Thursday, January 6, 2011

Mari berpuisi...

Assalamualaikum..

Hujan masih lagi tidak berhenti. Sejuk bukan main lagi malam ni. Berselimut tebal pun x bolih memanaskan badan.. Bagaimana dengan anak ibu kat Sana'a... angah di utara pun mengadu kesejukan.. nasib air di pili tidak beku.. Tiada apa nak buat malam ini. Kehulu kehilir serba tak kena. Kain-kain yang diambil dari ampaian pun telah selamat dilipat...(Malas betul kalau lipat kain yang tak garing.... macam ikan goreng la pulak..) Masuk kamar angah tadi jumpa pula sebuah buku. Mari kita kongsi puisi yang sangat berharga ini... dan semoga dapat dihayati..


Impian Seorang Seniman



Sekiranya aku masih hidup
sepuluh tahun dari sekarang
kita akan bertemu jua
setelah sekian tahun lebih tua.

Sekiranya kita tidak mati
dua puluh tahun dari sekarang
kita akan hidup
dalam Rancangan Malaysia keberapa
dan Usman Awang barangkali sudah bersemadi
di Makam Pahlawan Negara
atau membaca fatihah dipusara sahabatnya.

Sekiranya umur kita panjang
tulisan-tulisan kita akan mahal harganya
sebuah cerpin bolih beli sebuah kereta
sebuah novel bolih beli sebuah rumah
sebuah sajak bolih menggoncang satu kuasa
tetapi sekiranya kita akan mati
esok,lusa atau hari ini nanti
dan bahasa ibunda tidak laku
itu bukan salah kita
itu adalah urusan orang didunia
yang terlalu bodoh menguruskan maruah nya.


Baha Zain -6 Nov 1982.
Share:

0 comments: