Sunday, July 22, 2012

Ramadhan bulan untuk makan ?


Ramadhan datang lagi . Hari ini sudah dua hari kita menjalani ibadah puasa. Kali ini semua anak-anak ada bersama-sama kami.Berselera lah sikit bila menjamah makanan, walau ala kadar sahaja. Kelmarin suami minta buat bubur nasi... Bubur Nasi ?  Ikutkan je permintaan suami tersayang... buat sup ayam sedikit ... sambal kukus ikan masin jeruk dan telur masin rebus... Sahur... garuk-garuk kepala. Nak masak apa ye sahur nanti... Angah kata, " cincai-cincai jer bu... pap,pap siap..."  Masalah nya x tau apa yg nak dimasak!
Akhir nya goreng daging cincai-cincai je.... Sedap ke? X berkuah, tercekik pula nanti bila di makan dengan nasi... nasib ada sedikit lagi kuah sup lebihan bersahur... Eh, berselera pula en suami masa bersahur. Along pula kata ibu masak apa ni? Sedap pula... maka dia habiskan hingga kepingan terakhir... haha



Petang tadi, bila tiba untuk kedapur, menung lagi. Tanya En suami nak makan apa? Dia cuma kata, "ikut pandai lah...." Ni yang jadi tak pandai ni..  Tiba-tiba angah hantar pesanan... " Jangan masak macam-macam, masak udang je... pap,pap.. siap" ....  Hummmm,  bila cakap kat en suami... buat la apa-apa, saya makan je.. Aduh! Lagi hilang semangat nak masak... " Abang, kasilah cadangan nak masak apa. saya lalu  makan apa je, abang tu yang memilih...." . " Ok, buat mi goreng" , Idea yang bernas keluar dari mulut En suami.... Anak bongsu cakap, "ayah lah buat...." Eh, eh.... setuju pula  dia... " Yo lah... adik tolong gorengkan, ayah sediakan bahan..." 

Apa yang dimasak berbuka tadi , nasi dan sedikit lauk serta sebungkus mi kuning goreng, sudah habis... Alhamdulillah, Untuk sahur nanti...fikir lagi... lagi, lagi... begitu lah seterus nya. Insyaallah selagi bolih bergerak dan sihat tubuh badan, Ramadhan kali ini  saya berazam tidak mahu beli lauk di bazar... (bolih percaya ke?) Tadi En suami cakap, masak kena ikhlas baru masakan sedap. Bila saya cakap, " sori, hari-hari saya masak ikhlas + kusyuk dan tawadhuk lagi... kenapa abang makan sikit je?" . " Itu bukan tidak sedap, memang selere makan saya dah kurang... hehehe

Begitulah tentang selera... masa muda-muda dahulu, apa sahaja bolih lalu dimakan... Sekarang ni , bila usia sudah melebihi 50 an... apa yang digemari suatu masa dahulu, sekarang tidak lagi. Sekarang ni masak lebih kepada selera anak-anak...

Dalam pada itu, terfikir pula dalam hati... ramadhan, bulan untuk kawal nafsu makan  atau  bulan untuk makan ? Hari-hari jika di halaman sosial... post tentang  makanan yang pelbagai ragam..   Orang tu cakap makan di restauran tu... orang ni cakap masak bla,bla.... yang kadang -kadang bolih meleleh air liur dibuat nya.... Fuhh !!! Sampai begitu sekali ke mak cik oiiii...hahaha.


 Akhir sekali  ingin saya berpesan kepada anda dan diri sendiri

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”Riwayat Bukhari & Muslim






Share:

Friday, July 6, 2012

ALHAMDULILLAH




Kupanjatkan seribu kesyukuran kehadrat Mu, Ya Allah kerana dengan izin Mu, dapat lagi aku menghirup udara dan memijakan kaki di bumi Mu ini. Dengan limpah Rahmat Mu dapat lagi aku memandang insan-insan yang aku sayangi dan kembali melaksanakan apa yang sepatutnya aku, sebagai hamba Mu patut laksanakan. 50 tahun telah berlalu dengan seribu warna kehidupan. Apa pun warna nya, semoga Kau berkati dan redho atas usia yang telah Kau pinjam kan terhadap Hamba Mu ini hingga penghujung nya.

Kepada mu bonda yang jauh.... ingin rasa nya disaat ini, aku rangkul tubuh mu dan mencium pipi mu dan menyatakan, " Mak, terima kasih mak kerana melahirkan aku kedunia yang indah ini. ampun kan segala kesalahan ku. terima kasih mak diatas segala yg telahkau limpahkan pada ku dan doa-doa mak selama ini"

Saat mak tidak berdaya ingin rasa nya aku urusi segala keperluan mak. Namun mak tidak mahu berganjak dari rumah yang telah menjadi lambang titik peluh dan kasih ayah kepada kita..... tiada siapa pun yang bisa mengalihkan mak dari rumah yang telah sebati dengan diri mak. Apa daya kami mak ...  Ketika aku menulis ini , apa lah yang sedang emak lakukan disana... Syukurlah permata hati kami berbesar hati menghabiskan cuti semester nya untuk menggantikan tugas anak emak yang punya kewajipan pula disini... semoga mak memahami aku yang tidak berdaya ini..... Insyaallah mak, dikesempatan yang lain, kita akan dapat berkumpul lagi.

  " Orang tua pintu syurga yang ditengah, sekira nya engkau mahu, sia-siakan lah pintu itu, atau jaga lah"- (HR AHMAD)
Share: