Wednesday, June 20, 2012

mak , saya rindu mak

Mak
Hari ini ,genaplah 11 tahun mak meninggalkan kami
masih segar dalam ingatan raut wajah mak
senyuman mak,tutur kata mak  yang lunak dan berhemah
segala pesanan  serta teguran mak masih terkesan dilipatan hati ..

 Mak
tika saya bersama mak, walau dalam apa juga keadaan
ada lah saat manis dan indah
saya berhijrah ke daerah ini, selain takdir Allah, 
sebenarnya adalah ingin bersama-sama mak
belajar macam-macam dengan mak
saya ingin sabar macam mak
rajin macam mak
istiqomah macam mak
namun takdir mengatasi segala nya.... 

Hanya sempat 2 tahun kami bersama mak
mak pergi meninggalkan kami
namun walau masa yang sesingkat itu
saya sempat juga memungut sedikit pengalaman dan rahsia
bagaimana tubuh yang semolek mak mampu menanggung segala dugaan
mak kata, "bersyukur dan redho" pada setiap soalan yang saya ajukan

Mak
mak tidak bersekolah tinggi
namun mak dapat selesaikan semua masaalah anak-anak
dari masalah sekolah, hingga masalah yg sudah berumahtangga
waktu mak terlantar menanggung sakit yang dideritai
anak-anak mak serta menantu, bergilir megurusi mak
namun itu tidak cukup dengan apa yang telah emak curahkan pada kami
walau sebanyak mana tenaga yang kami curahkan
tidak sama dengan keringat mak yang menitik ke bumi.


Mak

Semoga Allah ampunkan mak, maafkan kesalahan mak, muliakan kedatangan mak, lapangkan kubur mak, terima kebaikan mak, sayangi mak, pelihara  dari azab kubur dan azab api neraka, dan masukkan mak kedalam jannah Allah dengan Rahmat . 

Mak
walau saya cuma menantu mak...


 Mak
semoga melimpah lagi doa yang lebih diterima Allah dari anak-anak yang mak tinggalkan.
kerana apa lagi yang diperlukan olih si mati kecuali :

Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara – sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang berdoa untuknya.”


Share:

Thursday, June 14, 2012

Ulang Tahun mu...

Suami ku, Waktu demi waktu berlalu
seperti biasa hari yang dikatakan istimewa olih semua orang...
tiada sebiji kek apatah lagi tiupan lilin..
kerana kita sering mengharapkan dan meraikan 
setiap hari ..
kerana hidup ini'drama bersiri'
semoga 'PENGARAH' yg mengarahkan perjalanan hidup kita
di berikan kesudahan yang  SEMPURNA, buat keluarga kita...
Insyaallah.


Dahan tempat aku berpaut....
 Suami ku...
waktu demi waktu berlalu
aku ingin sentiasa bersama mu
tidak ingin mengalah dan berganjak walau selangkah...
miski pelayaran hampir menuju 'destinasi' nya
siapa yang sampai dahulu ...
itu adalah 'kerja' Maha Pencipta'
Namun, setiap doa ku
' aku ingin bersama mu menyulam harapan dan cita'
menuju pelabuhan yang sering diidamkan semua hamba Nya
dan di sana kelak.... aku ingin berkumpul lagi.... 
SEKELUARGA

Suami ku... mari kita sama-sama 'BANGKIT' utk tujuan yang sama

didalam membina Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah


Share:

Tuesday, June 5, 2012

Alhamdulillah, saya masih bernafas....

Assaalamualaikum, lama dah tak menulis. Masa masih 24 jam sehari...tidak cepat walau seminit maupun sebalik nya. Jadual harian macam biasa sahaja dari subuh hari menjelang tengah malam, selalunya saya buat perkara yg sama... cuma kadang-kadang jadual bertukar sedikit bila berpegian atau ada tetamu yang datang menziarahi...  

Kebelakangan ini dada selalu berdebar-debar tidak tentu pasal. Ada kalanya sedang duduk-duduk santai , tiba-tiba tangan menjadi seram sejuk, dada berdebar-debar dan ada ketika jari-jari tangan tidak bolih digenggam. Apakah ini ada lah perkara biasa bagi orang lain juga bila usia hampir mencecah setengah abad... 
(Jika diizinkan Allah... beberapa hari lagi jejak lah keangka 50 tahun...) Saya tidak peduli semua itu... yang penting, banyak perkara penting dijadualkan akan berlaku pada tahun ini.. Semoga Allah izinkan saya berada disetiap suasana yang sangat bermakna tersebut. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah berikan kesihatan dan kuatkan semangat saya untuk menjalani detik-detik tersebut, agar  menjadi ingatan di hari mendatang.... Selepas semua perkara yang telah kami rancangkan selesai.. Insyaallah , saya akan uruskan tentang apa yang sepatut nya tentang diri saya pula. Harap segala yang saya tangguhkan tentang diri saya tersebut tidak akan menjadi suatu perkara yang 'sudah terlambat'.....
Share: