Assalamualaikum..
Sudah lama tidak conteng-conteng.. Kebelakangan ini saya jarang dapat duduk untuk menulis. Hari ini ingin menulis sesuatu didada BAKAWALi ... Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan berita kenakalan remaja yang masih bersekolah.. Masaalah buli ada dimana-mana. Ada yang diketahui ramai dan sudah tentu masih yang disorokan dari pengetahuan umum.. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasaalah , bersabarlah. Cuba cari jalan agar keadaan anak-anak dapat diselamatkan. Buat ibu bapa yang merasa anak-anak mereka sempurna akhlak dan pendidikan pula, jangan sewenang-wenang menuding jari dan mengata nista . Ingatlah langit tidak selalu cerah, dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara..
Disini ingin saya nukilkan sesuatu buat anak-anak yang sudah 'tergelincir' dan semoga Allah membuka dan memberi hidayah kepada mereka.
Berapa lama lagikah nur iman akan terpancar di wajah mu
Atau akan terus hanyut berkejar dengan waktu dan tiada hala tuju ......?
Kala bibir orang tua mu melafaskan kalimah terakhir...
Akan sempatkah melihat wajah kamu dibasahi wudhuk yang dingin dan melihat dahi kamu di sejadah ?
Wisil penamat hampir tiba.. saat mereka rebah kebumi kian menghampiri.
Andai tiba saat itu nanti, bisakah kamu membuatkan orang tua kamu tersenyum dan merapatkan mata dengan tenang ?
Linangan dan deraian air mata penyesalan apakan masih berguna lagi saat itu ?
Insaflah sebelum terlambat.
2 comments:
Puan Bakawali,
Disamping kesedaran anak-anak itu sendiri untuk merubah kepada kebaikan ibubapa juga berperanan besar dalam menasihati mereka. Ibu bapa berperanan menasihati anak-anak dari kecil sehingga walaupun mereka telah bergelar datuk atau nenek. Hanya tatacara dalam menasihati itu perlu berhikmah. Saya masih mempunyai ayah yang telah lanjut usia. Adakala pada usia begini saya masih dinasihati. Sebagai manusia kita tidak sunyi dari melakukan khilaf.
Allahu'alam
Saudara Pak Mail.
saya sangat bersetuju diatas apa yang saudara Pak Mail nukilkan. Memang ada kebenaran nya. Saya walau sudah separuh abad... masih lagi ingin mendengar suara emak jika didalam keadaan tertekan maupun sakit pening... Walau seringkali semasa menghubungi nya lewat talipun, saya tidak mengadu masaalah yang saya tanggung... tetapi apabila mendengar sahaja suara beliau.. masaalah lari beribu batu..... Allah Maha Agung !!!
Post a Comment