Menarik dan ingin berkongsi dengan anda.... maka aku petik 'bulat-bulat' antara isi didalam nya........
Sesuatu yang lumrah jika sengketa atau perbalahan terjadi
antara dua individu atau dua kumpulan, kerana manusia tidak selamanya
sependapat atau sealiran fikiran. Tetapi agak sukar difahami jika
manusia terpaksa berkrisis atau bersengketa dengan dirinya sendiri.
Tidak mungkin sesuatu perbuatan yang dilakukan olih sesaorang tanpa
persetujuan perasaan dan fikirannya,jika suatu tindakan telah
dipersetujui, tidak mungkin jasad akan dipersalahkan kerana
melakukannya. Perbalahan dan diri sendiri tentunya tidak terjadi.
Walau bagaimanapun Allah SWT akan membuktikannya bahawa pasti tiba saatnya manusia terpaksa berbalah dengan diri sendiri, diantara tubuh manusia saling mendedahkan rahsia diri yang selama ini tidak pernah didedahkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini( hari qiamat) Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka ushakan." (surah Yaasin ayat 65)
Firman-Nya lagi, yang bermaksud:"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan". (surah An-Nur ayat 24)
Banyak lagi buku-buku peninggalan Allahyarham ayahanda yang belum sempat aku baca...... Kalau seminggu sebuah buku.... harap-harap dapat habiskan semua buku-buku tu.... Tapi banyak buku arab.... macamana nie...
0 comments:
Post a Comment