Friday, August 17, 2012
Sunday, July 22, 2012
Ramadhan bulan untuk makan ?
Friday, July 6, 2012
ALHAMDULILLAH
Wednesday, June 20, 2012
mak , saya rindu mak
Thursday, June 14, 2012
Ulang Tahun mu...
didalam membina Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah
Tuesday, June 5, 2012
Alhamdulillah, saya masih bernafas....
Thursday, March 1, 2012
Rindu Ini
Bila datang nya tarikh 1 Mac , rindu pada ayah tidak dapat aku zahirkan dengan kata-kata. Enam tahun telah berlalu, rindu dan segala ingatan bersama ayah, masih kuat dalam ingatan. Bukan hanya setahun sekali sahaja aku mengingati ayah... tetapi , diwaktu subuh tanggal 1 Mac 2006 ayah telah pergi buat selama-lama nya... Menatap wajah ayah disaat ayah menghembuskan nafas terakhir.... masih segar dalam ingatan ku.
Segala doa yang aku panjatkan kehadrat Allah buat mu ayah. Semoga ayah ditempatkan bersama para solihin. Semoga Allah lapangkan tempat pembaringan ayah, sehingga hari kita dibangkitkan semula nanti. Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil...
Tuesday, January 17, 2012
Balik Kampung....
Lama betul berhajat untuk menulis . Saat ini aku mencoret lagi.... Baru menarik nafas lega setelah jadual yang patut aku selesaikan hampir siap. Ada beberapa kerja lagi harus aku sudahkan menjelang pagi esok....
Biasalah , semua itu tidak menjadi halangan.. asalkan dapat BALIK KAMPUNG !!!! Rindu sungguh dengan semua yang aku tinggalkan disana. Bonda, abang,kakak,adik... malah semua nya. Insya allah kesempatan beberapa hari nanti akan aku menafaatkan sepenuh nya..
Kali ini suami dan anak teruna kami tinggal.... jadi aku dan sibongsu sahaja yang akan berangkat esok.. anak dara yang seorang lagi, dah berangkat sabtu lepas.... Memang berat rasa hati untuk tinggal hero dua orang di sini.. namun apa kan daya mereka tidak dapat bersama-sama diatas sebab yang tidak mampu dielakan.
sebelum berangkat esok :
makanan arnab perlu ada untuk lebih kurang 1 minggu
makanan kucing perlu diletakkan setempat
makanan dan keperluan hamster perlu dicukupkan
kena beritahu waktu makan haiwan kesayangan tu.....
pakaian suami perlu digosok untuk beberapa hari...
tempat ubat2 dan keperluan peribadi suami... semua kena tunjukan.
Akhir sekali barulah nak cari pakaian mana yang harus aku bawa.Senang jer. tidak payah bawa baju lebih.. yg penting yang 'perbadi' dan tidak bolih dikongsi jer yang kena bawa lebih.. yang lain-lain tu bolih pakai emak punya... hahaha. Tidak sabar nak tunggu esok hari. Tentu kakak ku tengah sibuk untuk buat persiapan majlis pertunangan anak nya. Buat kakak ku, aku berdoa agar semua nya berjalan lancar seperti yang di harapkan yer.
Buat suami ku dan angah... duduk rumah molek2 yer... jangan nakal-nakal... buat suami ku sekali lagi ingin aku ucapkan," Terima Kasih kerana benarkan kami berangkat... makan ubat ikut jadual dan jangan bergadang.... hehehe"
Wednesday, January 11, 2012
Masih Ada Waktu
Atas nama jiwa dan hati tulus ikhlas
Mumpung masih ada kesempatan buat kita
Mengumpulkan bekal perjalanan abadi
Kita pasti ingat tragedi yang memilukan
Kenapa harus mereka yang tertimbun tanah
Tentu ada hikmah yang harus kita petik
Atas nama jiwa mari heningkan cipta
Kita mesti bersyukur bahwa kita masih diberi waktu
Entah sampai kapan tak ada yang bakal dapat menghitung
Hanya atas kasihnya hanya atas kehendaknya kita masih bertemu matahari
Kepada rumpun di lalang kepada bintang gemintang
kita dapat mencoba meminjam catatanNya
Sampai kapankah gerangan
Waktu yang masih tersisa
Semuanya menggeleng semuanya terdiam semuanya menjawab tak mengerti
Yang terbaik hanyalah segera bersujud mumpung kita masih di beri waktu
Wednesday, December 14, 2011
Monday, December 12, 2011
Hujung tahun... semoga bukan penghujung segala nya..
Hujan,hujan dan hujan lagi.... bukan mengeluh, tetapi saja nak bagi tahu sekarang ni memang dah tiba musim hujan. Rasa-rasa nya musim tengkujuh kali ini tidak lah seteruk tahun-tahun yang lalu. Alhamdulillah perjalanan hari yang dilalui tidaklah terjejas, berjalan seperti biasa. Siang dan malam berganti dengan begitu pantas sekali. Sekarang dah berada hari-hari terakhir tahun 2011.
Banyak lagi azam dan kehendak tidak tercapai dan tidak dapat dilaksanakan sepenuh nya. Kadang-kadang terfikir juga bila harapan dan cita-cita tidak mampu terlaksana, 'sempat kah untuk aku kecapi di tahun-tahun yang akan datang?'. Namun begitu, sejuta syukur ku panjatkan pada yang Esa kerana memberi ku nafas untuk mengecapi nikmat hidup ini dengan erti yang sebenarnya... Nikmat Islam dan Iman.. Setiap helaan nafas ku, jangan lah kira nya Kau cabut nikmat ini.
Sesungguh nya biarlah jalan yang bakal ku lalui ini berjalan seperti laluan air yang mengalir dengan sendiri nya... Sesungguh nya aku tidak bisa mengatur perjalanan hidup ini seperti yang aku ingin kan. Bila aku terjaga esok hari aku bakal menempuh apa yang akan Kau takdirkan untuk aku hari itu. Begitulah seterusnya, sehingga aku di jemput pergi. Kerana aku percaya, tiada perancangan yang sebaik-baik nya, melain kan perancangan Mu.
Ini bukan coretan seorang insan yang sudah mula mengalah dengan pancaroba kehidupan ini. Peracayalah, aku ingin bertambah kuat untuk menempuh hidup yang penuh tandatanya dan kekeliruan.... Aku tidak ingin berharap dengan sesiapa, malahan dengan diri sendiri pun, aku tidak bisa menggantungkan harapan. Hanya pada Mu aku sandarkan doa dan harapan... Putih atau hitam , itu lah takdir ku....
Pada putra putri ku... Jangan berputus asa jika cita-cita kamu tidak teralaksana pada tahun ini.. Percayalah Allah akan berikan yang terbaik untuk kamu di suatu hari yang telah ditetapkan... Ibu setiasa mondokong dan mendoakan kamu.. Samaada ibu sempat berkongsi kegembiraan bersamu kamu nanti atau tidak, ibu berharap jalan yang bakal kamu tempuhi nanti adalah jalan yang diredhoi Allah
Oh ya sempena hujung tahun ini... aku telah menanam sepohon kelapa untuk kenangan dimasa yang akan datang. Harap ia tumbuh subur dan dapat dimanfaat kan olih semua orang...
Wednesday, November 2, 2011
Telur Tebu... pernah rasa tak ?
Halaman masih disirami hujan. Nak turun ketanah bermain ngan arnab, memang tak sesuai...Huhh. Hujan tidaklah selebat mana, cuma cuaca agak gelap sedikit... sesuai untuk tidur sahaja. Tidur? Oooo tidak baru jam berapa ni... baru je lepas masak dan makanan da siap terhidang atas meja... cuma tunggu boss besar makan jer..hehe.. Walaubagaimanapun juadah hari ini tidak lah sepelik lauk yang saya masak kelmarin... Lauk biasa-biasa ajer.... ikan goreng, sayur kacang goreng lada api dan asam tumis ikan kembung (sesuai ker ikan kembung masak asam tumis... da itu jer ada.. ) Alhamdulillah.

Selalunya kalau telur itik , kawan nyer pucuk pegaga atau belimbing buluh...hmm memang terangkat lah rasa nya.... Tiba-tiba anak kedapur dan cakap, " bu, bolih lah dimasak, macam-macam resepi ada orang tu masak... tapi kat Indonesia lah...". Oh klu cam tu.. bolih lah dimasak.... Maka, upacara memasak di mulain...hihihi . Bismillah dan acara didapur pun selesai..... Alhamdulillah. Dan ini lah dia 'masak lemak cili padi telur itik campur TELUR TEBU...' Umang aiii panjang nyer nama resepi ni...

Tapi jangan tanya asal telur tebu ni dari pokok apa... Sah-sah saya tak tahu... mulanya saya kerat anak tebu kat tepi rumah kami.... mana tahu kalau sama, lain kali x payah beli... tapi BUKAN !!! ada ruas dalam daun tebu tu....kikiki. Siapa tahu Telur Tebu ini berasal dari pokok apa dan mengapa diberi nama sedemikian... Walaubagaimana pun, lauk kelmarin memang sedap.. Lain kali kalau ke pasar beli lagi yer... nak masak resepi lain pula.....
Wednesday, October 26, 2011
Cantik Nya Wanita Itu
CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada dan wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBUBukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana
Terima kasih kawan... dan hari ini aku sangat-sangat merindui mu.....
Tuesday, October 4, 2011
MEMORI..... Bersama yang disayang...
hari ini dapat buat sedikit catatan...
dah beberapa hari berlalu tanpa berbuat apa-apa....
Berkemas pakaian kotor dan barang-barang keperluan semasa menemani anak ke Kedah tempoh hari.....
kenangan semasa disana datang lagi.
Letih memang masih terasa tetapi bila dapat tunaikan hasrat untuk bersama-sama raikan angah, Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa kesulitan...

Semasa di rumah tumpangan yang sangat jauh dari pekan...
dalam kebun getah lagi...
tak tau apa nak buat....
kebetulan di tempat rehat terjumpa 'Koleksi Pantun Melayu'.
MEMANG JARANG KITA JUMPA....
Jadi...
Mari sama-sama kita hayati..
Kalau hati merajuk panjang,
Biar dipujuk biar disayang
Tidaklah tunduk dipujuk rayu;
Kalau ku tahu perit berdagang
Kerana dipangku dagang terbuang
Tidak ku ikut hati melulu.
[Nada Minggu, 14 Disember 1980]
Terbang tiung ke tanah seberang,
Terawang-awang di atas kayangan,
Entah sampai entah tidak;
Mengadu untung dirantau orang,
Tidur malam berbantal lengan,
Entah makan entah tidak.
[Pantun Melayu Sastera Rakyat hlm. 61]
Pokok rotan jangan dipotong,
Rotan tumbuh di hutan seberang,
Berbuah tidak berbunga tidak;
Menangislah dagang mengenangkan untung,
Badan tercampak di rantau orang,
Beremak tidak berbapak tidak.
[Pantun Melayu Sastera Rakyat hlm. 61]
Sarang merbah dicelah dahan,
Tempat punai bermain disitu,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tempah dari tanah seberang;
Bersyukurlah aku pada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
[Pantun Melayu (AB) hlm. 18-19]
Korek perigi di parit seberang
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada sahabat tempat berunding,
Pandai-paindailah membawa diri.
[Dewan Bahasa, 2:12 Dis.1958 hlm.590]
Buah embacang masak serangkai,
Burung di kota meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
[Alam Puisi Melayu hlm. 11]
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkisar tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.
Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengirai tuah;
Jikalau hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.
Orang berguru di hutan Baling,
Mati rusa di Kampung Jawa;
Laksa duri dalam daging,
Bila tersentuh terasa jua.
Kemumu dalam semak,
Jatuh melayang setara;
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.
[Pantun Melayu (BP) hlm. 252]
Asamnya kandis asam gelugur,
Ketiga dengan asam remunia;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak kembali ke dalam dunia.
[Dewan Bahasa 3:1 Januari 1959 hlm. 647]
Malas hamba menyelam bubu,
Takut terpijak binatang berbisa;
Orang malas menuntut ilmu,
Di akhirat kelak badan binasa.
[Mastika, Disember 1956 hlm. 39]
Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
[Pantun Melayu (BP) hlm.30]
Hehehe.... masih banyak lagi pantun2 yang tak sempat disalin.
leka membaca sampai tertidur..
Dalam perjalanan pulang ke Dungun, singgah sebentar di rumah kakak sepupu di Sungai Petani.
Wah ! Memang terubat rindu pada Kak nab sekeluarga. Dah 2 orang cucu, baru dapat jumpa semula..
Namun keramahan kak Nab masih seperti dahulu... Siap masak makan tengahari lagi untuk kami 6 orang...
masakannya memang terangkat!!!. Masak Lomak Cili Api Ayam kampung kak Nab memang ada kelas!!!!.
Di bawah ini serangkap pantun buat Kak Nab sekeluarga....
Jauh sungguh pergi mandi,
Maksud hati hendak bertapa;
Berat sungguh menanggung budi,
Seribu tahun memang tak lupa
[Selindung Bulan Kedah Tua hlm.61]
Sampai di rumah lebih kurang jam 10.30 malam...
Wednesday, September 14, 2011
Gotong Royong...
hari ni turun tanah.... bersihkan keliling rumah yg telah lama terbiar..huhu
rumput yg dimesin sebelum raya... dah panjang..
Sibongsu setiap hari bertanya bila lah rumah baru arnab-arnab nya nak siap.
Tunggu yer... minggu hadapan binatang kesayangan kamu akan bermain di kawasan permainan nya... Insyaallah..
Thursday, August 18, 2011
PUISI KEHIDUPAN
Hari hari lewat, pelan tapi pasti
Hari ini aku menuju satu puncak tangga yang baru
Karena aku aku akan membuka lembaran baru
Untuk sisa jatah umurku yang baru
Daun gugur satu-satu
Semua terjadi karena ijin Allah
Umurku bertambah satu-satu
Semua terjadi karena ijin Allah
Tapi… coba aku tengok kebelakang
Ternyata aku masih banyak berhutang
Ya, berhutang pada diriku
Karena ibadahku masih pas-pasan
Kuraba dahiku
Astagfirullah, sujudku masih jauh dari khusyuk
Kutimbang keinginanku….
Hmm… masih
lebih besar duniawiku
Ya Allah
Akankah aku masih bertemu tanggal dan bulan yang sama di tahun depan?
Akankah aku masih merasakan rasa ini pada tanggal dan bulan yang sama di tahun depan?
Masihkah aku diberi kesempatan?
Ya Allah….
Tetes airmataku adalah tanda kelemahanku
Rasa sedih yang mendalam adalah penyesalanku
Astagfirullah…
Jika Engkau ijinkan hamba bertemu tahun depan
Ijinkan hambaMU ini, mulai hari ini lebih khusyuk dalam ibadah…
Timbangan dunia dan akhirat hamba seimbang…
Sehingga hamba bisa sempurna sebagai khalifahMu…
Hamba sangat ingin melihat senyumMu di sana…
Ya Allah,
Ijikanlah
Puisi olih : Chiril Anuar
Kenangan Yang Terindah...
Ramadhan yang ke 18....
Pagi ini perasaan tenang, aman, gembira menguasai diri... Alhamdulillah. Subhanallah !!!
Sesudah solat subuh, hari ini memang mata tidak bolih terpejam lagi. Duduk di ruang tamu seorang diri, memang membosankan. Dapur selesai dikemas, buka sahaja pintu hadapan, kucing -kucing peliharaan menyerbu dikaki minta makanan. Padahal ada seekor mondok digeletek nya separuh nyawa di muka pintu , tidak dijamah nya.. Amboi !! memilih betul si miow ni... Letak sepinggan makanan , baru senang nak melangkah untuk menyidai pakaian...
Masuk kedalam semula....... Melihat sikecil berebut-rebut memilih makanan dan berenang kesana sini dengan bebas nya, adalah saat yang membahagiakan. Semua masih didalam bilik, tak tau apa yang mereka buat.
PC antik ku yang kuat meragam ni telah sedia terpasang.. Apa lagi masa bersosial... Fuhhh !!! Wah, nostalgia lama menjelma lagi.. Nostalgia yang selalu ~ kenangkan waktu teringat kan sahabat-sahabat seorang diri, kini di kongsi dengan sahabat-sahabat yang lain... Syukur kehadrat Allah kerana berikan kesempatan ini.
Semua nya di takdirkan bermula pada 16 Ramadhan, saat ~ menyediakan sedikit juadah berbuka. Terima panggilan dari sahabat yang sangat dirindui.. Sudah lebih 30 tahun terpisah.. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan tika itu .... cerita saling bertukar, maka terlahirlah kawan-kawan FB yang lain.... Terima kasih sahabat ~
dengan harapan ada lagi kawan-kawan kita yang lain menyusul untuk saling bertukar pendapat dan khabar... Insya Allah.
Wednesday, August 10, 2011
Ramadhan Kali Ini
Ramadhan kali ini walau anak-anak berada disisi, namun perasaan bertambah pilu bila teringatakan bonda di kampung.... Tentu emak pun sedang teringatkan kisah bersama ayah dan kami semua... Mak, maaf kan anak mu ini... Insya Allah, disuatu hari yang diizin kan Allah, kita akan berkumpul lagi.... Tiada apa yang dapat ~ hadiahkan pada mu, ayah dan bonda...cuma doa yang ~ pohon setiap Solat dan tika teringat kan mu... Moga Allah perkenankan....
Monday, August 1, 2011
Ramadhan datang lagi
Saturday, July 30, 2011
Berehat Dulu Dari FB..
Dah lama juga halaman ini tak ~ conteng-conteng....
Dulu janji nak menulis tiap-tiap hari... memang tak dapat ~ tunaikan..
selain tiada bahan dan cerita yang sesuai... ini adalah gara-gara laman sosial tu lah...
leka... sampai nak membaca sebuah buku pun ambil masa seminggu...
InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan kita jumpa di BAKAWALI yer...
Sempena Ramadhan yang bakal datang, BAKAWALI mengambil kesempatan mohon ribuan kemaafan, semoga Ramadhan tahun ini lebih berqualiti dan lebih bermakna dari ramadhan yang telah berlalu...dengan harapan, semoga sempat lagi menunaikan ibadah puasa di Ramadhan tahun -tahun mendatang... InsyaAllah.











