Thursday, December 13, 2012

Saturday, December 1, 2012

Kamu Tetap Di Hati...

 Malam ni memang tak tahu nak buat apa... Duduk sorang-sorang di ruang tamu...  nak buka tv..mmg malas. Dah lama tidak menonton rancangan-rancangan di tv, seperti dahulu.... Kalau ada sesiapa yang buka, saya pun pasang juga telinga, sambil buat kerja-kerja yang lain... kalau duduk sorang-sorang...memang tidak lah.. tak tau entah mengapa....

Ingatan terus melayang ke putra putri yang dikasihi. rindu .... walau setiap hari dengar suara, namun rasa rindu tidak mungkin padam... isk,isk... 

maka saya ingin tuliskan nama mereka dan tidak mungkin terpadam dilipatan hati


salah satu sebab selain rasa rindu pada anak-anak ... ingin latih kan jari untuk menulis. Walaupun  menggunakan tetikus... tetap payah... tulisan seperti budak baru belajar menulis... 
 Esok saya ingin menulis lagi.... Insyaallah
Share:

Pendusta ???

Assalamualaikum...



Hari ini hanya ingin berkongsi satu hadith

 " Cukuplah seseorang itu pendusta, jika dia menyebarkan setiap yang dia dengar " 

-Hadith Riwayat Muslim





# maksud nya , kita tidak bolih menyebarkan sesuatu sebelum tahu kebenaran nya...#




Tetapi....walaupun benar sekalipun  jika berita tersebut bolih mencetuskan perbalahan atau huru hara.... ada lah lebih baik, tutup sahaja mulut..... biarlah mereka yang dipertanggungjawabkan..... menyelesaikan nya... 

................... Tolong lah ......




Share:

Monday, November 26, 2012

cermin

Bila berdiri dihadapan cermin
terasa terlalu malu pada diri
sangat jujur
memaparkan apa yang terpampang dihadapan
dipaparkan satu persatu
tanpa selindung

namun
sejujur manapun kau merakam apa yang dihadapan mu
mana mungkin dapat terimbas
apa yang terakam 
didada
difikiran
masa hadapan 
dan
gambaran 30 tahun 
yang telah aku lalui....

maka
cukuplah
berdiri dihadapan mu
sekadar bersisir rambut dan menyapu bedak....

Kenangan 30 tahun yang lalu 
dan
 masa yang masih berbaki
biar aku duduk  dihadapan Mu
bermohon keberkatan apa yang telah kami kongsi
dan 
yang  bakal kami lalui.









Share:

Monday, November 19, 2012

Soal hati

Assalamualaikum..
saya ingin sekali menulis, 
tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran...
tetapi.... naluri menyekat tulisan tertera ...
dan kali ini... saya cuma sempat coretkan tentang hati....
 
persoalan hati tak pernah hilang.setiap detik dan waktu.Selagi nafas dihembus....kita tidak mungkin lari dari nya. Walau jahitan sudah lama hilang, namun masih ada tinggal parut yang tersembunyi..Melangkah lah dengan yakin !!!!"
 
maka, benar lah pepatah yang selalu berlegar dalam kehidupan kita : " ikut hati, mati. ikut rasa binasa"
 

"Dari Ibnu Abbas RadiyALLAHu’anhu,ia berkata,RasulULLAH SalALLAHu’alaihiwassalam bersabda:"Barangsiapa sentiasa beristighfar,niscaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihan nya kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar,dan akan diberiNya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.“[HR. Abu Daud]"

 
 

Share:

Friday, October 19, 2012

Nana... cepat sembuh !!!!

 
Hampir satu bulan tidak menulis didada bakawali. Hari ini ada ruangan masa. Hujan pun semakin reda diluar, namun angin dingin diluar membuatkan badan terasa segar sedikit. Setelah berhari-hari cuaca panas terik.. Alhamdulillah
 

Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat....

Hujung bulan yang lalu saya berkesempatan meluangkan masa untuk balik kekampung. Alhamdulillah , dapatlah melepaskan rindu dengan emak dan adik beradik yang lain. Nampak nya sekali lagi saya pulang ke kampung tanpa disertai olih en suami . Walaubagaimana pun Syukur kehadrat Illahi keizinan dari nya ada lah lebih penting dari dunia dan segala isi nya... hehehe.

Saya berangkat kekampung disertai olih anak saya dan suami nya. Dalam perjalanan ke kampung, anak saya dah mula mengadu sakit kepala dan badan sedikit panas... Berhenti untuk solat di hentian Gambang dia begitu pucat dan keletihan... Sampai di kampung, waktu hampir maghrib...lihat emak yang duduk menunggu di muka pintu, hilang segala keletihan... Makkkk


Makan malam hari itu, seperti biasa sahaja.Seperti yang pernah saya masak .. Namun rasa nya.... begitu nikmat sekali.. Luarbiasa !!! Kalau makan nasi sahaja pun dan terasa sedap... Walhal cap beras tersebut seperti yang kami gunakan di rumah saya...
 

Dua malam dikampung, anak dan menantu terpaksa pulang ke rumah mereka di Keratong Walaupun masih demam, saya merasa sedikit lega kerana setelah dibawa ke kelinik, doktor kata cuma demam biasa dan gastrik.. Saya pun berbisik , " Jaga kesihatan ya, semoga cepat sembuh, jumpa lagi lain kali"

Hari kelima saya di kampung, dapat berita anak saya telah masuk wad... Oh, Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya masa itu... Pada hal setiap hari dia talipun atau membuat pesanan ringkas, dia sihat-sihat sahaja... ana,ana, ana...

Saya cuba buat setenang yang bolih. Sebolih-bolih nya emak saya jangan tahu bagaimana perasaan saya. Cuma yang emak tahu anak saya demam sikit dan ditahan wad kerana demam berlarutan... Tiba- tiba abang saya bertanya bila kami sedang duduk-duduk minum pada petang jumaat tersebut... " Betul ke kau nak balik Dungun ahad ni ?" Masa itulah air mata saya tidak dapat ditahan- tahan... " Sepatut nya begitulah abang, tapi mungkin tak jadi balik Dungun,tiket tu simpan aje lah nampak nya. Ingat nak beli tiket ke Segamat lah..." Setelah tu ...air mata pun berjuraian....( Huh. tak tau macamana buruk nya rupa saya masa tu...ahakkk). Masa tu saya lihat abang saya melihat saya penuh belas. " Tak apa, jadi kau nak pergi ke Hospital Segamat lah ni... nanti abang cari kawan, bolih abang ngan kawan hantar"

Dengan takdir Allah, pada masa itu juga, menantu saya talipun, " Ibu nak datang sini tak? nanti saya dengan ayah datang jemput ibu, "  Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan doa saya.. Setiap detik selepas menerima khabar, saya berdoa. " Ya, Allah berilah pertolongan  Mu. Mudahkan cara untuk aku bersama menemani anak ku..."


Sampai di Hospital Segamat sudah jam 12 tengahmalam.... Syukurlah pengawal keselamatan disitu bolih bawa berunding... sampai di wad, ibu mertua anak, sudah sedia menunggu. Keletihan nampak nya, maklum duduk dari siang tadi di wad. Nampak nya segala keperluan anak, terurus dengan begitu sempurna sekali di bawah jagaan kedua-dua mertua dan suami anak saya.. kalau dengan saya pun belum tentu dapat layanan begitu. Alhamdulillah. Tetapi, mereka sangat memahami perasaan anak saya dan saya sebagai ibu... Mulai malam tersebut saya menemani anak saya di wad.... "mungkin zhana masih malu-malu lagi, dia tidak banyak mengadu tentang sakit dia" ...itulah yang di ungkapkan olih ibu mertua anak...

Malam itu anak tidur begitu lena sekali.... saya rasa badan dia terlalu panas, sesekali di terjaga kerana sakit dikepala yang tidak dapat ditahan-tahan... Menantu tidur di kereta malam tersebut... kesian.. baru sahaja menjadi suami telah diduga dengan dugaan sebegitu... bersabarlah..

  

.
#Walau telah bergelar isteri.... kau tetap anak kecil ibu #
.
.
.
.
 Terima kasih kepada semua yang setiap masa bertanyakan khabar saya dan anak. Alhamdulillah sekarang dia telah pulang ke rumah nya. Namun nama penyakit sebenar masih dalam kajian lagi... (Masih tidak tahu lagi apa penyakit yang di tanggung nya.) Bersabarlah anak ku, setiap penyakit ada penawar nya. Berdoalah kepada Nya...kerana ditangan Nya kesembuhan... tiada kesembuhan melainkan dengan izin nya..


Dikesempatan ini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih buat keluarga menantu di Keratong. Tidak dapat saya bayangakan  bagaimana cemasnya mereka berdua... riak wajah yang begitu ikhlas, dapat saya bayangkan hingga sekarang. Sekarang saya tidak bimbang lagi seperti mula-mula saya dapat berita tersebut, kerana selain saya sandarkan untung nasib anak kami pada Allah SWT, saya sangat yakin dengan keikhlasan mereka semua... Insyaallah

Share:

Monday, September 17, 2012

kenangan bersama sahabat

  
 25 ogos 2012


 25 ogos 2012




8 september 2012
 
Tiada kata-kata yang dapat dilahirkan .  Akhirnya dapat juga kami bersama lagi setelah sekian lama tidak berjumpa......walau hanya seketika.... Alhamdulillah.
Share:

Wednesday, September 12, 2012

Selamat Meniti Hidup Baru , Putri ku

Sekarang putri kami telah bergelar sebagai isteri kepada suami nya... menantu kepada mertua dan kakak ipar kepada adik-adik suami nya ....  Tiga bulan bergelar sebagai tunangan orang ... dan pada tarikh 25 Ogos 2012 jam 11.06 pagi...sah lah diri mu bergelar sebagai seorang isteri .... Selamat meniti hidup baru anak ku... Walau kamu tidak duduk bersama kami, namun nama mu tetap juga bermain di minda ibu.. seperti adik dan abang-abang mu juga. Sesekalai ibu terlupa kau telah jadi tanggungjawab suami mu.. Kadang-kadang disubuh hari, ibu bergegas ke kamar mu... untuk membangunkan kamu seperti biasa... namun , kaki terhenti tanpa tangan sempat mengetuk pintu...  Banyak yang ibu tidak sempat ajar pada mu . Memasak, menjahit... semuanya kau kena belajar sendiri nanti... Yang penting banyak lah membaca  bagaimana untuk menjadi isteri yang solehah.... Buku- buku yang di bawa dulu... dah habis baca ke.hehehe .


 Tiada kata- kata hikmat untuk ibu hadiah kan kepada mu anak ku... cuma ini,  Sabda Rasulullah s.a.w. :

Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”
(Riwayat Thabrani)

dan ini satu lagi pesanan junjungan kita Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Bersama -sama ini saya sertakan beberapa keping foto untuk kenang-kenangan .....


  Pelaminan ni adalah hasil tangan ipar-ipar saya... 'suka-suka je'... untuk bergambar bersama 'raja sehari'... x de silat pengantin... x de renjis2 dipilis..kikiki... menepung tawar dan beras kunyit  lagi la x de... hehehe.
  Setelah sah menjadi sepasang suami dan isteri... setelah solat sunat... pengantin perempuan baru bolih cium tangan sang arjuna hati  nya...  hehehe

Eh...eh... malu , malu pulak.... kacak juga menantu den ni ha....  macam nk nangis jer bila suruh bergambar...

gambar ni diambil di rumah pengantin lelaki pada  majlis sambut menantu pada 8 September 2012.
 Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat bertungkus lumus, untuk menjayakan majlis  pernikahan anakanda kami berdua ini.. Tanpa pertolongan kalian semua, sudah tentu tidak akan jadi seperti yang dirancang... Alhamdulillah.

Saat bahagia , ku panjatkan selaut rasa syukur kehadrat  Mu, Ya Allah. 
 Dirakam pada pagi 25 ogos.....Setelah kedua2 pengantin sah menjadi suami dan isteri....

Share:

Friday, August 17, 2012

Aidul Fitri 1433 H

Insyaallah, ahad ini kita akan merayakan hari kemenangan...  Setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta meninggalkan yang ditegah dan menunaikan segala yang di perintah... Dikesempatan ini , ingin saya mengambil kesempatan menyusun jari sepuluh memohon maaf jika ada yang terkasar bicara dan terguris perasaan tika melewati halaman http://bakawali-dkey.blogspot.com/ yang sangat tidak menepati ciri-ciri sebuah blog...  Halaman ini lebih kepada conteng-conteng untuk mengisi masa lapang...


Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan di tahun -tahun yang akan datang.Erat kan lagi tali persaudaraan di Lebaran yang bakal menjelang...

Share:

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan bulan untuk makan ?


Ramadhan datang lagi . Hari ini sudah dua hari kita menjalani ibadah puasa. Kali ini semua anak-anak ada bersama-sama kami.Berselera lah sikit bila menjamah makanan, walau ala kadar sahaja. Kelmarin suami minta buat bubur nasi... Bubur Nasi ?  Ikutkan je permintaan suami tersayang... buat sup ayam sedikit ... sambal kukus ikan masin jeruk dan telur masin rebus... Sahur... garuk-garuk kepala. Nak masak apa ye sahur nanti... Angah kata, " cincai-cincai jer bu... pap,pap siap..."  Masalah nya x tau apa yg nak dimasak!
Akhir nya goreng daging cincai-cincai je.... Sedap ke? X berkuah, tercekik pula nanti bila di makan dengan nasi... nasib ada sedikit lagi kuah sup lebihan bersahur... Eh, berselera pula en suami masa bersahur. Along pula kata ibu masak apa ni? Sedap pula... maka dia habiskan hingga kepingan terakhir... haha



Petang tadi, bila tiba untuk kedapur, menung lagi. Tanya En suami nak makan apa? Dia cuma kata, "ikut pandai lah...." Ni yang jadi tak pandai ni..  Tiba-tiba angah hantar pesanan... " Jangan masak macam-macam, masak udang je... pap,pap.. siap" ....  Hummmm,  bila cakap kat en suami... buat la apa-apa, saya makan je.. Aduh! Lagi hilang semangat nak masak... " Abang, kasilah cadangan nak masak apa. saya lalu  makan apa je, abang tu yang memilih...." . " Ok, buat mi goreng" , Idea yang bernas keluar dari mulut En suami.... Anak bongsu cakap, "ayah lah buat...." Eh, eh.... setuju pula  dia... " Yo lah... adik tolong gorengkan, ayah sediakan bahan..." 

Apa yang dimasak berbuka tadi , nasi dan sedikit lauk serta sebungkus mi kuning goreng, sudah habis... Alhamdulillah, Untuk sahur nanti...fikir lagi... lagi, lagi... begitu lah seterus nya. Insyaallah selagi bolih bergerak dan sihat tubuh badan, Ramadhan kali ini  saya berazam tidak mahu beli lauk di bazar... (bolih percaya ke?) Tadi En suami cakap, masak kena ikhlas baru masakan sedap. Bila saya cakap, " sori, hari-hari saya masak ikhlas + kusyuk dan tawadhuk lagi... kenapa abang makan sikit je?" . " Itu bukan tidak sedap, memang selere makan saya dah kurang... hehehe

Begitulah tentang selera... masa muda-muda dahulu, apa sahaja bolih lalu dimakan... Sekarang ni , bila usia sudah melebihi 50 an... apa yang digemari suatu masa dahulu, sekarang tidak lagi. Sekarang ni masak lebih kepada selera anak-anak...

Dalam pada itu, terfikir pula dalam hati... ramadhan, bulan untuk kawal nafsu makan  atau  bulan untuk makan ? Hari-hari jika di halaman sosial... post tentang  makanan yang pelbagai ragam..   Orang tu cakap makan di restauran tu... orang ni cakap masak bla,bla.... yang kadang -kadang bolih meleleh air liur dibuat nya.... Fuhh !!! Sampai begitu sekali ke mak cik oiiii...hahaha.


 Akhir sekali  ingin saya berpesan kepada anda dan diri sendiri

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”Riwayat Bukhari & Muslim






Share:

Friday, July 6, 2012

ALHAMDULILLAH




Kupanjatkan seribu kesyukuran kehadrat Mu, Ya Allah kerana dengan izin Mu, dapat lagi aku menghirup udara dan memijakan kaki di bumi Mu ini. Dengan limpah Rahmat Mu dapat lagi aku memandang insan-insan yang aku sayangi dan kembali melaksanakan apa yang sepatutnya aku, sebagai hamba Mu patut laksanakan. 50 tahun telah berlalu dengan seribu warna kehidupan. Apa pun warna nya, semoga Kau berkati dan redho atas usia yang telah Kau pinjam kan terhadap Hamba Mu ini hingga penghujung nya.

Kepada mu bonda yang jauh.... ingin rasa nya disaat ini, aku rangkul tubuh mu dan mencium pipi mu dan menyatakan, " Mak, terima kasih mak kerana melahirkan aku kedunia yang indah ini. ampun kan segala kesalahan ku. terima kasih mak diatas segala yg telahkau limpahkan pada ku dan doa-doa mak selama ini"

Saat mak tidak berdaya ingin rasa nya aku urusi segala keperluan mak. Namun mak tidak mahu berganjak dari rumah yang telah menjadi lambang titik peluh dan kasih ayah kepada kita..... tiada siapa pun yang bisa mengalihkan mak dari rumah yang telah sebati dengan diri mak. Apa daya kami mak ...  Ketika aku menulis ini , apa lah yang sedang emak lakukan disana... Syukurlah permata hati kami berbesar hati menghabiskan cuti semester nya untuk menggantikan tugas anak emak yang punya kewajipan pula disini... semoga mak memahami aku yang tidak berdaya ini..... Insyaallah mak, dikesempatan yang lain, kita akan dapat berkumpul lagi.

  " Orang tua pintu syurga yang ditengah, sekira nya engkau mahu, sia-siakan lah pintu itu, atau jaga lah"- (HR AHMAD)
Share:

Wednesday, June 20, 2012

mak , saya rindu mak

Mak
Hari ini ,genaplah 11 tahun mak meninggalkan kami
masih segar dalam ingatan raut wajah mak
senyuman mak,tutur kata mak  yang lunak dan berhemah
segala pesanan  serta teguran mak masih terkesan dilipatan hati ..

 Mak
tika saya bersama mak, walau dalam apa juga keadaan
ada lah saat manis dan indah
saya berhijrah ke daerah ini, selain takdir Allah, 
sebenarnya adalah ingin bersama-sama mak
belajar macam-macam dengan mak
saya ingin sabar macam mak
rajin macam mak
istiqomah macam mak
namun takdir mengatasi segala nya.... 

Hanya sempat 2 tahun kami bersama mak
mak pergi meninggalkan kami
namun walau masa yang sesingkat itu
saya sempat juga memungut sedikit pengalaman dan rahsia
bagaimana tubuh yang semolek mak mampu menanggung segala dugaan
mak kata, "bersyukur dan redho" pada setiap soalan yang saya ajukan

Mak
mak tidak bersekolah tinggi
namun mak dapat selesaikan semua masaalah anak-anak
dari masalah sekolah, hingga masalah yg sudah berumahtangga
waktu mak terlantar menanggung sakit yang dideritai
anak-anak mak serta menantu, bergilir megurusi mak
namun itu tidak cukup dengan apa yang telah emak curahkan pada kami
walau sebanyak mana tenaga yang kami curahkan
tidak sama dengan keringat mak yang menitik ke bumi.


Mak

Semoga Allah ampunkan mak, maafkan kesalahan mak, muliakan kedatangan mak, lapangkan kubur mak, terima kebaikan mak, sayangi mak, pelihara  dari azab kubur dan azab api neraka, dan masukkan mak kedalam jannah Allah dengan Rahmat . 

Mak
walau saya cuma menantu mak...


 Mak
semoga melimpah lagi doa yang lebih diterima Allah dari anak-anak yang mak tinggalkan.
kerana apa lagi yang diperlukan olih si mati kecuali :

Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara – sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang berdoa untuknya.”


Share:

Thursday, June 14, 2012

Ulang Tahun mu...

Suami ku, Waktu demi waktu berlalu
seperti biasa hari yang dikatakan istimewa olih semua orang...
tiada sebiji kek apatah lagi tiupan lilin..
kerana kita sering mengharapkan dan meraikan 
setiap hari ..
kerana hidup ini'drama bersiri'
semoga 'PENGARAH' yg mengarahkan perjalanan hidup kita
di berikan kesudahan yang  SEMPURNA, buat keluarga kita...
Insyaallah.


Dahan tempat aku berpaut....
 Suami ku...
waktu demi waktu berlalu
aku ingin sentiasa bersama mu
tidak ingin mengalah dan berganjak walau selangkah...
miski pelayaran hampir menuju 'destinasi' nya
siapa yang sampai dahulu ...
itu adalah 'kerja' Maha Pencipta'
Namun, setiap doa ku
' aku ingin bersama mu menyulam harapan dan cita'
menuju pelabuhan yang sering diidamkan semua hamba Nya
dan di sana kelak.... aku ingin berkumpul lagi.... 
SEKELUARGA

Suami ku... mari kita sama-sama 'BANGKIT' utk tujuan yang sama

didalam membina Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah


Share:

Tuesday, June 5, 2012

Alhamdulillah, saya masih bernafas....

Assaalamualaikum, lama dah tak menulis. Masa masih 24 jam sehari...tidak cepat walau seminit maupun sebalik nya. Jadual harian macam biasa sahaja dari subuh hari menjelang tengah malam, selalunya saya buat perkara yg sama... cuma kadang-kadang jadual bertukar sedikit bila berpegian atau ada tetamu yang datang menziarahi...  

Kebelakangan ini dada selalu berdebar-debar tidak tentu pasal. Ada kalanya sedang duduk-duduk santai , tiba-tiba tangan menjadi seram sejuk, dada berdebar-debar dan ada ketika jari-jari tangan tidak bolih digenggam. Apakah ini ada lah perkara biasa bagi orang lain juga bila usia hampir mencecah setengah abad... 
(Jika diizinkan Allah... beberapa hari lagi jejak lah keangka 50 tahun...) Saya tidak peduli semua itu... yang penting, banyak perkara penting dijadualkan akan berlaku pada tahun ini.. Semoga Allah izinkan saya berada disetiap suasana yang sangat bermakna tersebut. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah berikan kesihatan dan kuatkan semangat saya untuk menjalani detik-detik tersebut, agar  menjadi ingatan di hari mendatang.... Selepas semua perkara yang telah kami rancangkan selesai.. Insyaallah , saya akan uruskan tentang apa yang sepatut nya tentang diri saya pula. Harap segala yang saya tangguhkan tentang diri saya tersebut tidak akan menjadi suatu perkara yang 'sudah terlambat'.....
Share:

Thursday, March 1, 2012

Rindu Ini

Assalamualaikum.

Pagi ini hujan turun lagi. Sejuk dan nyaman pagi ini, sangat menyenangkan. Panas badan setelah disirami air subuh tadi sedikit lega. Beberapa hari kebelakangan ini , terasa tidak menentu sahaja kesihatan ini. Maklum lah usia dah hampir separuh abad ini...pantang silap sikit !. Samada tersentuh emosi maupun fizikal. Sebenarnya itu bukan lumrah insan, tapi itu lah aku... Bilalah nak berubah wahai diri ?. Namun begitu, apa pun masaalah kesihatan yang aku hadapi, aku redho. Selagi ada kesempatan yang diberi olih Allah, insyaallah aku akan berusaha untuk pulih, demi keluarga ku yg tercinta. Selagi Allah pinjamkan sisa-sisa usia yang masih berbaki ini, aku ingin lakukan yang terbaik semampu ku buat insan-insan yang aku sayangi dan segala kewajiban ku kepada Mu ya Allah. Insyaallah.

Bila datang nya tarikh 1 Mac , rindu pada ayah tidak dapat aku zahirkan dengan kata-kata. Enam tahun telah berlalu, rindu dan segala ingatan bersama ayah, masih kuat dalam ingatan. Bukan hanya setahun sekali sahaja aku mengingati ayah... tetapi , diwaktu subuh tanggal 1 Mac 2006 ayah telah pergi buat selama-lama nya... Menatap wajah ayah disaat ayah menghembuskan nafas terakhir.... masih segar dalam ingatan ku.



Segala doa yang aku panjatkan kehadrat Allah buat mu ayah. Semoga ayah ditempatkan bersama para solihin. Semoga Allah lapangkan tempat pembaringan ayah, sehingga hari kita dibangkitkan semula nanti. Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil...
Share:

Tuesday, January 17, 2012

Balik Kampung....

Assalamualaikum.
Lama betul berhajat untuk menulis . Saat ini aku mencoret lagi.... Baru menarik nafas lega setelah jadual yang patut aku selesaikan hampir siap. Ada beberapa kerja lagi harus aku sudahkan menjelang pagi esok....

Biasalah , semua itu tidak menjadi halangan.. asalkan dapat BALIK KAMPUNG !!!! Rindu sungguh dengan semua yang aku tinggalkan disana. Bonda, abang,kakak,adik... malah semua nya. Insya allah kesempatan beberapa hari nanti akan aku menafaatkan sepenuh nya..

Kali ini suami dan anak teruna kami tinggal.... jadi aku dan sibongsu sahaja yang akan berangkat esok.. anak dara yang seorang lagi, dah berangkat sabtu lepas.... Memang berat rasa hati untuk tinggal hero dua orang di sini.. namun apa kan daya mereka tidak dapat bersama-sama diatas sebab yang tidak mampu dielakan.

sebelum berangkat esok :
makanan arnab perlu ada untuk lebih kurang 1 minggu
makanan kucing perlu diletakkan setempat
makanan dan keperluan hamster perlu dicukupkan
kena beritahu waktu makan haiwan kesayangan tu.....

pakaian suami perlu digosok untuk beberapa hari...
tempat ubat2 dan keperluan peribadi suami... semua kena tunjukan.

Akhir sekali barulah nak cari pakaian mana yang harus aku bawa.Senang jer. tidak payah bawa baju lebih.. yg penting yang 'perbadi' dan tidak bolih dikongsi jer yang kena bawa lebih.. yang lain-lain tu bolih pakai emak punya... hahaha. Tidak sabar nak tunggu esok hari. Tentu kakak ku tengah sibuk untuk buat persiapan majlis pertunangan anak nya. Buat kakak ku, aku berdoa agar semua nya berjalan lancar seperti yang di harapkan yer.

Buat suami ku dan angah... duduk rumah molek2 yer... jangan nakal-nakal... buat suami ku sekali lagi ingin aku ucapkan," Terima Kasih kerana benarkan kami berangkat... makan ubat ikut jadual dan jangan bergadang.... hehehe"
Share:

Wednesday, January 11, 2012

Masih Ada Waktu

Bila masih mungkin kita menorehkan batin
Atas nama jiwa dan hati tulus ikhlas
Mumpung masih ada kesempatan buat kita
Mengumpulkan bekal perjalanan abadi

Kita pasti ingat tragedi yang memilukan
Kenapa harus mereka yang tertimbun tanah
Tentu ada hikmah yang harus kita petik
Atas nama jiwa mari heningkan cipta

Kita mesti bersyukur bahwa kita masih diberi waktu
Entah sampai kapan tak ada yang bakal dapat menghitung
Hanya atas kasihnya hanya atas kehendaknya kita masih bertemu matahari
Kepada rumpun di lalang kepada bintang gemintang

kita dapat mencoba meminjam catatanNya
Sampai kapankah gerangan
Waktu yang masih tersisa
Semuanya menggeleng semuanya terdiam semuanya menjawab tak mengerti
Yang terbaik hanyalah segera bersujud mumpung kita masih di beri waktu


Share: