Wednesday, July 17, 2013

Rindu ini

Assalamualaikum

 Sudah lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa... Kesihatan bolih tahan juga didalam bulan Ramadan ini..Alhamdulillah. Mudah-mudahan ibadah puasa saya diterima Allah.. 

Ramadan kali ini berbeza  sedikit dengan tahun-tahun yang lalu. Sebelum ini anak-anak ada bersama-sama kami. Walau bukan sebulan penuh,namun bolih dikatakan lebih dari separuh Ramadan ada dihadapan mata... Kali ini masing-masing ada tugas tersendiri yang perlu diselesaikan. Apa pun ibu doakan kalian sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan lain, dengan sempurna.

Ramadan kali ini juga ingatan rindu saya pada emak di kampung semakin kuat. Dapat saya bayangkan bagaimana keadaan emak bila anak-anak tiada disamping.. Lebih-lebih lagi ayahanda telah lama pergi..  Saya sedang lalui perasaan itu emak. Namun ingatan rindu ini bukan untuk menyeksa jiwa. Ia adalah sebagai ingatan untuk saya agar sentiasa mengingati ayah bonda. Setiap kali rindu saya pada permata hati kami bertandang, setiap kali itulah doa akan saya panjatkan kehadrat Allah untuk ayahbonda. In shaa Allah.

Berbuka puasa tadi ,saya pakai lagi pinggan yang emak  kasi semasa saya mula-mula berumahtangga .. dari 6 biji, ada tinggal 4 biji sahaja lagi. Memang jarang saya guna, tetapi bila rindu, pinggan ini saya akan pakai. Setiap suap teringatkan emak..Sementara menunggu azan dilaungkan, saya sempat bayangkan bagaimana kami suatu waktu dahulu , bersila beramai-ramai . Manakala emak dan kakak-kakak saya,tidak kering tangan menyediakan juadah berbuka. Walau hanya sekadar berlaukan ikan dan sayur atau sedikit sambal...kami mengadap nya dengan penuh perasaan.. Kenangan itu akan sentiasa saya sematkan didalam hati..

kerana saya mula  mengerti emak...Sepinggan nasi putih akan terasa lebih nikmat bila dikelilingi orang tersayang...


  #Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tua ku.Kasihani lah mereka.. sebagaimana mereka mengasihi kami. . Terangi dan lapangkan lah kubur ayahanda ku.serta jauhkan lah azab kubur , tempatkan lah dia di dalam golongan para solihin, serta jauhkan lah mereka dari azab api neraka.. Amin#








Share:

0 comments: