :
bermaksud:
"Doa itu adalah ibadat" Itulah sabda Rasulullah. Lalu baginda baca firman Allah ( Surah Al- Mukmin Surat ke 40; ayat60) " Dan berfirman Tuhan kamu ; Serulah Aku (berdoa lah kepadaku), niscaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang yang merasa sombong dari beribadat kepadaKu,akan masuklah mereka kedalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina". (hadis diriwayatkan olih Ibnu Hibban. Dan diriwayatkan juga oleh At Turmuzy dan perawi-perawi hadis yang lain, diterma dari sahabat Rasulullah SAW, Nukman bin Bashir r.a )

Didalam hadis ini dinyatakan bahawasanya doa itu sendiri sudah bolih dikatakan ibadat,atau termasuk ibadat, atau semulia-mulia ibadat. kerana apabila kita telah berdoa,bererti kita telah mengakui kerendahan dan kehinaan diri kita dihadapan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia tempat kita memohon.

" Doa itu adalah otak dari ibadat" ( Hadis ini diriwayatkan olih Ibnu Hibban dan At Turmuzy)

Ingin ku petik lagi antara isi kandungan buku ini... Berkata Nabi SAW : " Tidaklah yang menolak ketentuan Allah kecuali doa; Dan tidaklah yang menambah umur, kecuali membuat kebajikan,dan seorang lelaki akan diharamkan bagi nya rezeki kerana dosa yang dibuat nya."

Akhir sekali ingin kupetik lagi.... Khas buat yang sudi membaca...

DOA BERTAWAKAL:

"Ya Tuhan ku yang hidup, ya Tuhan ku yang berdiri sendiri Nya, ya Tuhan ku pencipta langit dan bumi, ya Tuhan ku yang empunya Ketinggian dan Kemuliaan; Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, dengan Rahmat Engkau aku memohon dihujani, perbaikilah keadaan-keadan ku semuanya, dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri,dan jangan pula kepada seseorangpun daripada makhluk Engkau" (Hadis ini adalah drpd hadis sahih)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada siksaan azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.

Share:

Saturday, July 31, 2010

Terima kasih suami ku.

Malam ini aku dah nak bertoilak ke kampung.
Terima kasih suamiku kerana membenarkan aku menziarahi bonda di kampung.
maaf kan aku kerana meninggalkan abang kesaorangan memikul tugas harian...
rumah yang berantakan....
mengambil alih membasuh pakaian dan pinggan mangkuk...
2 ekor arnab dan 2 ekor kucing yang perlu diberi makan.... maafkan aku..


Abang...


Bila semuanya telah selesai,
Insyaallah aku akan kembali ke teratak kita....
Share:

Friday, July 30, 2010

Tubuh tidak simpati pada diri sendiri.....

Tubuh tidak simpati pada diri sendiri? Apa pula ni.... hari ini sementara duduk berehat kat rumah, aku masuk bilk anak sulung ku.. Belek satu demi satu buku yg ditinggalkannya. Tertarik dengan satu buku yang berjudul - Persiapan Menghadapi Maut siri -7. tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat....
Menarik dan ingin berkongsi dengan anda.... maka aku petik 'bulat-bulat' antara isi didalam nya........

 Sesuatu yang lumrah jika sengketa atau perbalahan terjadi antara dua individu atau dua kumpulan, kerana manusia tidak selamanya sependapat atau sealiran fikiran. Tetapi agak sukar difahami jika manusia terpaksa berkrisis atau bersengketa dengan dirinya sendiri. Tidak mungkin sesuatu perbuatan yang dilakukan olih sesaorang tanpa persetujuan perasaan dan fikirannya,jika suatu tindakan telah dipersetujui, tidak mungkin jasad akan dipersalahkan kerana melakukannya. Perbalahan dan diri sendiri tentunya tidak terjadi.

Walau bagaimanapun Allah SWT akan membuktikannya bahawa pasti tiba saatnya manusia terpaksa berbalah dengan diri sendiri, diantara tubuh manusia saling mendedahkan rahsia diri yang selama ini tidak pernah didedahkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini( hari qiamat) Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka ushakan." (surah Yaasin ayat 65)

Firman-Nya lagi, yang bermaksud:"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan". (surah An-Nur ayat 24)

Banyak lagi buku-buku peninggalan Allahyarham ayahanda yang belum sempat aku baca...... Kalau seminggu sebuah buku.... harap-harap dapat habiskan semua buku-buku tu.... Tapi banyak buku arab.... macamana nie...



Share:

Monday, July 12, 2010

Berangkat lah......

SAAT INI CUMA INGIN IBU TULISKAN...
WALAU SEORANG DEMI SAORANG TELAH BERANGKAT

MENINGGALKAN KAMI...... WALAU MASIH TERASA DAKAPAN

DAN HANGAT AIR MATA IBU, PERGILAH DEMI ILMU DAN CITA-CITA KAMU.

KAMI AKAN TETAP DISINI, MENDOAKAN KAMU!!!





Share:

Friday, June 25, 2010

Semakin dekat...

Semakin dekat destinasi bakal ku singgah.
tak mungkin akan ku lalui lagi saat yang telah ku tinggalkan
walau seribu kelam bakal ku rempuhi dihadapan....
akan ku gapai dengan penuh semangat dan pasrah

Cita dan doa ku semakin hampir di genggaman
bakal ku rangkumkan dan akan ku lepaskan
bakal menjadi penyambung pada apa yang akan ku tinggalkan.....
Semakin lelah , semakin banyak aku mengharap
Ya Allah, izinkan aku menyaksikan
ANUGERAH yang telah KAU hadiah kepada kami
mencapai impian dan cita-cita mereka .


Apa yang telah ku lakukan untuk diri ...
yang pasti, aku begitu kerdil disisi Mu
sentiasa berada dijalan Mu,di dalam lindungan Mu,
berkati hidup ku.... itu yang ku harapkan Allah .

Untuk mu ayah bonda yang tersayang
terima kasih ....... kerana kasih mu
aku dapat mengecapi nikmat Allah di dunia ini
empat puluh lapan tahun yang telah ku lalui
sarat terakam pahit getir
janji dan harap.

Namun buat yang ku sayang
terima kasih buat ibu bahagia
cita-cita kamu untuk memanjat tangga 'menara'
telah terlaksana .

Pesan ibu menara gading bukan kayu pengukur...
pun bukan lesen untuk membahagia kan kami
kasih sayang , amalan dan doa kamu adalah
HADIAH YANG TERINDAH
yang sering ibu dambakan.

Buat putra putri ku..
Mohd Aizat, Mohd Hafiz, Norsyazana dan Nur Aizatul Akmal
ibu bersyukur kehadrat Illahi
kerana menghadiah kan kamu kepada kami

Buat suami ku
tanpa mu, mana mungkin permata hati ini dalam dakapan
Terima kasih kerana menjadikan aku isteri mu.

Semoga Allah membenar kan aku melihat suria esok hari lagi....
menghirup udara segar
Dengan nafas dan harapan baru....








Share:

Wednesday, May 26, 2010

Gula yang pahit !!!

Assalamualaikum.

Bagaimana nak mulakan tulisan kali ini ye... lama tak menulis jadi kaku pula. Memang dah lama nak menulis ,tetapi ada saja halangan nya. Halangan nombor satu adalah MALAS. Memang masaalah ini tiada siapa yang dapat tolong...hehehe.

Gula yang pahit!!!. Memang banyak sebab mengapa kali ini ingin ku katakan bahawa gula itu pahit. Betul ke gula pahit? Lawaknya..... Kan gula manis. Bolih dikatakan hidup ini perlu gula!!!
Segala macam masakan perlu gula.. Lebih-lebih lagi kt tempat aku bermastautin ini, lauk pauk pun perlukan gula... wajib. Aku menulis ini adalah kerana krisis gula kat tempat aku.... Lebih-lebih lagi kami ada kedai runcit.....Meliaga sikit-sikit ma...

Dahulu tidak lah seteruk ini. Kalau suami beli gula kat pemborong bolih lah dapat dua atau tiga karton... satu karton sebanyak 24 bungkus. Itu masa gula rm 1.50 sebungkus. Bila gula dah naik harga rm 1.65 semakin kurang pula bolih dapat. Kadang-kadang bolih lah 2 karton atau paling sedikit, 1 karton.... Masa tu , pemborong beri harga rm 1.63 sebungkus... jadi atas sebungkus dapat lah 7 sen. Itu pun kami terpaksa jual dengan harga rm 1,70 sebungkus. Sejak kebelakangan ini, entah dimana silap nya... gula semakin susah didapati. setiap hari suami kena berulang ke pemborong untuk dapatkan gula. Nak tau berapa karton bolih dapat? ENAM bungkus sahaja!!!!!. Itu pun bukan setiap hari bolih dapat. Harganya pula rm 1.65. Cuba kira 6 bungkus tu dapat untung berapa sen.....duit minyak pun tak lepas... duit plastik lagi...
Rupanya berniaga ini pun bukan semata-mata nak kejar untung sahaja. Kadang-kadang kesian juga lihat suami kesana sini cari gula semata-mata nak tunaikan permintaan pelanggan. Lebih-lebih lagi makcik-makcik yang tiada siapa nak diharap ke bandar atau pasaraya nak dapatkan gula. Adakalanya dia sanggup beli sekilo di kedai lain untuk makcik-makcik tersebut....

Semasa aku dikedai, macam-macam perangai pelanggan nak dapatkan gula. Ada kalanya orang yang tak pernah datang atau tempuh kedai runcit kami pun ada datang semata-mata nak beli gula.... Kesian juga melihat nya. MAAF GULA DAH HABIS!!!. Bilalah krisis gula ini nak selesai.

Menteri kata, rakyat kena belajar kurangkan gula dalam masakan dan minuman...Kalau dalam keluarga sendiri, bolih lah kot.. Bagaimana pula dengan peniaga makanan atau minuman? Bolih laku ke kueh atau air yang......tobat! Tak datang dah kedai tersebut lagi agaknya.....

Mudah-mudahan krisis gula akan kembali pulih di DUNGUN ini.Semoga kerajaan tidak menarik balik subsidi gula...... Walaupun dengan terpaksa kami tidak dapat jual harga rm 1.65, kami punya alasan tersendiri....Kadang-kadang ada juga pelanggan yang datang nak beli gula. Dengan sombong nya bercakap, " 1.70? mahal nya. Mareng kt Nir_ _ _ _, 1.65 je " Nak aku maki je orang tu...... Itu untung aku kesian, dapat gak mu gula..... kenapa mu tak shoping kat pasaraya tu? Tetapi itu lah, nama pun pelanggan.... Terpaksalah aku jawab, " Nak beli tak ni, kalau mahal, baik awak beli kat sana. Lima sen tu awak bolih beli macam-macam....." Nak cerita masaalah kami sebagai peniaga kedai runcit ni.......issshh, lain kali lah. GULAAAA, setiap tahun ada saja masaalah!!!! Memang pahit...

Selingan Kejap:

Jadi,dengan kekurangan gula ni,apakata kita beralih ke alternatif baru....yang lebih menyihatkan daripada gula...Kita masih dapat minum manis,tapi TANPA gula dan boleh menyihatkan badan kerna dapat membantu dan merawat pengaliran darah yang bermasalah dalam badan kita...Fuhh..bukankah kedengaran sangat berkhasiat?hehehe

Apakah alternatif itu? Jeng..jeng..jeng...Produk ini dinamakan Stevia Sweet,iaitu produk pemanis tanpa gula untuk kamu semua...

Yang ini kordial,kat kedai ada 6 perasa semuanya, Laici, Anggur, Oren, Kismis,Kurma dan Sarsi..
Ini pula yang concentrated...pilih..pilih..pilih...ada 8 perasa semuanya..Roselle, Kiwi, Mangga, Anggur, Dragon Fruit, Kismis, Kurma dan Nenas...
harga kat botol RM19.90..tapi kalau beli kat Usaha Pasti Jaya Enterprise
(kedai sapa la tu yer)....12 ringgit boleh dapat..tapi kalau nak lagi murah,sila runding dengan tokey yerr..hehehe

yang ni Premium punya..botol kaca..dalam kotak....tengok botol pun dah eksklusif..harganya..paham-paham je la...hehee
Share:

Wednesday, April 14, 2010

BAKAWALI KEMBANG LAGI


Assalamualaikum...

Menunggu bakawali ku berkembang, rasa tak sabar rasa nya. Setiap hari aku renung dan berbual dengan bakawali ku, asyik.... Selalunya bila menunggu bakawali berkembang , adalah saat yang kami nanti-nantikan. Tika itu bau harum semerbak ...... menyelubungi serambi.... Kami akan tersenyum ...tak dapat digambarkan perasaan , tika kelopak yang putih berseri berkembang...... Aduhai....



Malam tadi bakawali ku kembang lagi..... Mengapa aku tak rasa apa-apa kali ini. Aku masih teringatkan sesaorang. Biras @ sahabat yang paling akrap dengan aku.... Apa kabar Mah sekarang. Saat ini dia terlantar di hospital. Rasa bersalah dan tak patut sangat dalam diri tidak dapat aku buang...Mah, saat Mah begini, Kak Long tak ada bersama Mah. Mah, harap Mah tabah menempuh dugaan ini ye... Tak sabar menunggu Mah pulang kerumah . Semoga cepat sembuh NOOR HAMIMAH BINTI ABDULLAH, kuat kan semangat dan tabah demi kami semua yang sangat menyayangi mu.


Share:

Wednesday, April 7, 2010

SURATAN

Assalamualaikum....
Baru malam ini ada masa terluang untuk aku menulis lagi. Lebih dua minggu blog BAKAWALI ini terabai.....Banyak kisah yang berlegar dalam benak untuk ku curah kan di sini... namun , hari ini biar aku berkongsi cerita tentang...

PENYAMUN MENYAMUN SEMASA HUJAN , DIMALAM HARI....
Panjang sungguh intro ...... Tapi aku kalau nak lebih menjiwai cerita kali ini kena tulis dalam loghat jiwa den..... Bulih kan. Sekarang ni aku anak Minang yang tengah marah....

Mulo ee , maso dapek tau kodai wa'den kono pocah an, takdolah nak marah bona. Urut dado yo lah. Dah tak do joki nak buek apo an. Innalillah..... Setiap kejadian yang berlaku kek kito tu, tontu ado sobab ee. Ko Allah nak bori togoran atau peringatan ateh apo yang kito lakuan selamo ini... Yolah sapolah kito di dunio ini kalu tak ado ujian...wa'den soda tu.

Dah ompek kali kodai wa'den di' lubang' kan olih penyamun tu.... wa'den ghaso misti orang yang samo..... Apo tak eh.... caro dio borosih an kodai wa'den tu lobih kurang samo yo....Setiap operasi yang penyamun tu buek maso hari ujan...Maso wa'den tibo kek kodai ari tu suami tengah berdiri kek mejo dopan. Dio rilek yo.... cumo dio cakap," Awak jage kedai ye, saye nak buat repot....". Mulo-mulo waden yo an jo, bilo di pike sakali laie, waden pun tarik pintu kodai.... Suami pandang yo.... " Nanti manalah tau kalau polis tu nak ambil cap jari ke...ape ke.....", kata ku .

Hampir dua jam wa'den dan anak tunggu polis datang.... Bila polis datang... dia ambil gambar ngan TALIPON BIMBIT!! Wa'den ghaso misti talipon canggih tu... dari jauh bolih nampak... dio x ambik cap jari pun.. X kesah lah.. itu mungkin cara dio... mano samo ngan corito polis kat Tb tu...

Orang kampung... bilo dah nampak polis datang kodai.... mulo lah bertanyo macam-macam.. Kalah pemberita surat kabar.... Tp suami wa'den maleh nak komen banyak-banyak. Dio sorah ngan Allah yo bori balasan... Tapi, banyak- banyak yang bertanyo.... wa'den raso dio...... dio totangkap basah dan tokantoi.... bilo dio konon-konon nak simpati...... Tapi, bondo tak ado kek dio nak den peletokan tongkok dio tuh!!! Hisss.

Dan sekarang, dah tak marah lagi.... sebab dah luah kan kat anda.... huuh. Lega. Lebih lebih lagi bila suami kata,"Jangan marah-marah, sabar itu separuh dari iman". Terima kasih suami ku kerana mengingati ku..

Bila dalam kesusahan, anak sulung hantar mesej,

"Perintahlah ahli kamu mendirikan solat&bersabar atas mengerjakannya.Tidak kami meminta rezeki,bahkan kamilah yang memberi rezeki" - maksud ayat al-quran

Terima Kasih Along, buat ibu bertambah tenang...

Share:

Saturday, March 6, 2010

LASKARNITA INTAKE 142... reunion...

ASSALAMU ALAIKUM....

4 mac 2010.. jam 8.30 malam. Saat paling indah bila sahabat lama ku menalipon ku. Wah! bermula dari saat itu hingga kedetik ini nostalgia lalu menjelma kembali. Sungguh, kenangan semasa aku mula menjejakkan kaki di Pengkalan TLDM Lumut. Kenangan semasa kami sama-sama susah, senang , gembira dan menangis di KD PELANDOK.... KENANGAN BERSAMA LASKARNITA PENGAMBILAN 142....

Kami berbual panjang. Hilang rindu dengan kawan-kawan lama. Al;hamdulillah, menurut kata kawan ku SITI AZIAH, mereka berjumpa di rumah sahabat kami HJH ROZITA BT JAAFAR semasa majlis perkahwinan anak lelaki HJH ROZITA.

Pagi tadi Aziah hantar pula gambar semasa dimajlis tertsebut. Menitis air mata ku apabila hanya beberapa orang sahaja yang masih aku ingat wajah mereka..... Sungguh! Siapa yang lain-lain lagi turrr. Tetapi memang mereka itu adalah teman -teman aku suatu masa dahulu.( tulah, cepat sangat keluar baris..... harap mereka tak lupakan aku.... ) Ingin ku sertakan gambar-gambar semasa kami di KD PELANDUK dahulu..... Tetapi terapaksa aku batal kan niat tersebut kerana ...... Rekrut masa tu aurat mereka tidak .......( itulah antara sebab mengapa aku berhenti cepat...).

Tengahari tadi aku bertanya semula pada SITI AZIAH siapa dalam gambar tersebut.....( Tanpa malu dan segan..ish..ish) Ada beberapa orang didalam gambar tersebut menjadi lasakarnita hingga bersara.Syaabas, kawan.

Disaat ini pula aku cuba menghafal dan mengingati nombor tentera kawan-kawan ku.... wah! banyak yang aku dah lupa... Mana nak rujuk ya.... Oh ya. HJH NORUBAYA.... ORANG KAMPUNG KU. Insyaallah kalau ada kesempatan aku akan tanya dia. Dengar khabar dia antara orang kuat Persatuan Bekas TLDM, cawangan N sembilan.

INILAH ANTARA TEMAN -TEMAN KU LASKARNITA INTAKE 142...




Rohani Kassim(5500082),Hjh Norubaya (5500088), Habibah(5500087), Norlida(5500099), Norzila(5500076).

Siti Aziah(5500097), Shima(5500104), Hjh Rozita(5500107) Zaiton(5500093).

UNTUK MU SITI AZIAH...... TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN MENCETUSKAN KENANGAN LAMA .... DAN SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE.... PADA 3 Mac 2010... DARI SAHABAT MU..... 5500083...


## ini senarai nama laskarnita pengambilan 142/80.. terima kasih saya ucapkan kepada sahabat  kami 5500079...
5500075 maznah arshad
5500076 norzilah abu samah
5500077 halimah zakaria
5500078 rafiah md yusuf
5500079 falizah hisham
5500080 noraini kassim
5500081 saerah abu
5500082 rohani kassim
5500083 zakiah abdullah
5500084 hamizan arif
5500085 samsiah jaafar
5500086 rohaya siam
5500087 habibah hj mansur
5500088 noorubaya tahir
5500089 rohana mohd amin
5500090 rohani osman
5500091 wan hasiah wan mamat
5500092 aminah alang yahya
5500093 zaitun dollah
5500094 zainul aini md jusoh
5500095 fatimah hassan
5500096 bashariah md salleh
5500097 siti aziah ahmad
5500098 mahani hamidon
5500099 norlidar md salleh
5500100 normala zakaria
5500101 sarah hamzah
5500102 norliah ahmad fuad
5500103 hashimah md dali
5500104 norhashimah kayin
5500105 norlela ramli
5500106 mahyom omar
5500107 rosita jaafar (allahyarhamah)
5500108 rohaya othman
5500109 maimunah ismail.
3 okt 2013
Share:

Tuesday, March 2, 2010

Ayah.....

Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat di keningku
Kau nampak tua dan lelah
Keringat mengucur deras
Namun kau tetap tabah
Meski nafasmu, kadang tersengal, memikul beban yang makin sarat
Kau tetap bertahan

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu, gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
Kini kurus dan terbungkuk
Namun semangat tak pernah pudar
Meski langkahmu kadang gemetar
Kau tetap setia

Ayah...
Dalam hening sepi ku rindu
Untuk menuai padi milik kita
Tapi...
Kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang
Banyak menanggung beban.

Almarhum Ayah

1 Mac 2006- 1 Mac 2010
4 tahun pemergianmu....
Share:

Saturday, February 20, 2010

Abang VS Ayang


Abang VS Ayang


dipetik dari blog http://taq6889.blogspot.com/



Saper yang salah agak2nya..

Memula skali ayang anto kat abang..



Dear abang,



Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

ayang







ni abang lak bagi....




Dear Ayang,




Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha

Love,

Abang

renung2kan...hehe.....
Share:

Wednesday, February 17, 2010

Jantung

Tak tau nak masak apa ari ni. Buka pintu dapur, nampak pohon pisang yang telah mengeluarkan buah nya! Alhamdulillah, berbudi pada tanah inilah hasilnya. Nana anak gadisku mencadagkan ambil saja jantung-jantung pisang tersebut untuk hidangan tengahari . Apalagi si adik mengikat parang bengkok di batang penyapu panjang.....

Jolok,jangan tak jolok!! Dush,,,,,, 5 x... Lima biji jantung telah terpisah dari tandannya..... Lima biji jantung bukan lah banyak sangat untuk lima orang makan.... Bila buka kelopak-kelopak nya,... kecil saja yang tinggal. Masak lomak lado api.... Gulai dah nak mengelegak, serai lak dah reput diatas tanah, terendam musim hujan lalu... Lantas aku suruh si bongsu ambil daun kunyit dalam pasu di halaman. Alamak! ni nak marah ni .... diambilnya daun cekur ku yang baru mengeluarkan daunnya sebanyak 3 helai.... Botaklah cekur ibu dik oiiii. Sekali lagi ambil baru betul... Eeee lahai, macamana ni.....

Hidangan hari ini ala kadar saja. Gulai jantung, goreng ikan cicah sambal kicap....
Share:

PD-30 Jan 2010..

Hari yang paling istimewa bila kakak dan abang ipar  mempelawa untuk jalan-jalan di PD... Pucuk dicita ulam mendatang!! . " Sian kau dah lama kat sini tak jalan pun mana -mana..... jom kita ke PD jalan-jalan makan ais kerim", ujar kakak ku. Eeeee lahai!! macam tau-tau saja mamang dah lama aku mengidam nak jejak kan kaki di PD.

Awal petang kami sampai di Bagan Pinang. Tempat yang indah, bersih dan nyaman.  Tujuan kami ingin berjalan-jalan diatas laut, aduhai jambatan sedang dibaiki pula. Aku ingin berada digigi air, bermain ombak dan melihat matahari terbenam.... namun, dikesempatan ini cuma jalan-jalan dan melihat deburan ombak dari tebing yang tinggi. Walau sebentar disana, sungguh terkesan dijiwa. Sebelum maghrib kena sampai di rumah omak..... singgah  dan jalan-jalan di Pasar Minggu. Jalan meleret-leret...borak-borak tak beli apa-apa buah tangan untuk orang Dungun.  Beli mee , murtabak dan air . Duduk sebentar di sana.... dan MAKAN...

Dalam perjalanan pulang ke rumah omak, sempat aku perhatikan perubahan disepanjang perjalanan kami.  Hutan dan pohon getah di kiri dan kanan jalan sudah tiada lagi.  Ada ladang anggur lagi... ish..ish.. Ada beberapa taman perumahan... yang tidak pernah ku tahu ujud nya. Itulah tanda nya sudah lama sangat aku tidak  melalui jalan tersebut!!!

Terima kasih alang dan abang ujang, kerana laksanakan impian ku.

Deburan ombak yang menghempas.

.Sesekali merayap lesu.

Singgah dihamparan batu

Yang teguh dan sabar menunggu.





Share:

Thursday, February 4, 2010