Assalamualaikum
Hari ini baru bertenaga semula untuk menulis sesuatu di dada Bakawali-dkey .... lima bulan terbiar sepi tanpa coretan. Petang tadi duduk di kerusi kegemaran saya sambil melihat kiriman lama dan gambar cucu pertama kami, tiba-tiba ada sesuatu yang berat ingin tumpah dari kelopak mata ini. Rindu kah itu ? Saya rasa bukan... malah lebih dari itu.. Tapi apakah. perasaan yang sedang menyelinap di ruang dada ini..
Setiap hari pasti ada foto dan rakaman vidio serta khabar yang di hantar olih anak kami.... seolah-olah Delisha Shakirah berada dihadapan kami walau kami tidak dapat menyentuh dan jauh sekali untuk merangkul nya... Esok, genaplah umur Shakirah lima bulan.
Bila buka email...... terlihat masej pertama yang saya hantar pada Shakirah. Email yg di'cipta' olih bonda Shakirah.. Tiba-tiba air mata tumpah tanpa saya sadari... Apakah saat Shakirah sudah mula pandai membaca email nanti, saya masih ada disini.. untuk membalas email-email dari nya....
(terdapat ejaan yang salah... Harap Shakirah tak kerut dahi nanti.. )
( ini email yang seterusnya..... )
Dan
Di luar hujan pun semakin lebat......
مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya ."
2 comments:
Puan,
Assalamualaikom. Nak taip nama Puan pun dah lupa. Maklumlah lama juga tiada khabar berita. Kalau masih ada fb boleh juga tahu perkembangan.Tapi fb saya pun dah lama tutup akaun.
Apa pun rasanya masih tidak terlambat untuk ucapkan tahniah kerana dikurniakan cucu pertama. Semuga sihat hendaknya bersama seisi keluarga.
Wa'alaikumussalam, Saudara Pak Mail.
Oh ya ke, patut x keluar kisah Pak Mail lewat fb..
Terima kasih Pak Mail diatas ucapan dan doa nya.Mudah2an Pak Mail seluarga juga didalam sihat sejahtera hendak nya.
Post a Comment