Saturday, March 16, 2019
Friday, March 1, 2019
Kekuatan
Telah 34 tahun kita melayari bahtera rumahtangga bersama-sama. Tiba2 kau hilang dr pandangan. Seolah2 bahtera yg kita layari hanyut tanpa tujuan. Syukurlah 4 permata hati yg Allah titip kan pada kita membuatkan aku sedar dari lamunan . Walau telah sekian lama jasad mu disemadikan, namun kau tetap dalam ingatan dan doa-doa kami. Bantu saya Ya Robb untuk bangkit demi teruskan cita2 kami.... bersama mereka .
Tuesday, February 26, 2019
Jangan Marah.
Marah itu api. Api akan merebak jika tiada kawalan. Maka diam itu lebih baik!
Sunday, December 23, 2018
Pasrah.
Bagaimana harus kita lepaskan setiap yang membebani fikiran dan yang menyesakkan dada ? Kerana setiap kata-kata yg tak terucap adalah satu beban jika tidak terluahkan.
Namun apa kah mungkin setiap yang terlintas dibenak harus dikeluarkan dengan kata-kata?
Tidak kah kita terfikir, jika tulisan atau kata-kata yang kita keluarkan akan membuatkan ada hati yang terluka ? Orang lain tidak akan dapat menduga apa yang ingin kita sampaikan (Mungkin apa yang kita ucapkan sekadar bergurau ) Jika sekali mungkin tersalah ucap atau bercanda . Namun setelah sekian banyak kali terkeluar dari mulut, itu lah kita sebenarnya.
Orang menilai kita dari apa yang sering kita buat dan sebut. Walau kadang-kadang ada yang berperi : " Dia mulut saja begitu...tapi hati dia tidak..!" Ingat lah, kata-kata itu adalah doa. Apa yang kita minta, apa yang kita cari ,itu yang kita dapat...
Marah, benci,suka , geram,rindu dendam dan airmata.
Setiap hari ada sahaja yang berlaku dihadapan mata kita. Samada secara langsung atau sebaliknya.
Apakah patut kita risau bila ada manusia jika berjanji lembut gigi dari lidah untuk mendapat sesuatu yang diidam. Langkah disusun dengan cermat dan rapi untuk dapatkan mangsa demi masa depan nya? .
Kadang-kadang ada bersangkutan dengan kita, insan-insan yang kita sayang atau orang-orang diseliling maupun yang kita kenal atau tidak.
Bila insan yang kita sayang , dilukai dan disakiti jiwanya, mengapa kita pula yang akan terlebih dahulu rasa pedihnya ? Benar lah bak kata pepatah : "cubit paha kanan,paha kiri terasa juga sakit nya !"
Dan..ada kalanya
Ada yang berlaku bagai kilat.
Tidak terjangkau dengan akal.
Sungguh !!!
Nasib makhluk laksana roda
Ia turun dan naik, silih berganti.
kita berdoa dan berserah
Kita berharap dan menanti
dengan yakin..
Ketentuan Allah AzaWajalla adalah yg terbaik
Buat kita...
**Pujuk,kawal dan rawat lah 'hati' sendiri. Allah Azawajalla sentiasa ada untuk kita mengadu... Yakin itu!!!
لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله
Tuesday, September 11, 2018
Pilihlah
Monday, September 10, 2018
Friday, September 7, 2018
Ratu Hati
Dua minggu bersama bonda buat kan saya semakin insaf.
Besarnya pengorbanan mu bonda.
Sekarang, bonda telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami. Ia adalah ketetapan Allah.
Tuesday, September 4, 2018
Kita
Waktu terasa semakin menjauh. Tinggalkan kenangan tentang kita.Kadang kala, aku ingin bersama mu lg untuk berbicara tika sunyi, Mengadu bila perlu dan bertanya bila keliru..
Bersemadi lah disana dengan lena. Hingga hari dibangkitkan kelak. Lenalah, bersama rindu dan doa2 ku.
Senja telah lama berlabuh. Hari pun telah turut bertukar. Moga fajar yg bakal terbit esok hari tidak akan sirnakan segala kenangan ini...
Antara kau dan aku!!!
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴
“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur atau dari siksaan neraka “.
Amin ya robbal alamin.
Saturday, August 18, 2018
Saturday, August 4, 2018
Tiang Agama
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Wahai Tuhan Ku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. "
Aamiin...
Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia? Beliau bersabda: “Solat pada waktunya”, aku berkata: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Berbakti kepada kedua orang tua”, dan aku berkata: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, niscaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih)
Thursday, August 2, 2018
Tuesday, June 19, 2018
Friday, April 6, 2018
Lepaskan segala resah!!
Tuesday, March 20, 2018
Rindu
Sudah 4 hari Izzah berangkat pulang bersama ayahibu. Nenda terdengar dengar suara tangis mu dan terbayang raut wajah mu,sentiasa dihadapan mata nenda.
Lebih-lebih lagi rindu pada 3 lagi cucuanda yang telah sedia terlebih dahulu menetap didalam ingatan nenda. Ah.. pelik sungguh rasa rindu ini pada hal tidak sampai seminggu berpisah dengan Izzah. Shakirah,Syaqir dan Syazwan pun baru bulan lepas kita bersama.
Lewat pagi tadi ingat nak turun ke tanah untuk buang/kemaskan apa yang patut di halaman dan pagar yang telah mula di panjat rumput liar untuk mengisi masa senggang. Buka pintu dapur,terus batalkan niat. Pancaran yang sangat terang dan berbahang...
Ampun kan hamba Ya Robb. Kerana mengeluh dan gelisah dengan bahang yg sedikit ini . Bagaimana nanti jika terus terhumban kedalam api yang menyala dan bolih mencair kan besi dan mengelegakkan otak...? Lindungi kami dari rasa tidak cukup dan resah gelisah Wahai Robb.
Masuk semula kedalam bilik,buka semula ikatan langsir . Bila gelap dan tiada banyak cahaya yang menembusi tingkap baru airmata berhenti keluar. Eh..air mata keluar bukan sebab sedih, rindu atau sebagai nya.. jangan fikir yang bukan-bukan, kawan..hmmm.
Wednesday, February 14, 2018
pancaran sinar _Mu
Tuesday, February 6, 2018
Auni Izzah..
Izzah, sudah larut malam saat Izzah terjaga dari tidur tadi . Izzah bergerak- gerak dalam dakapan nenda. Ketika nenda tepuk perlahan punggung kecil Izzah agar Izzah lena kembali. Izzah mendongak sambil merengek kecil. Kuat betul Izzah berjaga malam ye. Bila nenda letak kembali di atas tilam dan periksa lampin pakai buang.. Oh, patut lah Izzah bangun. Selesai nenda menukar lampin, sua botol susu yang telah direndam dengan air panas hasil perahan ibu. Selesai menyusu, Izzah tersenyum memandang muka ninda. Ya Robb, terang semula mata nenda izzah. Temankan nenda tidur lagi malam ini ya..
Sekarang Izzah telah tidur semula. Sebentar tadi ibu Izzah datang menjenguk. Ayah ngah baru sahaja keluar bilik sambil intai samaada Izzah berjaga ... Sekarang Ayah long pula bertanya Izzah menyusu pukul berapa tadi sambil membetulkan selimut Izzah.
Bila mata tidak bolih dipejam, keadaan sunyi ini teringat cucu -cucu ninda yang tiga orang lagi nun jauh disana. Teringat keletah sepupu Izzah yang di kongsi olih ibu saudara Izzah siang tadi. Setiap hari rindu semakin bertambah..tiada ukuran yang bisa dibandingkan sebesar mana kasih itu.. Kisah setahun yang lalu juga berputar dalam ingatan. Nenda buka sedikit catatan yang nenda kongsi setahun yang lalu. Sebak bukan kepalang.. Rindu ? Allah sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu nenda ini.
Izzah...sudah lebih setahun To'Ki pergi meninggal kan kita semua. Pergi tanpa sempat menatap wajah Izzah dan Abang Dayyan..
Dah sekarang Izzah telah pun lena. Nenda pun akan cuba baring dan tidur..
Thursday, December 14, 2017
Jemput-Jemput Nasi +Bilis
Assalamualaikum.
Olih kerana ruangan resepi (dari dapur8549) mengalami sedikit masaalah, hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat mudah kita buat. Bila dah tidak tahu nak masak apa untuk sarapan, sekali sekala saya akan buat Jemput- jemput Nasi+bilis ini..
Resepi ini saya terima dari sahabat saya . Terima kasih Gee.. semoga setiap kali saya menyediakan untuk keluarga saya, dan jika ada yang sudi menafaatkan resepi ini, pahalanya akan mengalir buat mu.
Aamiin.
Monday, December 11, 2017
Senja dan kenangan
Hari dah merangkak senja. Masa ini lah biasanya rindu bertandang paling kemuncak. Waktu sebegini lah selalu perasaan paling syahdu. Teringat hampir semua perkara yg telah lalu. Berpusu-pusu kenangan datang silih berganti.
Kelmarin anak dan menantu serta cucu-cucu telah berangkat pulang ke selatan tanah air.. Tiga hari di teratak kami, membuatkan rindu dendam saya pada mereka bertiga sedikit terubat. Walau cuma cuti hujung minggu mereka gagahi juga datang untuk berkumpul miski menempuh perjalanan jauh dan melayani kerenah anak-anak yang masih kecil -kecil lagi.
Sebentar tadi saya mengambil sehelai baju suami yang tersedia tergantung dalam almari beliau. Walau hampir setahun dia pergi meninggalkan kami, tetapi baju/kain tetap diguna setiap hari ..
Tiba-tiba teringat cucu sulung kami yang sedang mengasah bakat untuk bercakap dan bercerita menegur saya saat saya mengambil baju suami dari almari. :
" Ninda, asyik pakai baju to'ki je " sambil mengerut dahi..
Tajam sungguh pemerhatian nya. Padahal 3 hari disini bukan lah lama. Ninda dia cuma pakai baju to'ki waktu tertentu sahaja. Yang pasti hanya didalam rumah.
Tidak sabar menanti mereka datang lagi dan melayan keletah mereka dan menanti seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami yang bakal lahir .
Suami ku..
Rendang kasih mu.. yang telah memayungi kami selama ini , moga Allah Azawajalla memberkati dan melimpahkan pahala Nya buat mu sebagai ganjaran Nya.
Senja telah berlabuh.. hari pun turut bertukar...
Friday, November 17, 2017
Menghitung hari
Saya sudah bolih menjahit sekarang. Teringat saya masa dia ada, dialah yang bersungguh menyuruh saya buatkan kelengkapan untuk menyambut cucu sulung kami. Sekarang cucu kami sudah tiga orang. Dia tidak sempat lihat cucu kami yang ketiga. Niat kami untuk melawat anak cucu kami tidak kesampaian pada hari kejadian itu.. hari dia dijemput pergi ke negeri yang kekal.. Masa itu anak kami hamil cucu ketiga !!!.
Beberapa minggu lepas saya telah siapkan jahitan untuk cucu kami yang keempat. Anak sulung dari putri bongsu kami... Alhamdulillah, Allah Azawajalla beri saya kesembuhan dan saya sudah bolih menggunting dan menjahit walau tidak sekemas dahulu jahitan saya, namun kepuasan dapat dirasai bila saya dapat teruskan apa yang dia suka..
Mereka kata : " kena redho apa yang sudah terjadi"
Redho.. mana mungkin saya tidak redho dan iklas apa yang tertulis dalam perjalanan hidup saya ini. Termasuk tiba-tiba dia hilang dari pandangan mata kami.. Sungguh! Saya redho.
REDHO BUKAN BERERTI TERUS MELUPAKAN . :(





















