Tuesday, September 11, 2018
Monday, September 10, 2018
Friday, September 7, 2018
Ratu Hati
Dua minggu bersama bonda buat kan saya semakin insaf.
Besarnya pengorbanan mu bonda.
Sekarang, bonda telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami. Ia adalah ketetapan Allah.
Tuesday, September 4, 2018
Kita
Waktu terasa semakin menjauh. Tinggalkan kenangan tentang kita.Kadang kala, aku ingin bersama mu lg untuk berbicara tika sunyi, Mengadu bila perlu dan bertanya bila keliru..
Bersemadi lah disana dengan lena. Hingga hari dibangkitkan kelak. Lenalah, bersama rindu dan doa2 ku.
Senja telah lama berlabuh. Hari pun telah turut bertukar. Moga fajar yg bakal terbit esok hari tidak akan sirnakan segala kenangan ini...
Antara kau dan aku!!!
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴
“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur atau dari siksaan neraka “.
Amin ya robbal alamin.
Saturday, August 18, 2018
Saturday, August 4, 2018
Tiang Agama
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Wahai Tuhan Ku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. "
Aamiin...
Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia? Beliau bersabda: “Solat pada waktunya”, aku berkata: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Berbakti kepada kedua orang tua”, dan aku berkata: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, niscaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih)
Thursday, August 2, 2018
Tuesday, June 19, 2018
Friday, April 6, 2018
Lepaskan segala resah!!
Tuesday, March 20, 2018
Rindu
Sudah 4 hari Izzah berangkat pulang bersama ayahibu. Nenda terdengar dengar suara tangis mu dan terbayang raut wajah mu,sentiasa dihadapan mata nenda.
Lebih-lebih lagi rindu pada 3 lagi cucuanda yang telah sedia terlebih dahulu menetap didalam ingatan nenda. Ah.. pelik sungguh rasa rindu ini pada hal tidak sampai seminggu berpisah dengan Izzah. Shakirah,Syaqir dan Syazwan pun baru bulan lepas kita bersama.
Lewat pagi tadi ingat nak turun ke tanah untuk buang/kemaskan apa yang patut di halaman dan pagar yang telah mula di panjat rumput liar untuk mengisi masa senggang. Buka pintu dapur,terus batalkan niat. Pancaran yang sangat terang dan berbahang...
Ampun kan hamba Ya Robb. Kerana mengeluh dan gelisah dengan bahang yg sedikit ini . Bagaimana nanti jika terus terhumban kedalam api yang menyala dan bolih mencair kan besi dan mengelegakkan otak...? Lindungi kami dari rasa tidak cukup dan resah gelisah Wahai Robb.
Masuk semula kedalam bilik,buka semula ikatan langsir . Bila gelap dan tiada banyak cahaya yang menembusi tingkap baru airmata berhenti keluar. Eh..air mata keluar bukan sebab sedih, rindu atau sebagai nya.. jangan fikir yang bukan-bukan, kawan..hmmm.
Wednesday, February 14, 2018
pancaran sinar _Mu
Tuesday, February 6, 2018
Auni Izzah..
Izzah, sudah larut malam saat Izzah terjaga dari tidur tadi . Izzah bergerak- gerak dalam dakapan nenda. Ketika nenda tepuk perlahan punggung kecil Izzah agar Izzah lena kembali. Izzah mendongak sambil merengek kecil. Kuat betul Izzah berjaga malam ye. Bila nenda letak kembali di atas tilam dan periksa lampin pakai buang.. Oh, patut lah Izzah bangun. Selesai nenda menukar lampin, sua botol susu yang telah direndam dengan air panas hasil perahan ibu. Selesai menyusu, Izzah tersenyum memandang muka ninda. Ya Robb, terang semula mata nenda izzah. Temankan nenda tidur lagi malam ini ya..
Sekarang Izzah telah tidur semula. Sebentar tadi ibu Izzah datang menjenguk. Ayah ngah baru sahaja keluar bilik sambil intai samaada Izzah berjaga ... Sekarang Ayah long pula bertanya Izzah menyusu pukul berapa tadi sambil membetulkan selimut Izzah.
Bila mata tidak bolih dipejam, keadaan sunyi ini teringat cucu -cucu ninda yang tiga orang lagi nun jauh disana. Teringat keletah sepupu Izzah yang di kongsi olih ibu saudara Izzah siang tadi. Setiap hari rindu semakin bertambah..tiada ukuran yang bisa dibandingkan sebesar mana kasih itu.. Kisah setahun yang lalu juga berputar dalam ingatan. Nenda buka sedikit catatan yang nenda kongsi setahun yang lalu. Sebak bukan kepalang.. Rindu ? Allah sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu nenda ini.
Izzah...sudah lebih setahun To'Ki pergi meninggal kan kita semua. Pergi tanpa sempat menatap wajah Izzah dan Abang Dayyan..
Dah sekarang Izzah telah pun lena. Nenda pun akan cuba baring dan tidur..
Thursday, December 14, 2017
Jemput-Jemput Nasi +Bilis
Assalamualaikum.
Olih kerana ruangan resepi (dari dapur8549) mengalami sedikit masaalah, hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat mudah kita buat. Bila dah tidak tahu nak masak apa untuk sarapan, sekali sekala saya akan buat Jemput- jemput Nasi+bilis ini..
Resepi ini saya terima dari sahabat saya . Terima kasih Gee.. semoga setiap kali saya menyediakan untuk keluarga saya, dan jika ada yang sudi menafaatkan resepi ini, pahalanya akan mengalir buat mu.
Aamiin.
Monday, December 11, 2017
Senja dan kenangan
Hari dah merangkak senja. Masa ini lah biasanya rindu bertandang paling kemuncak. Waktu sebegini lah selalu perasaan paling syahdu. Teringat hampir semua perkara yg telah lalu. Berpusu-pusu kenangan datang silih berganti.
Kelmarin anak dan menantu serta cucu-cucu telah berangkat pulang ke selatan tanah air.. Tiga hari di teratak kami, membuatkan rindu dendam saya pada mereka bertiga sedikit terubat. Walau cuma cuti hujung minggu mereka gagahi juga datang untuk berkumpul miski menempuh perjalanan jauh dan melayani kerenah anak-anak yang masih kecil -kecil lagi.
Sebentar tadi saya mengambil sehelai baju suami yang tersedia tergantung dalam almari beliau. Walau hampir setahun dia pergi meninggalkan kami, tetapi baju/kain tetap diguna setiap hari ..
Tiba-tiba teringat cucu sulung kami yang sedang mengasah bakat untuk bercakap dan bercerita menegur saya saat saya mengambil baju suami dari almari. :
" Ninda, asyik pakai baju to'ki je " sambil mengerut dahi..
Tajam sungguh pemerhatian nya. Padahal 3 hari disini bukan lah lama. Ninda dia cuma pakai baju to'ki waktu tertentu sahaja. Yang pasti hanya didalam rumah.
Tidak sabar menanti mereka datang lagi dan melayan keletah mereka dan menanti seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami yang bakal lahir .
Suami ku..
Rendang kasih mu.. yang telah memayungi kami selama ini , moga Allah Azawajalla memberkati dan melimpahkan pahala Nya buat mu sebagai ganjaran Nya.
Senja telah berlabuh.. hari pun turut bertukar...
Friday, November 17, 2017
Menghitung hari
Saya sudah bolih menjahit sekarang. Teringat saya masa dia ada, dialah yang bersungguh menyuruh saya buatkan kelengkapan untuk menyambut cucu sulung kami. Sekarang cucu kami sudah tiga orang. Dia tidak sempat lihat cucu kami yang ketiga. Niat kami untuk melawat anak cucu kami tidak kesampaian pada hari kejadian itu.. hari dia dijemput pergi ke negeri yang kekal.. Masa itu anak kami hamil cucu ketiga !!!.
Beberapa minggu lepas saya telah siapkan jahitan untuk cucu kami yang keempat. Anak sulung dari putri bongsu kami... Alhamdulillah, Allah Azawajalla beri saya kesembuhan dan saya sudah bolih menggunting dan menjahit walau tidak sekemas dahulu jahitan saya, namun kepuasan dapat dirasai bila saya dapat teruskan apa yang dia suka..
Mereka kata : " kena redho apa yang sudah terjadi"
Redho.. mana mungkin saya tidak redho dan iklas apa yang tertulis dalam perjalanan hidup saya ini. Termasuk tiba-tiba dia hilang dari pandangan mata kami.. Sungguh! Saya redho.
REDHO BUKAN BERERTI TERUS MELUPAKAN . :(
Wednesday, October 11, 2017
Pergi tak kembali ii
Teringat insan-insan
yang saya kenali, sayangi dan
yang ada pertalian darah telah pergi mendahului saya.
Satu persatu kenangan silih berganti. Kenangan dan kata-kata
yang masih tersimpan di dalam memori.
Wahai jiwa-jiwa yg tenang
Moga pulang mu
kepada Tuhan mu dengan hati yg redho...
Ya Rabb..
tuntun lah aku .
Agar sentiasa dilandasan yg betul.
Hingga saat terakhir itu.
Monday, October 9, 2017
Pendam
Monday, August 14, 2017
Dia..
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya ."
Hujan masih belum berhenti. Walau tidak selebat tadi, namun sejuk dan ngilu ditimpa hujan semasa dlm perjalanan tadi masih terasa. Hujan yg membasahi tubuh kami mengimbau seribu satu kenangan dengan 'DIA'. Dia yang telah banyak mencorakkan hidup saya. Lebih dari separuh usia, saya kongsi bersama. Susah senang dan segala- galanya.. !
Subuh tadi, bangun dari tidur saya rasa tangan yang masih ada benang jahitan, semakin surut bengkak nya. Alhamduliĺlah, bolih lah tolong anak bereskan kerja- kerja rumah mana yang mampu dengan kekuatan tangan yang sebelah lagi. Lebih-lebih lagi anak sulung kelihatan tidak berapa sihat. Selepas subuh dia terbaring diruang tamu, "malam tidak dapat tidur"; kata nya. Saya ambil bantal dan cuba baring disebelah, namun mata tidak bolih dipejamkan.
Perlahan-lahan kedapur, cari apa yang ada.
Sementara semua senyap, keluarkan ikan dari peti sejuk. Ingat nak cuba masak hari ini. Cili telah along mesin malam tadi. Bawang pun ada yang dah berkupas. Pagi ini buat sarapan sendiri. Biasanya angah yang beli..
Hari masih pagi sangat lagi. Masih ada masa untuk lap apa yang patut. Sudah lama tidak bersihkan rak untuk simpan keperluan memasak atau rempah ratus. Tiba- tiba degup jantung semakin kencang..
Air mata semakin deras. Mata tertumpu pada botol2 kecil yang sedikit berselerak di tempat nya. Saya ambil, bersihkan satu persatu.. Masih terdengar- dengar suara DIA menyuruh saya membeli rempah-rempah untuk menumis dan sebagainya. Satu persatu DIA sebut. Entah masa bila DIA menaip nama-nama barang untuk ditampal di botol-botol yang comel.
Botol-botol yang saya kumpul dari cenderahati pengantin baru.. Awal tahun semuanya telah siap bertampal. Walau isi botol telah banyak berkurang, namun ingatan dan nama DIA tetap mengekori saya dimana sahaja saya berada didalam rumah ini.. Semua!Semua yang ada didalam rumah ini terukir nama DIA.
"Ibu! Ibu buat apa tu?" Tiba-tiba angah terpacul dari bilik. Lantas saya terus menjawab ; " ibu ingat nak masak tadi, tapi tak jadi pulak. Simpan semula ikan tu ye"
"Tak payah masak, nanti beli je" ; jawab nya. Terus menuang air kedalam cawan..
Setelah makan tengahari dan selesai menunaikan kewajiban, saya ajak angah ambil angin di pantai. "Siap lah.." ; katanya.
"Ibu teringin sangat nak minum air kelapa yang segar ..yang tak ada air batu...ada isi kelapa yang sedap..bolih tak?"
"Nanti bolih cari" jawab nya sambil memakai baju.
Sampai di tepi pantai, kami berhenti digerai yang banyak kelapa muda.. Air liur ditelan bagai terasa enak nya air tersebut. Kali terakhir saya minum air kelapa semasa perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Dungun.. minum bersama DIA dan angah.. masa tersebut hujan sangat lebat. Sambil makan mee goreng, ikan dan udang celup tepung.. Ah! Kenangan itu..
Peniaga -"Minum apa?"
Anak - " Kelapa muda 2 biji, satu letak ais, satu tak nak"
Peniaga- " Ehh... bolih minum air nyor ke? Bisa! Org patah tak bolih minum"
Saya-" Tak bolih ke...".:'(
Peniaga- " Org kata lah.. air nyor bisa.. klu nak juga, saya buat"
Anak -." Ok.. air lain, ibu nak air apa? "
Saya - " Teh tarik..." sambil telan air liur ..
Dalam perjalanan pulang, singgah beli ikan segar di tepi pantai dan sedikit sayur. Langit nampak sedikit gelap, tapi angah singgah dahulu di bengkel kereta untuk pastikan samaada kereta sudah dibaiki atau belum. Saya biarkan dia berborak dengan tuan bengkel sekejap dan teruskan merempit kami..
Belum separuh perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Tiada tempat berhenti yang sesuai.
Anak - " Ibu..ibu basah tak? Ibu.. basah tak? Tutup cermin topi keledar.bu.."
Saya - " Kau basah, ibu pun basah lah angah.. kalau tak basah... ada karomah ibu ni.. tak basah kena hujan.. he3"
Tiba-tiba, air mata semakin deras.. sederas air hujan membasahi tubuh.. kenangan datang lagi.. Teringat DIA yang selalu basah kuyup dalam mencari rezeki demi 'mencukupi' kami..
Kenangan bersama DIA silih berganti . Setiap ruang dalam teratak kami ini ada cerita yang bersangkutan dengan DIA..
Kenangan tersebut sentiasa segar bersama doa- doa kami.. DIA yang telah pergi mendahului kami.. pergi yang tidak mungkin kembali lagi..
.



















