Jumpa lagi....
hari ini dapat buat sedikit catatan...
dah beberapa hari berlalu tanpa berbuat apa-apa....
Berkemas pakaian kotor dan barang-barang keperluan semasa menemani anak ke Kedah tempoh hari.....
kenangan semasa disana datang lagi.
Letih memang masih terasa tetapi bila dapat tunaikan hasrat untuk bersama-sama raikan angah, Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa kesulitan...
hari ini dapat buat sedikit catatan...
dah beberapa hari berlalu tanpa berbuat apa-apa....
Berkemas pakaian kotor dan barang-barang keperluan semasa menemani anak ke Kedah tempoh hari.....
kenangan semasa disana datang lagi.
Letih memang masih terasa tetapi bila dapat tunaikan hasrat untuk bersama-sama raikan angah, Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa kesulitan...

Semasa di rumah tumpangan yang sangat jauh dari pekan...
dalam kebun getah lagi...
tak tau apa nak buat....
kebetulan di tempat rehat terjumpa 'Koleksi Pantun Melayu'.
MEMANG JARANG KITA JUMPA....
Jadi...
Mari sama-sama kita hayati..
Kalau hati merajuk panjang,
Biar dipujuk biar disayang
Tidaklah tunduk dipujuk rayu;
Kalau ku tahu perit berdagang
Kerana dipangku dagang terbuang
Tidak ku ikut hati melulu.
[Nada Minggu, 14 Disember 1980]
Terbang tiung ke tanah seberang,
Terawang-awang di atas kayangan,
Entah sampai entah tidak;
Mengadu untung dirantau orang,
Tidur malam berbantal lengan,
Entah makan entah tidak.
[Pantun Melayu Sastera Rakyat hlm. 61]
Pokok rotan jangan dipotong,
Rotan tumbuh di hutan seberang,
Berbuah tidak berbunga tidak;
Menangislah dagang mengenangkan untung,
Badan tercampak di rantau orang,
Beremak tidak berbapak tidak.
[Pantun Melayu Sastera Rakyat hlm. 61]
Sarang merbah dicelah dahan,
Tempat punai bermain disitu,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tempah dari tanah seberang;
Bersyukurlah aku pada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
[Pantun Melayu (AB) hlm. 18-19]
Korek perigi di parit seberang
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada sahabat tempat berunding,
Pandai-paindailah membawa diri.
[Dewan Bahasa, 2:12 Dis.1958 hlm.590]
Buah embacang masak serangkai,
Burung di kota meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
[Alam Puisi Melayu hlm. 11]
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkisar tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.
Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengirai tuah;
Jikalau hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.
Orang berguru di hutan Baling,
Mati rusa di Kampung Jawa;
Laksa duri dalam daging,
Bila tersentuh terasa jua.
Kemumu dalam semak,
Jatuh melayang setara;
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.
[Pantun Melayu (BP) hlm. 252]
Asamnya kandis asam gelugur,
Ketiga dengan asam remunia;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak kembali ke dalam dunia.
[Dewan Bahasa 3:1 Januari 1959 hlm. 647]
Malas hamba menyelam bubu,
Takut terpijak binatang berbisa;
Orang malas menuntut ilmu,
Di akhirat kelak badan binasa.
[Mastika, Disember 1956 hlm. 39]
Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
[Pantun Melayu (BP) hlm.30]
Hehehe.... masih banyak lagi pantun2 yang tak sempat disalin.
leka membaca sampai tertidur..
Dalam perjalanan pulang ke Dungun, singgah sebentar di rumah kakak sepupu di Sungai Petani.
Wah ! Memang terubat rindu pada Kak nab sekeluarga. Dah 2 orang cucu, baru dapat jumpa semula..
Namun keramahan kak Nab masih seperti dahulu... Siap masak makan tengahari lagi untuk kami 6 orang...
masakannya memang terangkat!!!. Masak Lomak Cili Api Ayam kampung kak Nab memang ada kelas!!!!.
Di bawah ini serangkap pantun buat Kak Nab sekeluarga....
Jauh sungguh pergi mandi,
Maksud hati hendak bertapa;
Berat sungguh menanggung budi,
Seribu tahun memang tak lupa
[Selindung Bulan Kedah Tua hlm.61]
Sampai di rumah lebih kurang jam 10.30 malam...
2 comments:
MENARIKNYA PANTUN NIH.. MINTA IZIN COPY DAN PASTE YER...
Silakan Ummuafiq...saya pun salin org punya juga..
Post a Comment