Assalamualaikum
Ingin sekali menulis dan luahkan apa yang tersirat... Namun masa dan keupayaan saya sangat terbatas. Saat ini dada masih sakit walau batuk dan selsema beransur kurang, Alhamdulillah . Mudah- mudahan demam ini cepat pergi..
Cuma mata belum bolih dipejamkan. Ingatan rindu pada ramai orang yang tersayang. Pengorbanan itu bukan sekadar kata-kata yang bermain dibibir. Tetapi ia perlu dilaksanakan.
Sudah lebih dua minggu saya tinggalkan suami dan anak-anak di rumah.. Memang berat rasa hati. Jika saat terima berita mak sakit pada hari itu dan suami tidak mencadangkan saya pulang kekampung dahulu, tidak tahu bagaimana keadaan saya jika terlewat dan tidak dapat memeluk dan melayan mak disaat mak memerlukan kami dan diakhir nafas mak...
Allah telah makbulkan doa-doa saya. Terima kasih buat suami kerana sangat memahami . Yang paling saya sayu .. Hari Raya Korban kali ini.. suami kena 'berkorban ' sekali lagi.. beraya tanpa saya dan dua lagi anak kami. ( Dengan kebenaran dia dan semoga dengan izin Allah.. )
Saya ingin tulis tentang Allahyarham bonda.. terapi ada sesuatu yang telah lama bertakung di kelopak mata jatuh berderai...
Inshaallah bila saya sudah kembali ke Dungun, saya akan tulis lg .. susah nak tulis guna talipun.. saya juga rindu kan PC buruk saya...
2 comments:
Puan Bakawali,
Assalamualaikom.
AlahuAkbar, Allah swt meminjamkan sifatnya kepada makhluk bernama ibu. Sifat kasih dan sayang terhadap anak-anak. Sifat yang pastinya tidak boleh dibayar dengan apa jua sekalipun. Maka sewajarnya kita dilarang sama sekali menderhakai kedua orang tua terutama sang ibu.
Semuga Allah swt merahmati dan ampuni dosa ibu Puan serta meletakkannya di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah...
Amin...
Pak mail...
terima kasih diatas nasihat dan doa. mudah2an allah perkenankan kan. Amin.
Post a Comment