Thursday, November 20, 2014

Setelah hujan


Assalamualaikum.

Telah seminggu bumi Dungun ditimpa hujan. Petang tadi telah berhenti nampaknya... Saya ambil kesempatan turun ke tanah untuk lihat tanaman. Dah lama rasanya tidak di jenguk. Arnab pun sehari sekali saya tambah makanan mereka. Kesian sungguh bila mereka kunyah makanan laju-laju....






lihat lah pokok selasih saya. Dah terlampau lama dalam pasu.. hidup segan mati tak mau nampak nya... Selepas musim hujan nanti ingin semai semula... Insyaallah..  Pokok yang berbelit di pagar ini saya ambil benih nya dirumah kawan lama kami di Pahang ( Lepar ). Saya cucuk beberapa keratan, tapi cuma hidup dua keratan sahaja. Namun, sekarang, subur nampak nya...Cari maklumat tentang tumbuhan ini.. ini lah nama sebenar pokok yang berbelit dan sangat pahit diatas :

Nama : Patawali/Putarwali
Nama lain: Akar Seruntun /Brotawali/Batang Wali





Ditepi pohon pisang diatas ada sepohon malberi. Tinggi nya hampir nak menyamai pokok pisang yang sedang berbuah. Namun yang sedih nya tidak berbuah-buah hingga sekarang. semasa pohon kecil dan didalam pasu pernah berbuah walau tidak banyak.. Telah setahun di alih ke tanah, pohon menjadi besar dan tidak pernah meengeluarkan bunga lagi. Nampak nya saya cuma menafaatkan pucuk-pucuk yang masih lembut untuk cicah sambal belacan... sedap !!!. Kalau ada petua untuk pohon malberi saya ini berbuah, alangkah bagus nya.Lihat lah daun-daun pisang yang dah kering, belum sempat di buang lagi... 




Tiga tandan pisang sedang berbuah. Harap-harap pisang-pisang tersebut tidak masak serentak . Pohon mangga pun sedang lebat berbuah tetapi yang jatuh ketanah pun hampir sama dengan yang diatas pokok. Mungkin tiada rezeki kali ini. Insyaallah lain kali bolih merasa buah nya yang manis. Saya tidak tahu buah mangga ini dari baka apa. Jika masak diatas pokok dan tiada serangan kumbang buah, berat buah nya bolih mencecah 1 kg lebih. Yang muda pun tidak masam seperti yang  kita selalu makan... Nak kutip buah-buah yang jatuh untuk buat 'juruk mangga asam boi' pun tidak berapa sesuai, kerana masih putik sangat...  Mudah- mudah an musim hujan kali ini tidak merosakkan pohon serai  saya seperti tahun-tahun yang lalu.... Apa pun saya redho.. kerana selepas musim hujan, tanam lagi...  :)



حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا أبو عوانة ح وحدثني عبد الرحمن بن المبارك حدثنا أبو عوانة عن قتادة عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال ) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا فيأكل منه طير أو إنسان أو بهيمة إلا كان له به صدقة(

Maksudnya: Dari Qatadah dari Anas r.a, dia berkata , ‘ Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman atau menumbuhkan tumbuhan lalu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan ternak melainkan hal itu menjadi sedekah baginya.”
( al-Bukhari, kitab muzara’ah, bab Keutamaan Menumbuhkan dan menanam tanaman apabila sebahagiannya dimakan, no. 2320)




Share:

2 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Puan,

Jika masak tiga tanda sekali pun tak apa. Sedekah kan pada seseorang. In syaa Allah ada ganjaran di sisi Allah swt.

is3zul said...

Assalamualaikum
Sdr Pak Mail,

biasa nya begitu lah. Sebab kami tidak ramai dlm rumah ni... sesisir dua telah memadai.. Mudah2an Pak Mail...