Saturday, August 18, 2018
Saturday, August 4, 2018
Tiang Agama
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Wahai Tuhan Ku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. "
Aamiin...
Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia? Beliau bersabda: “Solat pada waktunya”, aku berkata: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Berbakti kepada kedua orang tua”, dan aku berkata: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, niscaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih)
Thursday, August 2, 2018
Tuesday, June 19, 2018
Friday, April 6, 2018
Lepaskan segala resah!!
Petang tadi,pusing-pusing keliling kampung. Lihat keindahan kampung waktu menjelang senja. Kebetulan angah pelawa jalan-jalan keliling kampung tanpa tujuan... Setiap lorong diselusuri. Penat lalu hadapan rumah orang, pergi pula tepi pantai. Selepas minum , pusing-pusing lagi. Kali ini naik jambatan. Ikut sahajalah, kebetulan cuaca tidak hujan .
Sudah lama ingin berdiri atas jambatan dan lihat panorama disini. Air sungai seperti berhenti mengalir...Memandang jauh nun dibawah sana.
Mari kita melatih minda kita untuk menjadi bahagia dan bebas bebanan fikiran
dalam semua keadaan.
Mashaa Allah.. Tabarakallah.
Tuesday, March 20, 2018
Rindu
Assalamualaikum.
Sudah 4 hari Izzah berangkat pulang bersama ayahibu. Nenda terdengar dengar suara tangis mu dan terbayang raut wajah mu,sentiasa dihadapan mata nenda.
Lebih-lebih lagi rindu pada 3 lagi cucuanda yang telah sedia terlebih dahulu menetap didalam ingatan nenda. Ah.. pelik sungguh rasa rindu ini pada hal tidak sampai seminggu berpisah dengan Izzah. Shakirah,Syaqir dan Syazwan pun baru bulan lepas kita bersama.
Lewat pagi tadi ingat nak turun ke tanah untuk buang/kemaskan apa yang patut di halaman dan pagar yang telah mula di panjat rumput liar untuk mengisi masa senggang. Buka pintu dapur,terus batalkan niat. Pancaran yang sangat terang dan berbahang...
Ampun kan hamba Ya Robb. Kerana mengeluh dan gelisah dengan bahang yg sedikit ini . Bagaimana nanti jika terus terhumban kedalam api yang menyala dan bolih mencair kan besi dan mengelegakkan otak...? Lindungi kami dari rasa tidak cukup dan resah gelisah Wahai Robb.
Masuk semula kedalam bilik,buka semula ikatan langsir . Bila gelap dan tiada banyak cahaya yang menembusi tingkap baru airmata berhenti keluar. Eh..air mata keluar bukan sebab sedih, rindu atau sebagai nya.. jangan fikir yang bukan-bukan, kawan..hmmm.

Kebelakangan ini air mata seringkali keluar tanpa sebab. Untuk melihat keluar pun terpaksa kecilkan mata. Ada kala terpaksa guna kacamata hitam didalam rumah bila kepala rasa sakit bukan kepalang dan air mata keluar deras. Syukurlah sehari dua ini sakit kepala tidak menyerang lagi. Alhamdulillah.
Pakaian juga terpaksa dijemur bawah teduhan atap. Sementara fikir apa juadah untuk kami bertiga kongsi , sempat saya belek-belek talipun tangan dan lihat apa yang patut.
Kenangan masa silam datang lagi. Sesekali senyum seorang diri bila sahabat atau ahli yang lain cuba mengimbau kenangan lalu semasa kami berkhidmat. Namun banyak dari kenangan tersebut sedikit pun tidak melekat dalam ingatan. Berkali-kali cuba saya imbau kembali.. gagal lagi. Jadi, apa saja yang masih terlekat dalam ingatan ini? Mungkin kenangan yang sedikit itu sudah memadai buat saya, barangkali..
Moga Allah AzaWajalla tidak mengambil ingatan saya yang masih berbaki walaupun sedikit ini. Sesekali rasa rindu pada sahabat-sahabat yang sama-sama berpanas di padang kawad dan beratur membawa pinggan untuk mengisi perut, didewan makan.. tiba-tiba nama-nama kalian satu-satu keluar dari mulut saya.. dada jadi sebak bila ada dari kalian telah pergi mendahului saya.. Moga roh mu ditempatkan bersama roh-roh yang Allah telah janjikan Syurga_Nya.
Aamiin...
Wednesday, February 14, 2018
pancaran sinar _Mu
Assalamualaikum
Pagi yang redup.
Dingin yang mencengkam. Izzah baru lena setelah terjaga dari tidur jam tiga pagi. Lepas bersarapan terasa mengantuk pula. Kalau capai bantal dan baring sebelah Izzah pun bagus juga ni..
Mana mungkin..
Duduk dengan mata lepas memandang terus kehalaman yg terbentang, teringat pula dengan cucunda yang tiga orang lagi. Terbayang Shakirah memetik kuntum-kuntun exora yang merah menyala. Itu lah permainan kegemaran dia. Memetik kuntum-kuntum yang berupa bintang-bintang kecil dan menyambungnya menjadi kalung. Terlonjak-lonjak dia gembira. "Nenda, tengok bintang Disha banyak !". Adik dia yang dua orang lagi lebih memilih bersama ibu mereka. Kadang-kadang Syaqir tarik tangan ayah Ngah ke motosikal usang peninggalan To'Ki.. Ajak Ayah Ngah pusing-pusing keliling kampung..
Sedikit masa lagi bila semua cucu nenda berkumpul entah bagaimana riuh dan seronok nya mereka bermain. Dunia kanak-kanak sangat indah. Mereka tidak fikir bahaya atau apa sahaja kemungkinan akan berlaku. Akan meneroka mengikut citarasa sendiri. Sungguh indah!!!
Semoga kesemua cucu nenda menjadi anak yang baik menurut kata ibu ayah serta kelak taat pada perintah Allah Azawajalla.
Baiklah, simpan dahulu semua kenangan, kepasar dahulu cari apa yang patut. Izzah tidor lama sedikit ye. Kasihan ibu, nanti bangun tidur ibu mandikan .
Tuesday, February 6, 2018
Auni Izzah..
Assalamualaikum.
Izzah, sudah larut malam saat Izzah terjaga dari tidur tadi . Izzah bergerak- gerak dalam dakapan nenda. Ketika nenda tepuk perlahan punggung kecil Izzah agar Izzah lena kembali. Izzah mendongak sambil merengek kecil. Kuat betul Izzah berjaga malam ye. Bila nenda letak kembali di atas tilam dan periksa lampin pakai buang.. Oh, patut lah Izzah bangun. Selesai nenda menukar lampin, sua botol susu yang telah direndam dengan air panas hasil perahan ibu. Selesai menyusu, Izzah tersenyum memandang muka ninda. Ya Robb, terang semula mata nenda izzah. Temankan nenda tidur lagi malam ini ya..
Sekarang Izzah telah tidur semula. Sebentar tadi ibu Izzah datang menjenguk. Ayah ngah baru sahaja keluar bilik sambil intai samaada Izzah berjaga ... Sekarang Ayah long pula bertanya Izzah menyusu pukul berapa tadi sambil membetulkan selimut Izzah.
Bila mata tidak bolih dipejam, keadaan sunyi ini teringat cucu -cucu ninda yang tiga orang lagi nun jauh disana. Teringat keletah sepupu Izzah yang di kongsi olih ibu saudara Izzah siang tadi. Setiap hari rindu semakin bertambah..tiada ukuran yang bisa dibandingkan sebesar mana kasih itu.. Kisah setahun yang lalu juga berputar dalam ingatan. Nenda buka sedikit catatan yang nenda kongsi setahun yang lalu. Sebak bukan kepalang.. Rindu ? Allah sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu nenda ini.
Izzah...sudah lebih setahun To'Ki pergi meninggal kan kita semua. Pergi tanpa sempat menatap wajah Izzah dan Abang Dayyan..
Dah sekarang Izzah telah pun lena. Nenda pun akan cuba baring dan tidur..

Thursday, December 14, 2017
Jemput-Jemput Nasi +Bilis
Assalamualaikum.
Olih kerana ruangan resepi (dari dapur8549) mengalami sedikit masaalah, hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat mudah kita buat. Bila dah tidak tahu nak masak apa untuk sarapan, sekali sekala saya akan buat Jemput- jemput Nasi+bilis ini..
Resepi ini saya terima dari sahabat saya . Terima kasih Gee.. semoga setiap kali saya menyediakan untuk keluarga saya, dan jika ada yang sudi menafaatkan resepi ini, pahalanya akan mengalir buat mu.
Aamiin.
JEMPUT-JEMPUT NASI IKAN BILIS
Bahan2nya:
2 cawan nasi
2cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis yg telah dibersihkan - tumbuk sedikit
Daun saderi - diracik
Daun bawang-diracik
Bawang merah -5 ulas - dimayang halus
1biji- telur
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng
Cara:
1-Mesen nasi dgn sedikit air. Jgn terlampau halus.
2- Tuang kedalam bekas yang berisi tepung gandum dan bahan2 yg di racik dan dimayang..
3- Letak telur dan garam. Gaul rata dan letak air sedikit sedikit,sehingga bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4- Siap untuk di goreng.
#Ikan bilis bolih diganti dengan udang basah atau udang geragau/udang baring.
(Pastikan garing diluar dan bersarang di dalam)
Selamat mencuba ...
Monday, December 11, 2017
Senja dan kenangan
Hari dah merangkak senja. Masa ini lah biasanya rindu bertandang paling kemuncak. Waktu sebegini lah selalu perasaan paling syahdu. Teringat hampir semua perkara yg telah lalu. Berpusu-pusu kenangan datang silih berganti.
Kelmarin anak dan menantu serta cucu-cucu telah berangkat pulang ke selatan tanah air.. Tiga hari di teratak kami, membuatkan rindu dendam saya pada mereka bertiga sedikit terubat. Walau cuma cuti hujung minggu mereka gagahi juga datang untuk berkumpul miski menempuh perjalanan jauh dan melayani kerenah anak-anak yang masih kecil -kecil lagi.
Sebentar tadi saya mengambil sehelai baju suami yang tersedia tergantung dalam almari beliau. Walau hampir setahun dia pergi meninggalkan kami, tetapi baju/kain tetap diguna setiap hari ..
Tiba-tiba teringat cucu sulung kami yang sedang mengasah bakat untuk bercakap dan bercerita menegur saya saat saya mengambil baju suami dari almari. :
" Ninda, asyik pakai baju to'ki je " sambil mengerut dahi..
Tajam sungguh pemerhatian nya. Padahal 3 hari disini bukan lah lama. Ninda dia cuma pakai baju to'ki waktu tertentu sahaja. Yang pasti hanya didalam rumah.
Tidak sabar menanti mereka datang lagi dan melayan keletah mereka dan menanti seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami yang bakal lahir .
Suami ku..
Rendang kasih mu.. yang telah memayungi kami selama ini , moga Allah Azawajalla memberkati dan melimpahkan pahala Nya buat mu sebagai ganjaran Nya.
Senja telah berlabuh.. hari pun turut bertukar...
Friday, November 17, 2017
Menghitung hari
Sepuluh purnama tanpa dia Saya masih belajar untuk kuat dan tabah untuk meneruskan hidup ini. Jalani segala macam tanpa dia disisi. Alhamdulillah, saya sudah bolih uruskan rumahtangga sendirian. Sekurang-kurangnya masa saya terisi sedikit. Jika dahulu semua pekerjaan rumahtangga , anak-anak kami yang uruskan. Makan pakai saya semua nya tersedia dengan baik .
Saya sudah bolih menjahit sekarang. Teringat saya masa dia ada, dialah yang bersungguh menyuruh saya buatkan kelengkapan untuk menyambut cucu sulung kami. Sekarang cucu kami sudah tiga orang. Dia tidak sempat lihat cucu kami yang ketiga. Niat kami untuk melawat anak cucu kami tidak kesampaian pada hari kejadian itu.. hari dia dijemput pergi ke negeri yang kekal.. Masa itu anak kami hamil cucu ketiga !!!.
Beberapa minggu lepas saya telah siapkan jahitan untuk cucu kami yang keempat. Anak sulung dari putri bongsu kami... Alhamdulillah, Allah Azawajalla beri saya kesembuhan dan saya sudah bolih menggunting dan menjahit walau tidak sekemas dahulu jahitan saya, namun kepuasan dapat dirasai bila saya dapat teruskan apa yang dia suka..
Mereka kata : " kena redho apa yang sudah terjadi"
Redho.. mana mungkin saya tidak redho dan iklas apa yang tertulis dalam perjalanan hidup saya ini. Termasuk tiba-tiba dia hilang dari pandangan mata kami.. Sungguh! Saya redho.
REDHO BUKAN BERERTI TERUS MELUPAKAN . :(

Wednesday, October 11, 2017
Pergi tak kembali ii
Ada ketika..
Teringat insan-insan
yang saya kenali, sayangi dan
yang ada pertalian darah telah pergi mendahului saya.
Satu persatu kenangan silih berganti. Kenangan dan kata-kata
yang masih tersimpan di dalam memori.
Wahai jiwa-jiwa yg tenang
Moga pulang mu
kepada Tuhan mu dengan hati yg redho...
Ya Rabb..
tuntun lah aku .
Agar sentiasa dilandasan yg betul.
Hingga saat terakhir itu.

Monday, October 9, 2017
Pendam
Ingin mencoret lagi
Namun tidak tahu harus mula dari mana dan apa yang akan saya luah kan terlebih dahulu.
Sedangkan
Bagai sebukit khazanah yang terpendam di lubuk hati ini, harus saya muntahkan. Namun masih tersangkut di kerongkog.
Terpaksa saya lumatkan halus-halus dan cuba untuk menelannya, namun masih tidak mampu. Masih tersekat di ruang pernafasan...
Monday, August 14, 2017
Dia..
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya ."
Hujan masih belum berhenti. Walau tidak selebat tadi, namun sejuk dan ngilu ditimpa hujan semasa dlm perjalanan tadi masih terasa. Hujan yg membasahi tubuh kami mengimbau seribu satu kenangan dengan 'DIA'. Dia yang telah banyak mencorakkan hidup saya. Lebih dari separuh usia, saya kongsi bersama. Susah senang dan segala- galanya.. !
Subuh tadi, bangun dari tidur saya rasa tangan yang masih ada benang jahitan, semakin surut bengkak nya. Alhamduliĺlah, bolih lah tolong anak bereskan kerja- kerja rumah mana yang mampu dengan kekuatan tangan yang sebelah lagi. Lebih-lebih lagi anak sulung kelihatan tidak berapa sihat. Selepas subuh dia terbaring diruang tamu, "malam tidak dapat tidur"; kata nya. Saya ambil bantal dan cuba baring disebelah, namun mata tidak bolih dipejamkan.
Perlahan-lahan kedapur, cari apa yang ada.
Sementara semua senyap, keluarkan ikan dari peti sejuk. Ingat nak cuba masak hari ini. Cili telah along mesin malam tadi. Bawang pun ada yang dah berkupas. Pagi ini buat sarapan sendiri. Biasanya angah yang beli..
Hari masih pagi sangat lagi. Masih ada masa untuk lap apa yang patut. Sudah lama tidak bersihkan rak untuk simpan keperluan memasak atau rempah ratus. Tiba- tiba degup jantung semakin kencang..
Air mata semakin deras. Mata tertumpu pada botol2 kecil yang sedikit berselerak di tempat nya. Saya ambil, bersihkan satu persatu.. Masih terdengar- dengar suara DIA menyuruh saya membeli rempah-rempah untuk menumis dan sebagainya. Satu persatu DIA sebut. Entah masa bila DIA menaip nama-nama barang untuk ditampal di botol-botol yang comel.
Botol-botol yang saya kumpul dari cenderahati pengantin baru.. Awal tahun semuanya telah siap bertampal. Walau isi botol telah banyak berkurang, namun ingatan dan nama DIA tetap mengekori saya dimana sahaja saya berada didalam rumah ini.. Semua!Semua yang ada didalam rumah ini terukir nama DIA.
"Ibu! Ibu buat apa tu?" Tiba-tiba angah terpacul dari bilik. Lantas saya terus menjawab ; " ibu ingat nak masak tadi, tapi tak jadi pulak. Simpan semula ikan tu ye"
"Tak payah masak, nanti beli je" ; jawab nya. Terus menuang air kedalam cawan..
Setelah makan tengahari dan selesai menunaikan kewajiban, saya ajak angah ambil angin di pantai. "Siap lah.." ; katanya.
"Ibu teringin sangat nak minum air kelapa yang segar ..yang tak ada air batu...ada isi kelapa yang sedap..bolih tak?"
"Nanti bolih cari" jawab nya sambil memakai baju.
Sampai di tepi pantai, kami berhenti digerai yang banyak kelapa muda.. Air liur ditelan bagai terasa enak nya air tersebut. Kali terakhir saya minum air kelapa semasa perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Dungun.. minum bersama DIA dan angah.. masa tersebut hujan sangat lebat. Sambil makan mee goreng, ikan dan udang celup tepung.. Ah! Kenangan itu..
Peniaga -"Minum apa?"
Anak - " Kelapa muda 2 biji, satu letak ais, satu tak nak"
Peniaga- " Ehh... bolih minum air nyor ke? Bisa! Org patah tak bolih minum"
Saya-" Tak bolih ke...".:'(
Peniaga- " Org kata lah.. air nyor bisa.. klu nak juga, saya buat"
Anak -." Ok.. air lain, ibu nak air apa? "
Saya - " Teh tarik..." sambil telan air liur ..
Dalam perjalanan pulang, singgah beli ikan segar di tepi pantai dan sedikit sayur. Langit nampak sedikit gelap, tapi angah singgah dahulu di bengkel kereta untuk pastikan samaada kereta sudah dibaiki atau belum. Saya biarkan dia berborak dengan tuan bengkel sekejap dan teruskan merempit kami..
Belum separuh perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Tiada tempat berhenti yang sesuai.
Anak - " Ibu..ibu basah tak? Ibu.. basah tak? Tutup cermin topi keledar.bu.."
Saya - " Kau basah, ibu pun basah lah angah.. kalau tak basah... ada karomah ibu ni.. tak basah kena hujan.. he3"
Tiba-tiba, air mata semakin deras.. sederas air hujan membasahi tubuh.. kenangan datang lagi.. Teringat DIA yang selalu basah kuyup dalam mencari rezeki demi 'mencukupi' kami..
Kenangan bersama DIA silih berganti . Setiap ruang dalam teratak kami ini ada cerita yang bersangkutan dengan DIA..
Kenangan tersebut sentiasa segar bersama doa- doa kami.. DIA yang telah pergi mendahului kami.. pergi yang tidak mungkin kembali lagi..
.
Wednesday, July 5, 2017
Janji kita
Bila diri mu telah bergelar suami dan saya bergelar isteri...
Semuanya telah menjadi satu..
Dari saat saya dipersunting disuatu malam bertarikh 26 Nov 1982.. dari saat itu satu ikatan yang direstui olih orang tua kita dan kita sangat berharap sentiasa dalam lindungan Allah Azawajalla. Kita melangkah, bertatih, berjalan, berlari, rebah dan bangun bersama. Kita menyulam impian dan cita-cita bersama.
Dan hari itu.. saat yang telah ditetap olih Maha Pencipta.. kau.. wahai suami ku telah diambil semula setelah dipinjam kan kepada kami buat seketika..
Ampun kan hamba Ya Rabb seandainya tidak mampu meneruskan segala impian dan janji kami.
Berikan pertolongan dan sempurnakan cita-cita kami Ya Allah..
Kerana
Saya tidak kuat !!!
لا حول ولا قوة إلا بالله
Sunday, June 25, 2017
Tarikh ini dalam kenangan
Idul fitri 1438...
Dah menebar kan sinar nya..
Taqobbalallahu minna wa minkum.
Moga bergembira menemui handai taulan dan saudara mara.
Saya tetap menanti disini
Masih belum bolih berjalan menemui saudara -mara dan handai taulan.
Inshaa Allah , dilain ketika.
Kali ini abang saya datang menemani kami.. Alhamdulillah.
anak perempuan bongsu beraya di Kedah dan kakak nya beraya bersama mertua di Espek Ulu Keratung. Selamat bergembira dan beraya anak -anak disamping keluarga. Jangan risaukan keadaan kami. Kekanda - kekandamu ada bersama mengurusi ibu. Alhamdulillah.
Sudah lebih 34 kali beraya bersama mu, suami ..
Kau cukupi keperluan dan gembirakan kami.
Walau adakalanya sehinggakan tidak sempat mencukupi keperluan dirimu sendiri...
Lebaran kali ini...
Walau diri mu telah tiada., saya lihat anak-anakmu berusaha sedaya mungkin melayan saya sebaik nya. Namun saya tahu disudut hati , mereka sangat merindui mu.
Sesungguh nya tarih ini...
Setahun yang lalu dan pada tarikh yang sama setiap tahun kau tidak pernah gagal menulis sesuatu buat ku.. di kad mau pun di dada talipun tangan ku..
Hari ini sepanjang malam saya nantikan
Walau saya tahu mana mungkin akan terjadi.. !!!
Tahun ini dan tahun-tahun seterusnya akan tinggal sejarah tarikh ini..
Dalam meniti hari
ternyata yang bertambah
hanya lah kiraan usia
detik...minit..jam dan hari
silih berganti
*Tidak ada yang lebih aku sesalkan daripada berlalunya satu hari yang mengurangkan usiaku, namun tidak menambah amalanku*
*[ Ibn Mas'ud ra ]*

Wednesday, June 21, 2017
QADARULLAH WA MAA SYA'A FA'AL
Petang rabu yang sayu. Hujan turun mencurah membasahi tanah yang kering kontang .Walau sesekali hujan turun dalam beberapa minggu ini tetapi tidak lah selebat sekarang. Ingin turun di baranda dan lihat longkang sekeliling rumah kami yang sudah sekian lama tidak disental. Apa kan daya keadaan fizikal saya tidak mengizinkan untuk saya buat semua itu. Dua orang anak lelaki kami pun keadaan mereka tidak berapa sehat untuk mereka buat kerja-kerja tersebut. Mudah-mudahan mereka semakin pulih dan kuat untuk teruskan perjalan ini.Tabah untuk hadapi tantangan kehidupan .
Lebaran semakin dekat...
Sudah lebih lima bulan sejak kemalangan saya tidak mampu menguruskan rumah tangga sekehendak hati. Tenaga yg amat terbatas cuma mampu membuat pekerjaan ala kadar sahaja. Namun saya bersyukur Allah masih pinjamkan ingatan dan anggota yang lain yg semakin pulih dari cedera. Allah Azawajalla juga masih meminjamkan usia buat kami yang terlibat dalam kemalangan tersebut walau tunggak keluarga yg sangat kami sayang telah pergi buat selamanya. Pergi... yang tidak akan kembali lagi.. pergi menuju negeri yang kekal .
Lebaran semakin dekat...
Kelmarin kami tiga beranak ke pantai untuk berbuka puasa disana. Sementara menunggu waktu berbuka mata tertumpu kearah lautan yang terbentang luas. Kenangan datang lagi.. air mata hampir tumpah!. Sepontan mulut terkeluar perkataan yang selama ini saya simpan dan pendam dalam dada. "Along.. angah.. masa korang kecil-kecil dulu, ibu selalu berdiri di varenda rumah pangsa kita lihat laut bila tahu ayah akan balik . walaupun tidak pasti dari jauh itu kapal ayah.. tapi ibu pasti ayah akan pulang menemui kita. Tetapi..."
Angah hanya diam memandang saya. Manakala along berkata ; " ibu!! Jangan camtu" Langit agak gelap tika itu. saya perlahan2 turun menyusuri pantai. Tiba2 along datang menghampiri saya... " ibu , nak ujan ni , jangan main-main.. ibu buat apa ni?" Saya lihat wajah nya sedikit cemas . Masa tersebut saya rasa ingin ketawa ! Tidak tahu apa yang sedang along fikirkan tentang saya.. Namun saya buat selamba.. namun dalam hati saya tahu mereka berdua sangat memikirkan saya.
Anak-anak ku, jangan kuatirkan ibu. Ibu masih waras..
Saya yakin ini telah ditakdirkan olih Allah dan Allah berbuat apa sahaja yang DIA kehendaki.
Senja kelmarin kami berbuka dibawah wakaf dengan bertemankan hujan yang betul-betul turun. Kesian angah walau kaki masih sakit, sanggup bawa kami keluar walau sekadar berbuka dengan nasi bungkus.. Alhamdulillah. Lebaran semakin dekat ! Saya tidak tahu apa kemungkinan yang akan berlaku dihari tersebut.. Moga Allah Aza wajalla kuatkan semangat kami. Tiada persiapan yang khusus untuk lebaran kali ini.
Ya, lebaran semakin menghampiri... Inshaa Allah.

Thursday, May 25, 2017
Pergi tak kembali
Sudah melewati empat purnama. Masih terbayang langkah kaki mu.. terdengar_dengar patah demi patah suara mu. Setiap sudut dan ruang ini ada diri mu. Walau pasrah, namun mana mungkin mengikis semua ingatan dan semua kenangan bersamu.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu..