Thursday, March 1, 2012

Rindu Ini

Assalamualaikum.

Pagi ini hujan turun lagi. Sejuk dan nyaman pagi ini, sangat menyenangkan. Panas badan setelah disirami air subuh tadi sedikit lega. Beberapa hari kebelakangan ini , terasa tidak menentu sahaja kesihatan ini. Maklum lah usia dah hampir separuh abad ini...pantang silap sikit !. Samada tersentuh emosi maupun fizikal. Sebenarnya itu bukan lumrah insan, tapi itu lah aku... Bilalah nak berubah wahai diri ?. Namun begitu, apa pun masaalah kesihatan yang aku hadapi, aku redho. Selagi ada kesempatan yang diberi olih Allah, insyaallah aku akan berusaha untuk pulih, demi keluarga ku yg tercinta. Selagi Allah pinjamkan sisa-sisa usia yang masih berbaki ini, aku ingin lakukan yang terbaik semampu ku buat insan-insan yang aku sayangi dan segala kewajiban ku kepada Mu ya Allah. Insyaallah.

Bila datang nya tarikh 1 Mac , rindu pada ayah tidak dapat aku zahirkan dengan kata-kata. Enam tahun telah berlalu, rindu dan segala ingatan bersama ayah, masih kuat dalam ingatan. Bukan hanya setahun sekali sahaja aku mengingati ayah... tetapi , diwaktu subuh tanggal 1 Mac 2006 ayah telah pergi buat selama-lama nya... Menatap wajah ayah disaat ayah menghembuskan nafas terakhir.... masih segar dalam ingatan ku.



Segala doa yang aku panjatkan kehadrat Allah buat mu ayah. Semoga ayah ditempatkan bersama para solihin. Semoga Allah lapangkan tempat pembaringan ayah, sehingga hari kita dibangkitkan semula nanti. Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil...
Share: