Tuesday, January 14, 2020

Dahulu dan sekarang




    Hari ini cucu-cucu pulang awal dari tadika. Anak ku bersilat di dapur untuk siapkan juadah tengahari. Dia berhajat  bawa bekal dan makan di pantai. Bersorak-sorak tiga beradik bila dikhabarkan akan ke pantai selepas solat zohor.

    Jam dua lebih baru keluar rumah. Panas terik dalam perjalanan. Syukurlah sampai tempat yang dituju ,ada tempat berteduh. Alhamdulillah,bolih lah hampar tikar ✅👍

     Bila cuaca redup, bermula lah aktiviti mereka.... nenda tak daya nak sertai. Melihat anak menantu melayan kerenah cucu-cucu dengan sabar, teringat anak- anak kami sebaya mereka dahulu.

    Sesekali terlintas dihati, ibu bapa sekarang yang punya anak kecil dan yang masih bersekolah, cabaran nya sangat besar. Setiap penjuru , hadapan dan belakang!!!  Tiada senjata lain untuk didik anak-anak, melainkan ilmu,doa dan sabar. In Shaa Allah, moga semua cucu-cucu nenda dalam lindungan Allah Azawajalla hendak nya.


     Melihat mereka bermain pasir, tiba-tiba teringat dua lagi cucu di selatan. Bagaimana suasana bila mereka berkumpul ya,barangkali tentu lebih meriah . Melihat laut yang terbentang luas dan pasir pantai yang terhampar di hadapan mata, fikiran pun terus melayang entah kemana... Apa pun yang aku fikirkan tentang perjalanan hidup ini, cuma mampu berlegar-legar dalam fikiran...

Selagi belum 'dijemput ke negeri yang kekal ' ,Apa pun yg aku rasakan, mudah-mudahan dapat aku teruskan hari ini dan hari-hari mendatang ,dengan berlapang dada dan tanpa tekanan... KITA, apa yg kita FIKIR... mampukah aku?













    #Tidak sangka pula budak 5 tahun berani memanjat !!! Anak bapak... ✅👍

   
   

    Matahari sudah condong ke barat. Kami berangkat pulang ,'kanak-kanak riang' pun sudah keletihan membina istana pasir...





☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
   
"Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang hari dengan perut kenyang.”
HR :at-Tirmizi daripada Umar bin al-Khatab..


Share:

0 comments: