Saturday, March 16, 2019

Rambang mata.




           Ramai yang bertanya, mengapa suka lihat 'bunga' dihalaman orang? Padahal bunga dirumah hampir layu tidak terjaga . 


   

        Jawapan nya mungkin berbeza pada setiap orang. Yang pasti semua nya bergantung pada niat .


            Takdir  dalam hidup ini tidak pernah terjangkakan. Selagi nafas dihela, selagi itulah ia bertukar ibarat putaran roda . 


Kesudahan hidup ini juga tidak semudah yg kita jangka. Kerana perjalanan hidup  adalah rahsia   Allah.
 Nikmati apa adanya...
🎋🎋








Share:

Friday, March 1, 2019

Kekuatan

             بِسْــــــــــــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

              Telah 34 tahun kita melayari bahtera rumahtangga bersama-sama. Tiba2 kau hilang dr pandangan. Seolah2 bahtera yg kita layari hanyut tanpa tujuan. Syukurlah 4 permata hati yg Allah titip kan pada kita membuatkan aku sedar dari lamunan . Walau telah sekian lama jasad mu disemadikan, namun kau tetap dalam ingatan dan doa-doa kami. Bantu saya Ya Robb untuk bangkit demi teruskan cita2 kami.... bersama mereka .


           






Share:

Tuesday, February 26, 2019

Jangan Marah.

                     


          Tika kemarahan menguasai diri atau tekanan sedang menghimpit jiwa ,jaga lisan dari terhambur keluar atau  perbuatan yang selalunya akan membuahkan kesakitan atau kemarahan pula akan berlipat kali ganda. 

          Marah itu api. Api akan merebak jika tiada kawalan. Maka diam itu lebih baik!

Jika ada perasaan marah walau sedikit, tolong padamkan dgn ta’awudz . Mohon lah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam!!!




Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah.

Share:

Sunday, December 23, 2018

Pasrah.

Bismillah ...

       Bagaimana harus kita lepaskan setiap yang membebani fikiran dan yang menyesakkan dada ? Kerana setiap kata-kata yg tak terucap adalah satu beban jika tidak terluahkan.

       Namun apa kah mungkin setiap yang terlintas dibenak harus dikeluarkan dengan kata-kata?
Tidak kah kita terfikir, jika tulisan atau kata-kata yang kita keluarkan akan membuatkan ada hati yang terluka ? Orang lain tidak akan dapat menduga apa yang ingin kita sampaikan (Mungkin apa yang kita ucapkan sekadar bergurau ) Jika sekali mungkin tersalah ucap atau bercanda . Namun setelah sekian banyak kali terkeluar dari mulut, itu lah kita sebenarnya.

      Orang menilai kita dari apa yang sering kita buat dan sebut. Walau kadang-kadang ada yang berperi : " Dia mulut saja begitu...tapi hati dia tidak..!" Ingat lah, kata-kata itu adalah doa. Apa yang kita minta, apa yang kita cari ,itu yang kita dapat...

     Marah, benci,suka , geram,rindu dendam dan airmata.
Setiap hari ada sahaja yang berlaku dihadapan mata kita. Samada secara langsung atau sebaliknya.

       Apakah patut kita risau bila ada manusia jika berjanji lembut gigi dari lidah untuk mendapat sesuatu yang diidam. Langkah disusun dengan cermat dan rapi untuk dapatkan mangsa demi masa depan nya? .

      Kadang-kadang ada bersangkutan dengan kita, insan-insan yang kita sayang atau orang-orang diseliling maupun yang kita kenal atau tidak.

        Bila insan yang kita sayang , dilukai dan disakiti jiwanya, mengapa kita pula yang akan terlebih dahulu rasa pedihnya ? Benar lah bak kata pepatah : "cubit paha kanan,paha kiri terasa juga sakit nya !"

  Dan..ada kalanya 
Ada yang berlaku bagai kilat.
Tidak terjangkau dengan akal.
Sungguh !!!
Nasib makhluk laksana roda
Ia turun dan naik, silih berganti.
kita berdoa dan berserah
Kita berharap dan menanti
dengan yakin..
Ketentuan Allah AzaWajalla adalah yg terbaik
Buat kita...

**Pujuk,kawal dan rawat lah 'hati' sendiri. Allah Azawajalla sentiasa ada untuk kita mengadu... Yakin itu!!!

لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله



Share:

Tuesday, September 11, 2018

Pilihlah





              Manusia tidak dapat menduga saat terjatuh dan tersungkur. 
Pilihan cuma ada dua. Samada utk terus rebah atau kumpul kekuatan utk  bangun dan susun langkah..
Share:

Monday, September 10, 2018

Friday, September 7, 2018

Ratu Hati





     Susah nya nk ambil gambar bondaku .Ini lah bonda. Setiap hari menemani saya didapor sambil bonda bercerita zaman kecil bonda  dan juga zaman kecil kami.
     Dia tetap ingin memegang sudip panjang. Walau duduk diatas kerusi roda , bonda tetap ingin bersama-sama untuk kedapor. Namun masa memalingkan ikan dalam kuali,  tetap saya juga yang lakukan.
     Manis nya detik2 bersamamu  bonda. Sambil menatap wajah mu tanpa jemu. Teringat kembali saat bonda ingin turun ke halaman melihat-lihat  pokok disekitar rumah bonda. Bunga-bungaan yg subur, kembang mekar..
    
      Dua minggu bersama bonda buat kan saya semakin insaf.
Besarnya pengorbanan mu bonda.
      
         Sekarang, bonda telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami. Ia adalah ketetapan Allah.

         Setiap yang bernyawa pasti akan mati... Disaat ini saya masih mengenang mu , BONDA.


                   





Share:

Tuesday, September 4, 2018

Kita

        Waktu terasa semakin menjauh. Tinggalkan kenangan tentang kita.Kadang kala, aku ingin bersama mu lg untuk berbicara tika sunyi, Mengadu bila perlu dan bertanya bila keliru..

        Bersemadi lah disana dengan lena. Hingga hari dibangkitkan kelak. Lenalah, bersama rindu dan doa2 ku.

         Senja telah lama berlabuh. Hari pun telah turut bertukar. Moga fajar yg bakal terbit esok hari tidak akan sirnakan segala kenangan ini...
            Antara kau dan aku!!!

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴

“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur atau dari siksaan neraka “.
Amin ya robbal alamin.

Share:

Saturday, August 18, 2018

Saturday, August 4, 2018

Tiang Agama

   


   
               بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



"Wahai Tuhan Ku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. "
                      Aamiin...



Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia? Beliau bersabda: “Solat pada waktunya”, aku berkata: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Berbakti kepada kedua orang tua”, dan aku berkata: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, niscaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih)





Share:

Thursday, August 2, 2018

Tuesday, June 19, 2018

Friday, April 6, 2018

Lepaskan segala resah!!






Petang tadi,pusing-pusing keliling kampung. Lihat keindahan kampung waktu menjelang senja. Kebetulan angah pelawa jalan-jalan keliling kampung tanpa tujuan... Setiap lorong diselusuri. Penat lalu hadapan rumah orang, pergi pula tepi pantai. Selepas minum , pusing-pusing lagi. Kali ini naik jambatan. Ikut sahajalah, kebetulan cuaca tidak hujan .

Sudah lama ingin berdiri atas jambatan dan lihat panorama disini. Air sungai seperti berhenti mengalir...Memandang  jauh nun dibawah sana. 

Mari kita melatih minda kita untuk menjadi bahagia dan bebas bebanan fikiran
 dalam semua keadaan.

Mashaa Allah.. Tabarakallah.


Share:

Tuesday, March 20, 2018

Rindu

Assalamualaikum.

          Sudah 4 hari Izzah berangkat pulang bersama ayahibu. Nenda terdengar dengar suara tangis mu dan terbayang raut wajah mu,sentiasa dihadapan mata nenda.
Lebih-lebih lagi rindu pada 3 lagi cucuanda yang telah sedia terlebih dahulu menetap didalam ingatan nenda. Ah.. pelik sungguh rasa rindu ini pada hal tidak sampai seminggu berpisah dengan Izzah. Shakirah,Syaqir dan Syazwan pun baru bulan lepas kita bersama.
           Lewat pagi tadi ingat nak turun ke tanah untuk buang/kemaskan apa yang patut di halaman dan pagar yang telah mula di panjat rumput liar untuk mengisi masa senggang. Buka pintu dapur,terus batalkan niat. Pancaran yang sangat terang dan berbahang...

         Ampun kan hamba Ya Robb. Kerana mengeluh dan  gelisah dengan bahang yg sedikit ini . Bagaimana nanti jika terus terhumban kedalam api yang menyala dan bolih mencair kan besi dan mengelegakkan otak...? Lindungi kami dari rasa tidak cukup dan resah gelisah Wahai Robb.

        Masuk semula kedalam bilik,buka semula ikatan langsir . Bila gelap dan tiada banyak cahaya yang menembusi tingkap baru airmata berhenti keluar. Eh..air mata keluar bukan sebab sedih, rindu atau sebagai nya.. jangan fikir yang bukan-bukan, kawan..hmmm.


Kebelakangan ini air mata seringkali keluar tanpa sebab. Untuk melihat keluar pun terpaksa kecilkan mata. Ada kala terpaksa guna kacamata hitam didalam rumah bila kepala rasa sakit bukan kepalang dan air mata keluar deras. Syukurlah sehari dua ini sakit kepala tidak menyerang lagi. Alhamdulillah.

     Pakaian juga terpaksa dijemur bawah teduhan atap. Sementara fikir apa juadah untuk kami bertiga kongsi , sempat saya belek-belek talipun tangan dan lihat apa yang patut. 

            Kenangan  masa silam datang lagi. Sesekali senyum seorang diri bila sahabat atau ahli yang lain cuba mengimbau kenangan lalu semasa kami berkhidmat. Namun banyak dari kenangan tersebut sedikit pun tidak melekat dalam ingatan. Berkali-kali cuba saya imbau kembali.. gagal lagi. Jadi, apa saja yang masih  terlekat dalam ingatan ini? Mungkin kenangan yang sedikit itu sudah memadai buat saya, barangkali.. 

Moga Allah AzaWajalla tidak mengambil ingatan saya yang masih berbaki walaupun sedikit ini. Sesekali rasa rindu pada sahabat-sahabat yang sama-sama berpanas di padang kawad dan beratur membawa pinggan untuk mengisi perut, didewan makan.. tiba-tiba nama-nama kalian satu-satu keluar dari mulut saya.. dada jadi sebak bila ada dari kalian telah pergi mendahului saya.. Moga roh mu ditempatkan bersama roh-roh yang Allah telah janjikan Syurga_Nya.
Aamiin...



















Share:

Wednesday, February 14, 2018

pancaran sinar _Mu

Assalamualaikum

Pagi yang redup.
Dingin yang mencengkam. Izzah baru lena setelah terjaga dari tidur jam tiga pagi. Lepas bersarapan terasa mengantuk pula. Kalau capai bantal dan baring sebelah Izzah pun bagus juga ni.. 

Mana mungkin..
 Duduk dengan mata lepas memandang terus kehalaman yg terbentang, teringat pula dengan cucunda yang tiga orang lagi. Terbayang Shakirah memetik kuntum-kuntun exora yang merah menyala. Itu lah permainan kegemaran dia. Memetik kuntum-kuntum  yang berupa bintang-bintang kecil dan menyambungnya menjadi kalung. Terlonjak-lonjak dia gembira. "Nenda, tengok bintang Disha banyak !". Adik dia yang dua orang lagi lebih memilih bersama ibu mereka. Kadang-kadang Syaqir tarik tangan ayah Ngah ke motosikal usang peninggalan To'Ki.. Ajak Ayah Ngah pusing-pusing keliling kampung..

Sedikit masa lagi bila semua cucu nenda berkumpul entah bagaimana riuh dan seronok nya mereka bermain. Dunia kanak-kanak sangat indah. Mereka tidak fikir bahaya atau apa sahaja kemungkinan akan berlaku. Akan meneroka mengikut citarasa sendiri. Sungguh indah!!!

Semoga kesemua cucu nenda menjadi anak yang baik menurut kata ibu ayah serta kelak taat pada perintah Allah Azawajalla.

Baiklah, simpan dahulu semua kenangan, kepasar dahulu cari apa yang patut. Izzah tidor lama sedikit ye. Kasihan ibu, nanti bangun tidur ibu mandikan .



Share:

Tuesday, February 6, 2018

Auni Izzah..

Assalamualaikum.
            Izzah, sudah larut malam saat Izzah terjaga dari tidur tadi . Izzah bergerak- gerak dalam dakapan nenda. Ketika nenda tepuk perlahan punggung kecil Izzah agar Izzah lena kembali. Izzah  mendongak sambil merengek  kecil. Kuat betul Izzah berjaga malam ye. Bila nenda letak kembali di atas tilam dan periksa lampin pakai buang.. Oh, patut lah Izzah bangun. Selesai nenda menukar lampin, sua botol susu yang telah direndam dengan air panas hasil perahan ibu.  Selesai menyusu, Izzah tersenyum memandang muka ninda. Ya Robb, terang semula mata nenda izzah.  Temankan nenda tidur lagi malam ini ya..

             Sekarang Izzah telah tidur semula. Sebentar tadi ibu Izzah datang menjenguk. Ayah ngah baru sahaja keluar bilik sambil intai samaada Izzah berjaga ... Sekarang Ayah long pula bertanya Izzah menyusu pukul berapa tadi sambil membetulkan selimut Izzah.

              Bila mata tidak bolih dipejam, keadaan sunyi ini teringat cucu -cucu ninda yang tiga orang lagi nun jauh disana. Teringat keletah sepupu Izzah yang di kongsi olih ibu saudara Izzah siang tadi. Setiap hari rindu semakin bertambah..tiada ukuran yang bisa dibandingkan sebesar mana kasih itu..  Kisah setahun yang lalu juga berputar dalam ingatan. Nenda buka sedikit catatan yang nenda kongsi setahun yang lalu. Sebak bukan kepalang.. Rindu ? Allah sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu nenda ini.






Izzah...sudah lebih setahun To'Ki pergi meninggal kan  kita semua. Pergi tanpa sempat menatap wajah Izzah dan Abang Dayyan..

Dah sekarang Izzah telah pun lena. Nenda pun akan cuba baring dan tidur..


Share:

Thursday, December 14, 2017

Jemput-Jemput Nasi +Bilis



Assalamualaikum.
Olih kerana ruangan resepi (dari dapur8549) mengalami sedikit masaalah, hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat mudah kita buat. Bila dah tidak tahu nak masak apa untuk sarapan, sekali sekala saya akan buat Jemput- jemput Nasi+bilis ini..

Resepi ini saya terima dari sahabat saya . Terima kasih Gee.. semoga setiap kali saya menyediakan untuk keluarga saya, dan jika ada yang sudi menafaatkan resepi ini, pahalanya akan mengalir buat mu.
Aamiin.

JEMPUT-JEMPUT NASI IKAN BILIS

Bahan2nya:

2 cawan nasi
2cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis yg telah dibersihkan - tumbuk sedikit
Daun saderi - diracik
Daun bawang-diracik
Bawang merah -5 ulas - dimayang halus
1biji- telur
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Cara:

1-Mesen nasi dgn sedikit air. Jgn terlampau halus.

2- Tuang kedalam bekas yang berisi tepung gandum dan bahan2 yg di racik dan dimayang..

3- Letak telur dan garam. Gaul rata dan letak air sedikit sedikit,sehingga bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

4- Siap untuk di goreng.

#Ikan bilis bolih diganti dengan udang basah atau udang geragau/udang baring.






             (Pastikan garing diluar dan bersarang di dalam)
Selamat mencuba ...

Share:

Monday, December 11, 2017

Senja dan kenangan

     


Hari dah merangkak senja. Masa ini lah biasanya rindu bertandang paling kemuncak. Waktu sebegini lah selalu perasaan paling syahdu. Teringat hampir semua perkara yg telah lalu. Berpusu-pusu kenangan datang silih berganti.

          Kelmarin anak dan menantu serta cucu-cucu telah berangkat pulang ke selatan tanah air.. Tiga hari di teratak kami, membuatkan rindu dendam  saya pada mereka bertiga sedikit terubat. Walau cuma cuti hujung minggu mereka gagahi juga datang untuk berkumpul miski menempuh perjalanan jauh dan melayani kerenah anak-anak yang masih kecil -kecil lagi.

             Sebentar tadi saya mengambil sehelai baju suami yang tersedia tergantung dalam almari beliau. Walau hampir setahun dia pergi meninggalkan kami, tetapi baju/kain tetap diguna setiap hari ..

              Tiba-tiba teringat cucu sulung kami yang sedang mengasah bakat untuk bercakap dan bercerita menegur saya saat saya mengambil baju suami dari almari. :
" Ninda, asyik pakai baju to'ki je " sambil mengerut dahi..


             Tajam sungguh pemerhatian nya. Padahal 3 hari disini bukan lah lama. Ninda dia cuma pakai baju to'ki waktu tertentu sahaja. Yang pasti hanya didalam rumah.

             Tidak sabar menanti mereka datang lagi dan melayan keletah mereka dan menanti seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami yang bakal lahir .


              Suami ku..
Rendang kasih mu.. yang telah memayungi kami selama ini , moga Allah Azawajalla memberkati dan melimpahkan pahala Nya buat mu sebagai ganjaran Nya.


               Senja  telah berlabuh.. hari pun turut bertukar...
Share:

Friday, November 17, 2017

Menghitung hari

      Sepuluh purnama tanpa dia Saya masih belajar untuk kuat dan tabah untuk meneruskan hidup ini. Jalani segala macam tanpa dia disisi. Alhamdulillah, saya sudah bolih uruskan rumahtangga sendirian. Sekurang-kurangnya masa saya terisi sedikit. Jika dahulu semua pekerjaan rumahtangga , anak-anak kami yang uruskan. Makan pakai saya semua nya tersedia dengan baik .

       Saya sudah bolih menjahit sekarang. Teringat saya masa dia ada, dialah yang bersungguh menyuruh saya buatkan kelengkapan untuk menyambut cucu sulung kami. Sekarang cucu kami sudah tiga orang. Dia tidak sempat lihat cucu kami yang ketiga. Niat kami untuk melawat anak cucu kami tidak kesampaian pada hari kejadian itu.. hari dia dijemput pergi ke negeri yang kekal.. Masa itu anak kami hamil cucu ketiga !!!.

         Beberapa minggu lepas saya telah siapkan jahitan untuk cucu kami yang keempat. Anak sulung dari putri bongsu kami...  Alhamdulillah, Allah Azawajalla beri saya kesembuhan dan saya sudah bolih menggunting dan menjahit walau tidak sekemas dahulu jahitan saya, namun  kepuasan  dapat dirasai bila saya dapat teruskan apa yang dia suka..

          Mereka kata : " kena redho apa yang sudah terjadi"

           Redho.. mana mungkin saya tidak redho dan iklas apa yang tertulis dalam perjalanan hidup saya ini. Termasuk tiba-tiba dia hilang dari pandangan mata kami.. Sungguh! Saya redho.

          REDHO BUKAN BERERTI TERUS MELUPAKAN . :(







   

       

Share: