Wednesday, August 21, 2013

Sibuk!!!!

Sibuk...sibuk... sibuk !!!!

Selamat menikmati kesibukan ... 
dalam sibuk-sibuk urus hal dunia
sulam-sulam kan lah juga untuk hari kemudian

Bila kaki langkah laju-laju
otak fikir macam-macam
sesekali tolih juga kebelakang
sesekali ingat-ingat lah masa lalu !!
entah-entah ada yang tertinggal ...  
entah senyum, entah khabar, entah nafkah
entah janji
dan...macam-macam 'entah'
terlupa dihulurkan...

Bila terasa sangat sibuk
agak-agak..
orang lain sibuk tak ? 
Atau kita seorang sahaja yang sibuk? 
Bila kita rasa tersentuh, marah, kecewa..
agak-agak..
orang lain punya perasaan sedemikian terhadap kita tak?
Hmmm... di dunia ini sebentar cuma
agak-agak
bagaimanakah kesudahan nya... 
bila kesibukan menguasai diri harap-harap
jumpalah apa yang dicari
mudah-mudahan
yang dikejar dapat, yang dikendong tak lari...  
( semua ini adalah peringatan untuk diri sendiri .. sebelum tergelincir dalam kesibukan )






Share:

2 comments:

Al-Manar said...

Hidup tidak habis dengan kesibukan hinggalah umur meningkat lanjut. Tunggulah. Akan tiba satu masa duduk berfikir bagaimana hendak menghabiskan masa. Siaplah diri untuk memberi khidmat.

is3zul said...

Tuan Al-manar,
terima kasih diatas komen tuan. Saya sangat menghargai nya. Mudah2an Allah memberi kita kesempatan untuk membuat segala kebaikan sebelum terlambat..