Wednesday, February 14, 2018

pancaran sinar _Mu

Assalamualaikum

Pagi yang redup.
Dingin yang mencengkam. Izzah baru lena setelah terjaga dari tidur jam tiga pagi. Lepas bersarapan terasa mengantuk pula. Kalau capai bantal dan baring sebelah Izzah pun bagus juga ni.. 

Mana mungkin..
 Duduk dengan mata lepas memandang terus kehalaman yg terbentang, teringat pula dengan cucunda yang tiga orang lagi. Terbayang Shakirah memetik kuntum-kuntun exora yang merah menyala. Itu lah permainan kegemaran dia. Memetik kuntum-kuntum  yang berupa bintang-bintang kecil dan menyambungnya menjadi kalung. Terlonjak-lonjak dia gembira. "Nenda, tengok bintang Disha banyak !". Adik dia yang dua orang lagi lebih memilih bersama ibu mereka. Kadang-kadang Syaqir tarik tangan ayah Ngah ke motosikal usang peninggalan To'Ki.. Ajak Ayah Ngah pusing-pusing keliling kampung..

Sedikit masa lagi bila semua cucu nenda berkumpul entah bagaimana riuh dan seronok nya mereka bermain. Dunia kanak-kanak sangat indah. Mereka tidak fikir bahaya atau apa sahaja kemungkinan akan berlaku. Akan meneroka mengikut citarasa sendiri. Sungguh indah!!!

Semoga kesemua cucu nenda menjadi anak yang baik menurut kata ibu ayah serta kelak taat pada perintah Allah Azawajalla.

Baiklah, simpan dahulu semua kenangan, kepasar dahulu cari apa yang patut. Izzah tidor lama sedikit ye. Kasihan ibu, nanti bangun tidur ibu mandikan .



Share:

Tuesday, February 6, 2018

Auni Izzah..

Assalamualaikum.
            Izzah, sudah larut malam saat Izzah terjaga dari tidur tadi . Izzah bergerak- gerak dalam dakapan nenda. Ketika nenda tepuk perlahan punggung kecil Izzah agar Izzah lena kembali. Izzah  mendongak sambil merengek  kecil. Kuat betul Izzah berjaga malam ye. Bila nenda letak kembali di atas tilam dan periksa lampin pakai buang.. Oh, patut lah Izzah bangun. Selesai nenda menukar lampin, sua botol susu yang telah direndam dengan air panas hasil perahan ibu.  Selesai menyusu, Izzah tersenyum memandang muka ninda. Ya Robb, terang semula mata nenda izzah.  Temankan nenda tidur lagi malam ini ya..

             Sekarang Izzah telah tidur semula. Sebentar tadi ibu Izzah datang menjenguk. Ayah ngah baru sahaja keluar bilik sambil intai samaada Izzah berjaga ... Sekarang Ayah long pula bertanya Izzah menyusu pukul berapa tadi sambil membetulkan selimut Izzah.

              Bila mata tidak bolih dipejam, keadaan sunyi ini teringat cucu -cucu ninda yang tiga orang lagi nun jauh disana. Teringat keletah sepupu Izzah yang di kongsi olih ibu saudara Izzah siang tadi. Setiap hari rindu semakin bertambah..tiada ukuran yang bisa dibandingkan sebesar mana kasih itu..  Kisah setahun yang lalu juga berputar dalam ingatan. Nenda buka sedikit catatan yang nenda kongsi setahun yang lalu. Sebak bukan kepalang.. Rindu ? Allah sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu nenda ini.






Izzah...sudah lebih setahun To'Ki pergi meninggal kan  kita semua. Pergi tanpa sempat menatap wajah Izzah dan Abang Dayyan..

Dah sekarang Izzah telah pun lena. Nenda pun akan cuba baring dan tidur..


Share: