Assalamualaikum.
Izzah, sudah larut malam saat Izzah terjaga dari tidur tadi . Izzah bergerak- gerak dalam dakapan nenda. Ketika nenda tepuk perlahan punggung kecil Izzah agar Izzah lena kembali. Izzah mendongak sambil merengek kecil. Kuat betul Izzah berjaga malam ye. Bila nenda letak kembali di atas tilam dan periksa lampin pakai buang.. Oh, patut lah Izzah bangun. Selesai nenda menukar lampin, sua botol susu yang telah direndam dengan air panas hasil perahan ibu. Selesai menyusu, Izzah tersenyum memandang muka ninda. Ya Robb, terang semula mata nenda izzah. Temankan nenda tidur lagi malam ini ya..
Sekarang Izzah telah tidur semula. Sebentar tadi ibu Izzah datang menjenguk. Ayah ngah baru sahaja keluar bilik sambil intai samaada Izzah berjaga ... Sekarang Ayah long pula bertanya Izzah menyusu pukul berapa tadi sambil membetulkan selimut Izzah.
Bila mata tidak bolih dipejam, keadaan sunyi ini teringat cucu -cucu ninda yang tiga orang lagi nun jauh disana. Teringat keletah sepupu Izzah yang di kongsi olih ibu saudara Izzah siang tadi. Setiap hari rindu semakin bertambah..tiada ukuran yang bisa dibandingkan sebesar mana kasih itu.. Kisah setahun yang lalu juga berputar dalam ingatan. Nenda buka sedikit catatan yang nenda kongsi setahun yang lalu. Sebak bukan kepalang.. Rindu ? Allah sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu nenda ini.
Izzah...sudah lebih setahun To'Ki pergi meninggal kan kita semua. Pergi tanpa sempat menatap wajah Izzah dan Abang Dayyan..
Dah sekarang Izzah telah pun lena. Nenda pun akan cuba baring dan tidur..
0 comments:
Post a Comment