Saturday, August 3, 2013

syawal 1434 h



Assalamualaikum. 
khas buat buat pembaca blog saya... 
semoga Aidul Fitri tahun ini diraikan dengan rasa kesyukuran. Jangan bersedih jika tidak dapat bersama dengan orang yang tersayang. Insyaallah dilain kesempatan ... yang sangat penting, jangan membazir serta jaga batas-batas pergaualan....



                                                                       Buat anakanda Norsyazana yang akan ber Hari Raya bersama keluarga mertua .. jangan sedih tau.. kerana mereka adalah keluarga kamu juga. Bagaimana lah agaknya kali pertama beraya tanpa kami ye.. Ibu percaya, kamu tidak akan sempat bersedih ...kerana mereka adalah diantara insan-insan yang terbaik dipilih Allah untuk berada disamping kamu berdua.. Percayalah. 
kepada anakanda Aiza....semoga kamu dapat mengawal perasaan bila beraya di sana ye... bila kamu sanggup korbankan perasaan untuk tidak beraya dengan kami, itu sudah cukup buat ibu terharu. Terima kasih kerana tunaikan harapan ibu dan nenda...  semoga nenda dan keluarga ibu dikampung gembira.. Insyaallah jika diizinkan Allah ibu akan menyusul .Semoga Allah perkenankan doa ibu untuk mendakap insan-insan yang ibu sayangi disana. 
Untuk anda yang akan memandu untuk perjalanan jauh.. cukupkan rehat terlebih dahulu.. berhati-hati bila memandu..ingat orang-orang yang tersayang sedang menunggu... Yang penting sekali, doa untuk bermusafir dan jangan lupa berhenti solat.... hmmm.




Share:

0 comments: