Hari yang paling istimewa bila kakak dan abang ipar mempelawa untuk jalan-jalan di PD... Pucuk dicita ulam mendatang!! . " Sian kau dah lama kat sini tak jalan pun mana -mana..... jom kita ke PD jalan-jalan makan ais kerim", ujar kakak ku. Eeeee lahai!! macam tau-tau saja mamang dah lama aku mengidam nak jejak kan kaki di PD.
Awal petang kami sampai di Bagan Pinang. Tempat yang indah, bersih dan nyaman. Tujuan kami ingin berjalan-jalan diatas laut, aduhai jambatan sedang dibaiki pula. Aku ingin berada digigi air, bermain ombak dan melihat matahari terbenam.... namun, dikesempatan ini cuma jalan-jalan dan melihat deburan ombak dari tebing yang tinggi. Walau sebentar disana, sungguh terkesan dijiwa. Sebelum maghrib kena sampai di rumah omak..... singgah dan jalan-jalan di Pasar Minggu. Jalan meleret-leret...borak-borak tak beli apa-apa buah tangan untuk orang Dungun. Beli mee , murtabak dan air . Duduk sebentar di sana.... dan MAKAN...
Dalam perjalanan pulang ke rumah omak, sempat aku perhatikan perubahan disepanjang perjalanan kami. Hutan dan pohon getah di kiri dan kanan jalan sudah tiada lagi. Ada ladang anggur lagi... ish..ish.. Ada beberapa taman perumahan... yang tidak pernah ku tahu ujud nya. Itulah tanda nya sudah lama sangat aku tidak melalui jalan tersebut!!!
Terima kasih alang dan abang ujang, kerana laksanakan impian ku.
Deburan ombak yang menghempas.
.Sesekali merayap lesu.
Singgah dihamparan batu
Yang teguh dan sabar menunggu.
0 comments:
Post a Comment