Tuesday, June 5, 2012

Alhamdulillah, saya masih bernafas....

Assaalamualaikum, lama dah tak menulis. Masa masih 24 jam sehari...tidak cepat walau seminit maupun sebalik nya. Jadual harian macam biasa sahaja dari subuh hari menjelang tengah malam, selalunya saya buat perkara yg sama... cuma kadang-kadang jadual bertukar sedikit bila berpegian atau ada tetamu yang datang menziarahi...  

Kebelakangan ini dada selalu berdebar-debar tidak tentu pasal. Ada kalanya sedang duduk-duduk santai , tiba-tiba tangan menjadi seram sejuk, dada berdebar-debar dan ada ketika jari-jari tangan tidak bolih digenggam. Apakah ini ada lah perkara biasa bagi orang lain juga bila usia hampir mencecah setengah abad... 
(Jika diizinkan Allah... beberapa hari lagi jejak lah keangka 50 tahun...) Saya tidak peduli semua itu... yang penting, banyak perkara penting dijadualkan akan berlaku pada tahun ini.. Semoga Allah izinkan saya berada disetiap suasana yang sangat bermakna tersebut. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah berikan kesihatan dan kuatkan semangat saya untuk menjalani detik-detik tersebut, agar  menjadi ingatan di hari mendatang.... Selepas semua perkara yang telah kami rancangkan selesai.. Insyaallah , saya akan uruskan tentang apa yang sepatut nya tentang diri saya pula. Harap segala yang saya tangguhkan tentang diri saya tersebut tidak akan menjadi suatu perkara yang 'sudah terlambat'.....
Share:

4 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

bakawali,

Pertama-tama saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun yang ke setengan abad. Semuga puan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt dan berbahagia di samping seisi sekeluarga tersayang.

Saya juga berdoa semuga puan memperoleh kesihatan dan kekuatan rohani dan badani yang berpanjangan. Insya'Allah.

is3zul said...

Pak Mail.

Terima kasih tuan diatas doa nya.Saya pun sentiasa mengharapkan jika ada yg tersisa usia ini biarlah usia yang diberkati.

Qaseh Bonda said...

Salam Bakawali,

Lama xjengah blog lalu terlepas pandang pada situasi teman d alam maya.

Syukur Bakawali menulis lagi. Usah dfikirkan tentang usia. Limapuluhan adalah usia indah kita. Saat kita menuai setelah banyak tanaman sudah disemai.

Sakit itu nikmat untuk kita berada lebih dekat. Ujian yg kita hadapi adakalanya lebih mudah berbanding mereka yg jauh lebih parah.

Saya juga d uji dengan susah payah, kehilangan ibu tersayang saat menempuh sukar, sakit sehingga lumpuh sebelah badan.

Segalanya dtempuh bersama kasih sayang suami dan anak2.

Alhamdulillah ketika usia merangkak senja,saya sudah boleh berjalan semula tapi masih belum sempurna langkahnya. Segalanya dterima dengan redha. Saya yakin Allah uji seseorang mengikut kemampuannya kerana Dia yg menciptakan kita. Hanya Dia yg tahu sejauhmana kemampuan hambaNya.

Selamat meniti usia emas kita dengan menulis tanda bahagia.

Syukur kita masih punya waktu bercucuk tanam, membuka ladang,membina istana d alam akhirat.

is3zul said...

Qaseh Bonda,

Terima kasih atas kunjungan dan kata peransang dari puan. Benarlah ketabahan kita sebagai isteri dan ibu...tidak dapat dinafikan, suami dan anak-anak adalah tunjang utama untuk kita terus menghela langkah walau tidak segagah dulu.... Bertuah puan punya keluarga yg bbegitu cakna dengan keadaan puan. Saya juga mendoakan agar puan sihat seperti sediakala dalam usaha membentuk keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah."