Friday, December 4, 2020

Redho bukan melupakan

       Hari ini ,18 rabi 'ul akhir 1442. Empat tahun telah berlalu, namun kenangan itu sentiasa bermain2 dlm ingatan.

         Bagaimana untukku lupakan saat itu , sedangkan parut dan kesan nya masih dapat ku sentuh dengan jari-jemari ku. Aku mungkin mampu bertahan dengan dugaan dan kesakitan yang Allah Azawajalla 'hadiah'kan pada ku, in Shaa Allah . Namun tarikh dan peristiwa 'kehilangan' dia masih segar dalam ingatan. Alhamdulillah, saat sukar, saat pedih , tetap ada insan - insan yang sentiasa menghulurkan tangan.


         Kalian boleh cuba menasihatkanku agar redho dan lupakan kenangan silam dan masa lalu telah jadi sejarah. Namun mana mungkin untukku lupakan kerana setiap hari nama dia tetap ada dalam doa-doa ku.


      Redho bukan bermakna mesti melupakan..!


          




# “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” 


(Surah Ali Imran: 185) #

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○


      

Share:

Wednesday, September 30, 2020

Lepat Jagung


 


Bahan - bahannya :

👉  Isi jagung  -  2 cawan (dihiris nipis)

👉  Tepung beras - 2 cawan

👉  Tepung kastad  - 1 cawan

👉  Santan segar - 500 gram

👉 Gula perang - 1 cawan

👉  air - 4 cawan

👉  garan halus 

👉  beberapa helai daun pandan.

# kulit jagung jangan buang , kalau bolih pilih jagung yang agak besar agar kulit nya pun besar. Senang untuk membungkus lepat kita nanti.


 🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽


Cara - cara :


🥄Campur semua bahan- bahan diatas kedalam periuk , pastikan tepung telah larut dan tidak bergentel sebelum  dikacau sehingga pekat dengan api yang perlahan.


🥄 Setelah pekat, mulakan kerja-kerja membungkus. Seeloknya bungkus masa masih panas.

🥄Pastikan daun dibersihkan terlebih dahulu .(jika tiada daun jagung, daun pisang atau acuan kuih lompang pun bolih .tp rasanya mungkin ada perbezaan )

🥄 Setelah itu kukus lebih kurang 10minit

 #Pastikan air dalam kukusan mengelegak terlebiih dahulu ye..

Lepat Jagung ini sesuai disejukan terlebih dahulu sebelum makan.

Selamat mencuba ... 🌾




Share:

Thursday, August 27, 2020

Redho

     Bila rasa bahagia,  - " Aku ingin hidup 1000 th lg."

     Bila kecewa melanda, -"Aku tidak ingin hidup lagi..."


     Demikianlah hidup kita jika masih bergantung dengan makhluk.  Namun apa pun terjadi dengan hidup ini , nafas harus dihela dengan rasa syukur. Maka teruskan langkah , dalam sulit atau senang. sebelum langkah betul -betul terhenti di saat yg telah ditetapkan. Pasrah!!. Bertawakal lah seperti burung. Terbang waktu pagi dengan perut kosong. Pulang petang nya dgn perut yang kenyang. Rezeki tetap ada pada setiap makhluk. Jangan pernah gusar. Yg penting, ukur baju di badan sendiri. Dan jangan sesekali jeling isi pinggan org lain, dengan membanding  apa yang di dalam pinggan kita.... 🌹🌷🌻🍀🌼🌹





Share:

Wednesday, July 22, 2020

Tasik Puteri kami datang

         Simpan semua kenangan disini. Sebenar nya lebih banyak yang tidak terakam kerana asyik melayan telatah cucu dan melihat ciptaan Allah yang sangat indah.

Mashaa Allah ..Tabarakallah.


         Telah 21 tahun kami berhijrah di daerah ini,baru kali ini berkesempatan datang kesini..

          Inshaa Allah ,dikesempatan lain, kami akan berkunjung lagi..


Share:

Wednesday, April 8, 2020

PKP...22

Bismillah..



Musibah.. kenali sebab nya.. nikmati proses nya..





Jazakillah khairan kathira.. atas pemberian ini.

Dalam berkira-kira untuk alas perut petang ini, tiba-tiba ada rezeki dari Allah . Terima kasih kerana pemberian ini. Sedia maklum, pergerakan untuk keluar rumah sangat terhad. Untuk membeli keperluan asas pun harus fikir beberapa kali dahulu. Alhamdulillah, buat masa sekarang tiada keperluan yang sangat mendesak.

Mudah²an ujian ini akan segera berakhir dan tiada korban nyawa lagi..
Aamiin.


"Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang.”
HR :at-Tirmizi daripada Umar bin al-Khatab.


🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾





Share:

Sunday, February 9, 2020

Simpan...

Bismillah... 

Terjaga dari tidur ku. Tiba_tiba kenangan lalu bertandang lagi dalam lena ku. Perlahan ku angkat kepala Delisha yang lena di lengan. Maafkan nenda .

Aku ingin menulis ....


Kejadian itu terjadi pada 19 rabiulakhir 1438. Setelah 3 tahun berlalu ,
 namun kenangan itu sentiasa bermain2 dlm ingatan dan menjadi peneman mimpi ku !!.

Simpan disini untuk dikenang jika suatu saat aku terlupa, tolong ingat kan aku. Mudah²an segala pertolongan kalian secara langsung atau pun sokongan moral, Allah Azawajalla sahaja mampu membalas nya. 
Jazakumullah khairan kathira buat kalian semua . Aku hanya mampu berdoa .... 🌾🌾






Memang benarlah seperti yang  dikata ; "Rindu pada yg tiada x dapat di ungkapkan.... Kasihnya seperti udara, tanpanya, kadang2 kita seakan lemas...." . Bila aku sendiri didalam 'rindu' ini, baru terasa badai nya. Syukurlah aku masih bolih berpijak dibumi nyata dengan pertolongan Mu _Rabb..🌾🌾

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

●(Aku rindu bunyi dengkuran nya yg kadang-kadang memecah dingin malam. Tidur yang begitu lena kerana bekerja keras siang malam . Memerah fikiran dan keringat demi tanggungjawab dan mencukupi kami)●




Share:

Tuesday, January 14, 2020

Dahulu dan sekarang




    Hari ini cucu-cucu pulang awal dari tadika. Anak ku bersilat di dapur untuk siapkan juadah tengahari. Dia berhajat  bawa bekal dan makan di pantai. Bersorak-sorak tiga beradik bila dikhabarkan akan ke pantai selepas solat zohor.

    Jam dua lebih baru keluar rumah. Panas terik dalam perjalanan. Syukurlah sampai tempat yang dituju ,ada tempat berteduh. Alhamdulillah,bolih lah hampar tikar ✅👍

     Bila cuaca redup, bermula lah aktiviti mereka.... nenda tak daya nak sertai. Melihat anak menantu melayan kerenah cucu-cucu dengan sabar, teringat anak- anak kami sebaya mereka dahulu.

    Sesekali terlintas dihati, ibu bapa sekarang yang punya anak kecil dan yang masih bersekolah, cabaran nya sangat besar. Setiap penjuru , hadapan dan belakang!!!  Tiada senjata lain untuk didik anak-anak, melainkan ilmu,doa dan sabar. In Shaa Allah, moga semua cucu-cucu nenda dalam lindungan Allah Azawajalla hendak nya.


     Melihat mereka bermain pasir, tiba-tiba teringat dua lagi cucu di selatan. Bagaimana suasana bila mereka berkumpul ya,barangkali tentu lebih meriah . Melihat laut yang terbentang luas dan pasir pantai yang terhampar di hadapan mata, fikiran pun terus melayang entah kemana... Apa pun yang aku fikirkan tentang perjalanan hidup ini, cuma mampu berlegar-legar dalam fikiran...

Selagi belum 'dijemput ke negeri yang kekal ' ,Apa pun yg aku rasakan, mudah-mudahan dapat aku teruskan hari ini dan hari-hari mendatang ,dengan berlapang dada dan tanpa tekanan... KITA, apa yg kita FIKIR... mampukah aku?













    #Tidak sangka pula budak 5 tahun berani memanjat !!! Anak bapak... ✅👍

   
   

    Matahari sudah condong ke barat. Kami berangkat pulang ,'kanak-kanak riang' pun sudah keletihan membina istana pasir...





☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
   
"Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang.”
HR :at-Tirmizi daripada Umar bin al-Khatab..


Share: