Wednesday, March 16, 2011

MEMORANDUM; MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

MEMORANDUM

MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG
ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

13 MAC 2011

Kepada:

TUAN YANG TERUTAMA HJ ABDUL SAMAD BIN OTHMAN


KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kebangkitan masyarakat arab di Negara-negara timur tengah khususnya di Tunisia dan Mesir telah banyak memberi kesan terhadap keadaan politik semasa Negara-negara arab sekitarnya. Kejatuhan rejim-rejim yang kejam dan diktator membuktikan suara rakyat merupakan suara majoriti dan berkuasa menjangkaui undang-undang ciptaan manusia. Sepanjang proses itu, rusuhan besar-besaran dilakukan untuk menunjukkan ketidakpuashatian setelah proses undang-undang tidak lagi dipercayai mereka. Keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan demi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan sesebuah rejim. Sekarang, sedang berlaku di yaman. Kejatuhan rejim-rejim di Tunisia dan mesir di samping pergolakan politik dalaman Yaman, telah membuakkan lagi semangat rakyat yaman untuk keluar merusuh sejak sebulan yang lalu. Rusuhan tersebut semakin melebar dan memburuk setelah campur tangan perkumpulan yang bersenjata api. Akibat daripada itu, rusuhan telah meliputi kawasan utama Bandar Sana’a. Adapun terdapat rumah-rumah pelajar Malaysia yang terletak di kawasan terbabit. Sehubungan dengan itu, kami menuntut supaya pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia agar isu-isu ini diambil perhatian dan diselesaikan


1. KESELAMATAN KIAN MERUNCING

Kawasan Daari telah menjadi kawasan utama perkampungan perusuh kerajaan Yaman. Para perusuh mendirikan khemah-khemah di sepanjang jalan Daari bermula dari hadapan universiti Sana’a sehingga ke kawasan Jamiah Qadimah sekarang. Pertambahan jumlah perusuh semakin meningkat dari hari ke hari.



Kejadian pergaduhan dan tembak-menembak juga berlaku sejak kebelakangan ini malah semakin bertambah. Dijangkakan bahawa kejadian ini akan berterusan sehingga jatuhnya kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Yaman sekarang, Ali Abdullah Saleh sepertimana ikrar-ikrar ketua qabilah mereka. Keadaan ini secara tidak langsung, menyebabkan tahap keselamatan semakin merosot oleh kerana pergaduhan yang tercetus di kalangan rakyat Yaman. Sememangnya, situasi sebegini akan membahayakan pelajar-pelajar Malaysia yang mahu membuat urusan seharian mereka.

Selain itu, terdapat segelintir pelajar Malaysia telah ditemuramah bervideo oleh perkumpulan yang tidak dikenali sambil diugut dengan senjata agar segala percakapan mengikut kehendak penemuramah tersebut.

Oleh itu, kami menggesa pihak kedutaan cakna dengan isu dan kebajikan rakyat serta pelajar Malaysia di Yaman.

2. PEPERANGAN MUNGKIN BERLAKU

Yaman merupakan Negara yang mengamalkan kebebasan bersenjata di kalangan rakyatnya. Senjata boleh dibeli dengan mudah di kedai-kedai runcit di sebahagian kawasan. Tambahan pula, sistem puak dan qabilah menyukarkan lagi kawalan politik semasa. Sistem pentadbiran sebegini, adalah lebih berkuasa daripada kerajaan yang ada sekarang di Yaman. Sehinggakan terdapat qabilah yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang menandingi kerajaan dari segi peralatan.

Di samping itu, percakaran di antara puak dan qabilah ini tidak boleh lagi dielakkan lagi kerana kejadian tembak-menembak serta kematian telah pun melibatkan ahli keluarga mereka. Penuntutbelaan akan menyebabkan pergaduhan akan lebih parah.

Pada saat ini, usaha perusuh dari kalangan qabilah-qabilah menguasai kawasan-kawasan utama Bandar kian melebar. Bilangan perusuh pula semakin meningkat begitu juga dengan khemah-khemah.

Justeru kami sebagai wakil pelajar dan mahasiswa Malaysia di Yaman mendesak kerajaan dan pihak berwajib agar mengambil langkah awal sebelum keadaan lebih teruk berlaku.

3. PENGAJIAN TERTANGGUH

Ketika ini, universiti dan pusat pengajian kebanyakkannya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu. Oleh itu, pengajian secara automatiknya tertangguh. Ini akan menyusahkan lagi pelajar-pelajar Malaysia di sini sedangkan semester hanya berbaki dua bulan lagi.

Di samping itu, kebanyakan pelajar di sini tidak mempunyai sumber kewangan yang besar. Mereka kebanyakannya ditaja sendiri oleh ibu bapa dan zakat negeri. Penangguhan pengajian telah menyebabkan belanjawan tidak lagi mengikut perjalanan sebenar kerana terpaksa dihabiskan ke perkara-perkara yang lain disebabkan tiada pengajian.

4. KEMUDAHAN HOSPITAL

Hospital-hospital telah dibanjiri rakyat-rakyat yaman yang tercedera akibat rusuhan yang berlaku. Kekurangan tenaga kedoktoran pula telah menyebabkan kesukaran bagi pesakit luar untuk dapatkan rawatan kerana tumpuan lebih di bilik kecemasan.

Disebabkan kejadian ini, kebimbangan tidak boleh lagi dibuang khususnya kepada rakyat Malaysia yang sakit dan mahu melahirkan anak. Perkhidmatan perubatan tidak lagi elok seperti dahulu kerana petugas-petugas hospital keletihan di samping doktornya.

5. URUSAN YANG BERTAMBAH RUMIT

Pelajar menyiapkan visa mereka dengan perantaraan orang tengah institusi-institusi pengajian. Namun, urusan tersebut menjadi rumit ekoran penutupan institusi-institusi pengajian. Maka saranan pihak kedutaan supaya pelajar pulang sendiri dengan pengangkutan awam tidak lagi releven.

Selain itu, urusan pengeluaran dan tukaran wang menjadi semakin sukar kebelangan ini. Mesin-mesin ATM telah dihadkan pengeluaran Dolar Amerika di samping Riyal Yaman yang kecil nilainya. Pertukaran wang asing ke dolar amerika juga sukar dibuat kerana tidak diterima. Ini lebih menyusahkan urusan pembayaran yuran, tiket, visa dan sebagainya kerana kebanyakan urusan menggunakan matawang dolar amerika.

PENUTUP

Rakyat Malaysia perlu diselamatkan oleh pihak kerajaan kerana rakyat merupakan aset Negara. Keselamatan rakyat seharusnya tidak boleh digadaikan yang mana ianya akan melambangkan wajah kerajaan terhadap rakyatnya selaku kerajaan yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat.

Justeru, rakyat, pelajar, dan mahasiswa di Yaman menggesa agar memorandum ini dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia yang diyakini mencintai rakyat dan meletakkan urusan rakyat sebagai keutamaan.

Sumber:PERMAYA
Share:

Wednesday, March 2, 2011

LEMPENG NASI SEJUK, SEJAMBAK KENANGAN.....

Selamat pagi... Pagi lagi dah rasa mengantuk. Kalau turut kan hati memang nak cari bantal jer ni.
Ikan dah dikeluarkan dari peti sejuk, tak tau nak masak apa hari ini.. Malam tadi memang susah sangat mata ini untuk dipejamkan. Teringatkan anak-anak yang jauh dari mata.Along, kakak, adik.... kamu sentiasa di hati ibu. Angah pagi kelmarin tiba-tiba tercegat diserambi..." Ibu, orang da balik...." Wah...!!! balik juo kau jang, balik merantau...... ada lah teman nak bergaduh sekarang ni...hehehe..

Pagi tadi tak tau apa nak buat sarapan... Selepas subuh, perut berbunyi pula... Sealalunya bersarapan lambat dalam jam sembilan... Ada nasi dan tepung... nk buat apa? Nak buat nasi goreng... ada sedikit jer nasi, nak gunakan tepung...ada sedikit juga... Lantas saat itu teringatkan bonda dikampung... Pernah makan lempeng nasi? Aha... angah kalau dapat lempeng... dia x kan nampak makanan lain.. Nak kongsi bagaimana nak buat nya?

2 cawan nasi, dikisar dengan 1 cawan air.
1 cawan tepung gandum.
sedikit garam
1 senduk susu tepung (Jika perlu)

Semua adunan di gaulkan rata .. kepekatan ada lah mengikut citarasa sendiri...( bolih tambah air)
setelah puas hati... biarkan sebentar...sambil tu bolih lah kemas-kemas mana yg patut... Masaklah seperti buat lempeng biasa... Tadi kami cicah dengan kari ikan dan sambal tempoyak bilis..... Bila lihat angah makan.... dah rasa sangat terharu... sekadar lempeng nasi .

Bila dah teringatkan bonda, ayahanda tercinta juga bermain di dalam ingatan.... Allahyarham ayah memang sangat suka lempeng tersebut.. Bukan kerana tidak cukup beras atau tepung, tetapi lempeng tersebut sangat lembut dan menyenyangkan.... jika dibancuh sedikit pekat, masa mengoreng nya letak minyak satu sudu... Lempeng akan jadi garing tetapi lembut... Walau bagaimanapun yang bonda buat, tiada tolok banding nya...!!!

Kelmarin.1mac 2011... genap lah lima tahun kembalinya ayahanda kerahmatullah... Ayah, semoga ayah telah ditempatkan dikalangan umat Nya yang terpilih.. Doa akami sentiasa mengiringi Ayahanda....
Share:

Sunday, February 20, 2011

Pergolakan di Hati Ibu...

Hari ini hati ~ memang tidak menentu. Semenjak kebelakangan ini ini lah yang ~rasakan. kehadapan , kebelakang ... serba tidak kena. Subuh tadi anak sulung menghantar pesanan ringkas. "Penasihat dan presiden dbyman dah kemas 1 beg sorang, sepertimana nasihat duta. Saya pun dah kemaskan kitab-kitab atuk dalam beg... Terpaksa juga untuk sebarang kemungkinan... kelmarin , 4 lagi tebunuh di sini"

~ faham, along sedikit pun tidak berniat untuk buat ~ risau.... Namun dia perlukan sesaorang untuk berkongsi kegelisahan dia....Resah hati ini bukan kerana ~ terlalu memikirkan akan keselamatan along dan kawan-kawan nya.... Dari mula lagi sebelum along berangkat ke Sanaa' ~ dah sedia maklum negara tersebut dah ada pergolakan. Memang berat untuk melepas kan along pergi. Namun semangat dia dan sokongan dari para ustaz, ~ redho. Siang malam along dan kawan-kawan bertungkus lumus belajar dan mencari dana demi cita-cita mereka tercapai.

Semester pertama baru sahaja berakhir. Minggu hadapan memulakan semerster kedua... Apakah yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang.. hanya Allah sahaja yang maha tahu.Dalam msg-msg yang sering di hantar selalu dia mengharapkan kalau lah bolih, walau apapun terjadi,dia akan tetap akan tinggal disana. "Tidak sabar untuk habiskan pengajian bahasa arab pada bulan 6 nanti, InsyaAllah akan sambung Pengajian Islam pula selepas itu..."

Tetapi , menurut along lagi " Tuan Duta pun tidak tahu keadaan sebenar kat sini bagaimana, masa taklimat semalam banyak juga diperkatakan, termasuk menghantar pelajar jika keadaan semakin teruk.."Berita penghantaran balik itu lah yang sangat-sangat mencemaskan along.. Yang paling disayangnya adalah kitab-kitab yang dibawa dari sini pemberian Allahyarham datuk serta yang dibeli nya disini dan di Yaman.... " Ibu, kalau kena balik juga harap-harap dapat lah dibawa balik kitab-kitab ini sekali... kalau sehelai sepinggang...." Kalau ditakdirkan terpaksa balik, balik lah. Ikut arahan, jika itu takdir nya.. Harap-harap pergolakan ini akan cepat berhenti.... Dapat ~ bayangkan bagaimana perasaan along apabila rakyat disana bebas membawa senjata dan tersisip belati di pinggang... walau along tidak pernah menyatakan kegusaran itu..

Pernah suatu hari apabila along bicara tentang keadaan disana, serta bertanyakan apakah perkhabaran tentang Sanaa' ada keluar melalui kaca tv Malaysia... lantas ~ pun menjawab ," Dah lama ibu tidak buka TV along. Dada ibu jadi bergolak seperti ibu berada di tengah-tengah pertempuran, bila ibu mendengar penyampai berita itu bercakap... jadi kalau bolih ibu ingin mengetahui dari kau sendiri, sekurang-kurang nya ibu tahu kau selamat..."

Alhamdulillah, setakat ini mereka selamat. Setiap malam, sebelum tidur,Along menghantar pesanan ringkas buat kami... Pernah satu hari tu along cakap kalau mereka kena balik.... untuk kembali semula ke Yaman, apakah akan sama seperti pelajar-pelajar yang diperintah kan pulang dari Mesir tempohari..... macam-macam berita keluar didada akhbar dan di internet. Itu yang membuat kan ~ semakin gelisah.... Untung nasib along di Yaman , InsyaAllah ~ serah kan mereka semua kepada ketentuan Allah. Kerana Allah adalah sebaik-baik tempat untuk meminta perlindungan. Namun, yang menjadi masaalah nya ialah ,mengapa hati ini sering berdebar. Badan pula semakin lemah dan tidak berdaya. Syukur lah saudara-saudara ~ sering menghubungi ~ memberi kata semangat dan perangsang. Kadang-kadang dalam sehari 2 orang kakak dan adik ~ menghubungi ku. Bila sahaja ada cerita tentang tempat along di tv, mereka juga menjadi cemas.. Lebih-lebih lagi bonda ~ . Buat bonda , saudara-saudara ku , serta yang sudi membaca coretan ~ ini, mohon sedikit doa untuk keselamatan dan keamanan di bumi Yaman... Diharap kemelut ini akan dapat dihentikan dengan cara aman... InsyaAllah

Share:

Wednesday, February 9, 2011

kepingin...

Malam kelmarin aku terima satu peranan ringkas dari anak sulung kami, " Assalamualikum , ibu nanti senang-senang tolong hantar resepi paprik yer..1 lagi tempoyak udang.. TQ". Lama juga aku berfikir, 'biar betul along ni, kat Yaman tu ada ke tempoyak? Sedangkan kat rumah aku pun musim durian jer kalau nak berbau tempoyak...' lantas ku balas sms nya. " sebelum ibu tulis resepi tu, ibu nk pastikan kat sana bolih dapat ker tempoyak, daun kunyit,kunyit hidup, daun limau purut dan serai...?"Terus dijawab nya, " bolih dikatakan semua nya ada... tp , da kering la.."

Sebenarnya aku bukan nya selalu masak masakan tersebut. Kalau aku masakpun bukannya sedap sangat. Setiap kali buat, rasa nya selalunya berbeza.... sebab apa ? Aku pun tidak pasti.... Yang pasti masak tempoyak udang tu bukan kegemaran along... itu yang aku heran bila dia nak buat dah duduk berjauhan dari kami. Lauk tersebut sebetulnya kegemaran angah.... Tetapi aku tak sempat buat masa dia balik bercuti dahulu... maaf angah. Lagipun masa tu bahan utama tiada dalam simpanan...huhuhu. Selalu nya kalau sambal tersebut, hanya aku dan angah jer yang habiskan... Yang lain, macam tak suka jer. Jika masak paprik pun, aku masak bukan nya ikut resepi yang selalu terdapat kat kedai makan tu, tibai jer apa yang ada. Janji ada daun limau purut, ayam, lobak merah,tomato, kacang panjang cari serba sedikit lagi bahan yg ada dalam peti sejuk,... belasah jer lah...

Susah juga nak hantar mesej kat along. Dia nak resepi yang aku buat. Macamana ye nak tulis.. memang banyak resepi kalau dicari dalam ruangan resepi .. kan resepi kat hujung jari sekarang ni... Duduk berfikir sejenak, aku pun tulis serba ringkas bahan-bahan nya.... Begini lah agak nya bila dah berjauhan dari orang tua. Kalau duduk dalam negara kita ini apa teragak, bolih makan dimana-mana sahaja.. Begitu juga lah aku.... masih terasa saat aku makan masakan emak... rindukan sambal gesek, gulai pucuk ubi, sambal goreng ikan bilis .... malah lempeng mak paling enak ku nikmati... dicicah dengan kuah masak lemak cili padi... yang kawkaw....

Bila agak nya kita dapat berkumpul semula...
Share:

mari berpuisi

Hari dah merangkak senja... merayau kat laman sesawang terjumpa pula sebuah puisi yang aku rasa ingin ku kongsikan dengan kalian...

Makna Sebuah Idealisme
Dan kamu bilang kamu telah cukup banyak mengajariku tentang idealisme
Tentang kekuatan sebuah karakter untuk bertahan dalam situasi paling pelik sekalipun
Kupikir…
Mendengar kalian bicara di masa lalu itu
Tentang arti sebuah bangsa dan koar-koar makna kebangsaan
Sudah cukup membekaliku menghadapi rimba kehidupan di masa depan
Masih kuingat…
Teriak-teriak lantangmu di hadapan masa yang membajir peluh di bawah terik matahari
Menyuarakan tentang semangat untuk merubah bangsa ini
Yang kecintaamu kala itu dipersembahkan dalam makna sebuah orasi
Kukira…
Itu cukup untuk mengeraskan niatku menjadi karang agar tak terhempas oleh roda birokrasi
Oleh abrasi budaya tak pantas bangsaku
Itu mimpi saudaraku
Kuberitahu hari ini! Itu tak ada arti temanku!
Tak ada harga sebuah idealisme di sini
Di sini kamu akan hidup untuk bertahan mengais sebuah kesempatan demi sekedar menggelar apa yang disebut setitik aktualisasi keilmuan
Di sini pembelajaranmu akan menjerit karena ia kini diabaikan…
Disisihkan… Dilupakan… Dan ia menangis…
Idealisme itu kawanku… Runtuh! Gugur di hari pertama aku duduk di kursi ini!
Di pojok ruangan itu, air mataku meleleh, karena aku tak minta banyak pada republik ini
Hanyalah agar aku jadi makhluk berguna bagi tanahku dilahirkan
Rupiah bukan urusan utama bagiku, meski aku tak bilang aku tak butuh
Tapi aku mau berguna bagi negeriku ini dan melihat ke belakang 30 tahun kemudian, negeriku menjadi lebih layak untuk ditinggali, menjadi lebih pantas untuk dibanggakan, menjadi lebih utama untuk diperhitungkan…
Bukankah masih segar segala pikuk itu di tahun lalu
Jiwa-jiwa mahasiswa yang menggelora dan bertekad sekeras baja
Tapi…
Hari ini temanku, kamu… dan aku…. telah menjadi bagian dari sebuah institusi
Tempat di mana integritas dan profesionalisme kita abdikan dalam pertukaran yang disebut gaji bulanan
Atau sebuah status… atau sebuah gengsi… atau sebuah kebanggaan…
Mungkin sebagian dari kita cukup beruntung untuk hidup dan mengabdi yang juga mampu memuaskan rasa idealisme dan kepuasan pribadi
Namun untukku teman, itu sebuah kemewahan yang harus kuperjuangkan dengan sangat keras, perjuangan yang seringkali, membuatku merasa lemah dan tidak mampu untuk menang, bahkan menyangkal bahwa ini tanah perjuanganku… Penyangkalan temanku! Hingga sebuah penyangkalan akhirnya tersirat dalam pikiran dan nuraniku saking aku merasa tak berdaya di sini…
http://www.puisi.org/2010/11/22/makna-sebuah-idealisme/
Share:

Monday, February 7, 2011


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Share:

Sunday, January 23, 2011

Entah apa-apa..

ASSALAMUALAIKUM..

Dah nak masuk minggu terakhir bualan Januari. Sekejap sahaja masa barlalu ye.... rasanya baru lagi langit diterangi kemilau percikan bunga api.... beratus ribu ringgit melayang di ruang angkasa....Huhhh. Kolot betul aku ni kan... apa nak bising-bising, bukan duit aku pun..hihihi.. Tapi tetap nak tulis juga.... lagipun dah lama terfikir nak tulis, sekurang-kurang nya untuk zahirkan apa yang aku rasa sahaja .
Bila malam menjelang tahun baru, berbondong-bondong keluar rumah semata-mata nak saksikan percikan bunga api di ruang angkasa. Bagi aku, bila asalnya adalah membazir, maka akan ada rentetan perkara-perkara yang sangat kita takut kan akan terjadi.....Tidak payah lah aku senaraikan disini, kerana semuanya sudah maklum ..... Namun begitu ada juga yang ambil kesempatan keluar bersama keluarga meraikan malam tahun baru, sambil memandang keangkasa... menantikan detik 12 malam..huh!!! Tetapi, awas...bila pandang kat langit jangan lupa duri kat kaki ....

Sebenarnya x tau nak buat apa masa ni. Duduk sambil membelek album gambar yang lama-lama , satu persatu gambar ditatap.... tidak jemu-jemu.. Potret kawan-kawan ku semasa aku bertugas dahulu satu persatu kenangan silih berganti.. Sahabat, dimana kau sekarang... Bila menatap potret putra putri ku yang masih kecil..... sering aku berkata didalam hati.... alangkah baik nya jika ibu dapat membelai kamu seperti dahulu...disaat ini...

Share:

Monday, January 17, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta..






Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Hari ini memang terasa nak menulis sangat. Jarang keadaan saya begini dalam menjalani hari.. Nak dikatakan gembira sangat, tidak juga. Duduk sorang diri sepanjang siang letih juga lebih-lebih lagi keadaan diri yang begini sejak kebelakangan ini. Cepat letih dan apabila tiada kawan nak bercakap, mulalah mengadap PC buruk ini... Tetapi hari ini pagi-pagi telah dihiburkan olih sikecil empat ekor yang menyerbu pintu sebaik saja aku buka.... Huhuhu.

Kelmarin memang sedih bila si comel kesayangan anak ku yang dititip kan kepada ku mati. Walau dia hanya seekor kucing yang baru sebulan... tapi memang dia sangat istimewa. Keletah nya yang lain dari kucing-kucing yang lain.. Masih terbayang bila minta dibasuh kan mata nya yang bertahi dan dimandi serta dikeringkan bulu nya... Kalau aku buat-buat tak tahu bila lalu di tepi... dia akan bergantung dikain ku... Tidak akan minum susu kalau tidak dalam botol,sedang yang lain-lain berebut-rebut minum dipiring... sedangkan comel sanggup tunggu susu dalam botol.. Mula-mula marah juga dengan si bongsu aku tu... "kenapa la kau ajar comel tu minum pakai botol? Susah ibu nanti tau..." Selamba je dia jawab," Dia anak yatim ,sian ke dia..kucing ni sangat bagus untuk orang yang sakit cam ibu... ibu peluk lah dia selalu..."



Masa tu memang rasa nak marah.... tapi, sekarang tak taulah bagaimana kalau sikecil 4 ekor yang sedang nakal tu....hilang dari mata .. Melihat sikecil tu belari-lari dan bergumpal, rasa terhibur juga hati... Patutlah anak ku bersedih sepanjang hari bila sesuatu yang menimpa binatang kesayangan nya . Tengahari ini lambat sikit masak... ini gara-gara kucing-kucing ini la..
Rasa nak ikut main kejar-kejar dengan 2 beradik yang nakal tu... Yang 2 lagi ada ibu dia disisinya... asyik menyusu sahaja. Makan pun tak mahu... "Tompok, apa salah susukan sekali anak yatim 2 ekor ni ha... kedekut betul..."

Betul lah.....ada sesuatu perasaan yang lain dari dahulu bila anak-anak kecil tu berlari-lari mencari saya... Masa tu mulalah bercakap dengan sikecil tu.....( Eh, tak apa kan ... normal la tu kan..) Wah ! Sikecil tu da mula faham... Jangan cemburu ye Aiza bila kau balik nanti sikecil tu tidak kenal ngan kau...

Masak untuk makan tengahari tadi memang lambat sikit... Pukul 12.30 baru nak siang ikan... nasib lah makan untuk sekelamin saja.. cincai je lah.. Ada sayur, ikan ... masak lebih kurang, siap!! Yang pelik nya kebelakangan ini tajuk utama perbualan masa makan ialah.. KUCING!!! hihihi. Nampak nya suami pun ambil berat tentang kucing-kucing tu.... Yelah kan kan dah ada ungkapan, ' tak kenal, maka tak cinta...'




Share:

Thursday, January 6, 2011

Mari berpuisi...

Assalamualaikum..

Hujan masih lagi tidak berhenti. Sejuk bukan main lagi malam ni. Berselimut tebal pun x bolih memanaskan badan.. Bagaimana dengan anak ibu kat Sana'a... angah di utara pun mengadu kesejukan.. nasib air di pili tidak beku.. Tiada apa nak buat malam ini. Kehulu kehilir serba tak kena. Kain-kain yang diambil dari ampaian pun telah selamat dilipat...(Malas betul kalau lipat kain yang tak garing.... macam ikan goreng la pulak..) Masuk kamar angah tadi jumpa pula sebuah buku. Mari kita kongsi puisi yang sangat berharga ini... dan semoga dapat dihayati..


Impian Seorang Seniman



Sekiranya aku masih hidup
sepuluh tahun dari sekarang
kita akan bertemu jua
setelah sekian tahun lebih tua.

Sekiranya kita tidak mati
dua puluh tahun dari sekarang
kita akan hidup
dalam Rancangan Malaysia keberapa
dan Usman Awang barangkali sudah bersemadi
di Makam Pahlawan Negara
atau membaca fatihah dipusara sahabatnya.

Sekiranya umur kita panjang
tulisan-tulisan kita akan mahal harganya
sebuah cerpin bolih beli sebuah kereta
sebuah novel bolih beli sebuah rumah
sebuah sajak bolih menggoncang satu kuasa
tetapi sekiranya kita akan mati
esok,lusa atau hari ini nanti
dan bahasa ibunda tidak laku
itu bukan salah kita
itu adalah urusan orang didunia
yang terlalu bodoh menguruskan maruah nya.


Baha Zain -6 Nov 1982.
Share:

Wednesday, January 5, 2011

Hujan dan rezeki.....

Assalamualaikum...

Hujan masih deras turunnya. Sebentar reda dan kini mencurah lagi. Ternakan sudah bising direban. cepat sungguh makanan yang di beri dihabiskan... macam tuan nya juga!!! Asyik berkeroncong saja perut.... Baru sebentar suami pulang bawa barang-barang untuk ku bungkus... Basah pakaian nya. Belas sungguh melihat suami ku. Tidak pernah mengeluh pasal diri sendiri. Apatah lagi tanya pasal aku....hihihi. Tau nya bercerita tentang barang dagangan nya sahaja.Tentang pelanggan yang meminta minyak masak, harga bawang yang melambung tinggi , telur , gula... ini semua yang membuatkan suami ku resah..

" Macamana saya nak jual bawang ni, harga beli je dah 5.50 . Itu belum di bersihkan lagi tu.. mana yang dah jadi pokok musim ujan ni lagi.Minyak saya cari kat pemborang tu tadi da habis. Nak jual yang dalam botol , memang x bolih. Dia nak jual mengikut harga kat botol ngan saya. 6.20 2kg... pastu dia suruh saya jual lebih sikit.... baik x payah!! " Terburu-buru suami ku ke kedai semula. Lambat sikit buka kedai hari ini. Siaplah suami ku ari ni ... misti pelanggan bising kenapa buka lambat. Memang akrab dia ngan orang kampung disitu... tetapi dalam pada tu, kena tipu pun ada.. Apalagi, masaalah hutang ... Mula berhutang, bayar lah... dah berkepuk, melintas kat kedai pun tak mahu. Yang pelik nya kalau selisih jalan, sanggup berpaling ke tempat lain.Mungkin kah orang-orang yang begini punya tabiat yang sama? Bukan seorang dua begini, malah ramai.... Kalaulah mereka tahu kemelut harga yang dihadapi olih pekedai runcit seperti suami ku ini... Arrrgh!!! Kalau peruncit lain tak tau lah pula.. Semoga Allah beri kesabaran buat suami ku berpandukan niat nya yang asal untuk berniaga...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwt9OimnxOaXAH83S4S16y_obkvwKJSc8wqQABA0SxAUQfNbWS2n1s3dUS6SBms3hI4WbcrEwKmuadlMCyIlrPWb21RSfnKIfsipV3sTRVjQBlpe9eX3JUHdgWZNfv1vbY5aYjLUwjYiw/s1600/rezeki.jpg

Setakat hari ini, banyak atau sedikit, itulah rezki. Malah yang kami dapat belum tentu lagi rezki kami sepenuh nya.... Namun masih tetap bersyukur kehadrat Yang Maha Esa. Kadang yang tidak dapat di tampung dicukupi olih orang lain . Kami panjatkan lagi kesyukuran semoga Allah menambah kan rezeki kepada mereka yang merengankan kami..

Kelmarin sedang bercerita kurang nya pelanggan kerana hujan setiap hari, pendapatan sedikit merosot... anakku yang berada di negara orang menghantar pesanan ringkas... " Ayah ada masukkan duit ke? Dalam akaun bank ada tambahan 400.00 + 70.00....." begitu lebih kurang... Syukur Ya Allah, dalam berkira-kira nak kumpulkan belanja buat anak kami di rantauan, ada insan yang menghulurkan tangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki penderma yang tidak diketahui tersebut.. Hari ini lebih mengintkan aku akan kata-kata anakku. "Allah telah beri jalan untuk saya belajar kat sana, InsyaAllah.. Allah akan beri jalan bagaimana untuk atasi masaalah disana.. Ada lah rezeki tu nanti...."

Alamak , tu yang malas nak megetuk keyboard ni ha... emo.. pada hal kedapur belum lagi ni.. Waduh! Nak masak apa lah ari ni ye... Masak sungguh-sungguh pun bukan selera pun makan kalau cuma berdua....
Share:

Friday, December 31, 2010

Mengharap SINAR 2011

Assalaamualaikum....
.Dah jam berapa sekarang ye? Mata tidak bolih dipejamkan .... Apa yang difikirkan ?. Entah lah, yang pasti hari ini adalah hari terakhir kita bernafas di tahun 2010 ni.. Esok dah 2011.

Tahun ini memang banyak perkara yang berlaku.... kalau nak ku salin dari diari lipatan hati ni... tentu sampai pagi tidak habis ku catatkan kat sini... Cukuplah ingin ku nyatakan disini bahawa apa yang ku tinggalkan setahun yang lalu telah ditakdirkan untuk perjalanan hidup ku.... Tawa, tangis, bahagia memang telah menjadi asam garam hidup ini. Yang sering aku dambakan apakah 2011 akan menyambung harapan ku yang belum kesampaian...huhuhu.

Harapan? Harapan apa tu ha... Banyak! memang sangat banyak... tidak dapat disenaraikan .. ini melibatkan harapan ku buat diri sendiri, keluarga, sekeliling ku... Wah!. Harap kesihatan aku semakin baik tahun-tahun akan datang. Aku ingin membahagiakan semua orang yg memerlukan aku... Wahai anak-anak ku yang tercinta... cuma ibu ingin berpesan..."Jangan berputus asa bila mengalami kegagalan..ketahuilah, kejayaan itu memang manis. Tetapi kemanisan itu terpaksa di dahului dengan kepahitan.!!

Di tahun-tahun yang bakal ku lalui ini... aku ingin kan semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba Nya yang mendapat petunjuk dari Allah dan memberi petunjuk kepada orang lain. Semoga kita tidak dari golongan hamba-hamba Nya yang sesat dan menyesatkan orang lain pula.... Kalau lah masih terbit sinar di ufuk timur esok hari... Allah, aku bermohon agar Kau sinari jiwa kami dengan cahaya dan nikmat iman... Semoga kami sentiasa didalam perlindungan mu Ya Allah..



SEMOGA SINAR 2011 MEMBAWA KEBAHAGIAAN BUAT KITA SEMUA...

Share:

Tuesday, November 9, 2010

'Terbang bangau.....'

Assalamualaikum


sebulan lebih dah x buat sesuatu kat bakawali ni.... Mana janji nak menulis tiap hari??? sebenarnya ada banyak yang nak di riwayatkan...hahaha. Tetapi banyak kisah yang terpaksa berkubur je tanpa nesan...kat sudut hati..... semoga hati ini mampu menapis dan menyimpan nya dengan rapi !!

Hari ni lepas asar ada jemputan untuk mendengar taklimat untuk penjaga di Madrasah Darul Bayan..... Taklimat untuk penjaga dan pelajar yang akan pergi sambung belajar di Yaman.... Entah mengapa dada aku bedebar je hari ni.... Macam ada batu yang menghempap kat dada sejak tahu ada taklimat hari ini... Macam-macam yang aku fikirkan.. Kesihatan along, keuwangan , apabila berjauhan nanti.... rindu ... (sedangkan adik-adik nya balik setiap semester aku rindu... ini kan lima tahun kat negara orang)

Masuk je asar, suami dan aku terus solat dan bergegas ke Madrasah Darul Bayan.... Sempat aku capai sebiji GLYCERYL TRINITRATE dan letak bawah lidah.... Alhamdulillah rasa sakit didada
berkurangan. Kalau aku cakap ngan suami ni... sudah tentu dia tidak kasi ikut.... aku buat-buat okey je.... Syukurlah masa kami sampai majlis belum bermula... Along dah sedia menunggu.

Semasa sesi taklimat, aku dengar sepatah demi sepatah taklimat dari tiga orang ustad dihadapan. Sepatah demi sepatah perkataan nya aku fahami...... Alhamdulillah tekanan dah semakin berkurang. Malah aku menjadi lebih insaf apabila ada dua orang penjaga terpaksa berpisah dengan anak mereka selama 10 tahun..... lebih-lebih lagi anak itu berusia 15 tahun...

Ada seorang ibu kepada murid cakap," bila Allah dah beri jalan dan peluang... x kan kita nak halang.. Insyaallah, tentu ada jalan peyelesaian untuk semua masaalah.." Untuk penjaga kepada Affizal, Shamil dan Hassan.... tahniah kerana sanggup berpisah dengan putra -putra anda walau masih remaja.... semoga restu dan doa anda menjadi penawar dan pembakar semangat mereka untuk menuntut ilmu di sana.

Kepada semua tenaga pengajar di Madrasah Darul Bayan ,terima kasih kerana memberi peluang dan kesempatan buat anak kami melanjutkan pelajaran mereka. Sangup bersusah payah menguruskan ... masa,wang dan lain-lain ... Hanya Allah sahaja yang membalasnya... Buat anak ku .....Mohd Aizad, pesan ibu...... Jangan sekali-kali kau lupakan segala jasa insan-insan yang telah berjasa kepada mu demi untuk merialisasikan impian kamu, anakku....


Share:

Tuesday, September 21, 2010

Aku ingin menulis lagi hari ini.... Nak coretkan apa? Tak ada tajuk kali ini cuma nak merapu meraban je.....ishhhh..... Bila duduk sorang-sorang, badan pula lemah longlai dah habis tenaga disebabkan demam dan apabila batuk.... aduyaiii... macam nak keluar usus.... nasib 'macam' , kalau betul-betul..... nauzubillah..

Jumaat lepas, aku sampai di rumah lebih kurang jam 6 petang. Ingatkan nak terkejutkan dua puteriku bila tiba-tiba aku sampai dari kampung... Dari Seremban lagi anak-anak bertanya bila aku akan pulang? Selamba je aku jawab.... "tak tau lagi, tiket dah habis...." Sebaliknya aku yang terkejut bila lihat sikakak terbaring di ruang tamu kerana demam. Namun ditepi dinding, tersusun pakaian yang telah dilipat. Siap diasing-asingkan lagi pakaian -pakaian tersebut... Adik nya pula dah siap buat se teko teh buat ayahnya yang akan pulang dari kerja.... Wah, bolih harap juga mereka ni masa aku tiada dirumah... Yang buat aku terharu bila mereka tidak pun beritahu aku akan keadaan kesihatan mereka. Padahal siadik baru saja sembuh dari demam.... Suami ku pula ambil alih memicit kepala sibongsu... Mungkin mereka tidak mahu buat aku resah bila duduk dikampung menemani ibu ku yang masa itu berada dihospital.... Kau semakin dewasa anak-anak ku....

Namun cuti tiga orang anak kami kali ini mungkin cuti yang paling tak megembirakan mereka.. Angah balik ke Sintok, semasa aku tiada di rumah... sori angah, ibu tak dapat buat bekal untuk angah kali ini.. Dua anak gadis ku pulang ketempat masing-masing pun tanpa bekalan yang aku buat sendiri... Insyaallah lain kali kalau ibu sihat masa korang bercuti, ibu akan buat semua yang kamu inginkan...

Along pula dah balik kat Darul Bayan tengahari tadi..... Bila along pulang nanti, mungkin untuk seketika bersama kami.... lepas itu akan tinggal kan kami buat jangka masa yang lama... Pergilah anakku, moga kau di tetapkan hati dan sentiasa berada di jalan yang benar demi memperjuangkan Agama kita yang suci ini.... Walau berada di negara orang, ingat lah kita tetap berada di bawah langit yang sama.... Terima kasih buat dermawan dan ustaz-ustaz Podok yang merielisasikan impian along..... Alhamdulillah.

Malam kian larut.... berhenti dahulu sebelum melalut...
Share:

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran

Buat semua yang dikasihi
Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap
Semoga Allah menerima ibadah kita semua
dan semoga kita dapat bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Share:

Thursday, September 2, 2010

Doa..

Seusai solat subuh tak tau nak buat apa. Kain yang telah dua hari tak berbasuh, dah diarahkan 'orang gaji jepun' mencucinya. Nak kemas rumah,malas pula, 'apa yg nk dikemas' ......kemas pun cam tu juga...tak kemas...kemas.. Kalau dah tinggal berdua saja, rumah pun dah hilang 'seri' nya... Aduh! korang cepatlah balik. Nak sambung tidur, takut tidak terbangun pula nanti. Kucapai buku dirak buku.. (Saat aku teringat kan gemulah ayah, disaat senggang inilah yang aku buat.... ).

Buku tulisan Dr Hamka bertajuk , DOA - DOA RASULULLAH -1970. Ingin aku berkongsi sedikit apa yang tertulis di dalam nya.
Didalam beribadat kepada Allah SWT, Doa adalah satu amalan yang penting sekali. Lantaran pentingnya doa,didalam Al Quran sendiri terdapat doa-doa dari Nabi-nabi dan Rasul-Rasul Allah. Doa Nabi Adam, Doa Nabi Nuh, Doa Nabi Ibrahim, Doa Nabi Yunus dan Doa dari Nabi-nabi yang lain.

Sabda Rasulullah betapa pentingnya doa :
bermaksud:
"Doa itu adalah ibadat" Itulah sabda Rasulullah. Lalu baginda baca firman Allah ( Surah Al- Mukmin Surat ke 40; ayat60) " Dan berfirman Tuhan kamu ; Serulah Aku (berdoa lah kepadaku), niscaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang yang merasa sombong dari beribadat kepadaKu,akan masuklah mereka kedalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina". (hadis diriwayatkan olih Ibnu Hibban. Dan diriwayatkan juga oleh At Turmuzy dan perawi-perawi hadis yang lain, diterma dari sahabat Rasulullah SAW, Nukman bin Bashir r.a )

Didalam hadis ini dinyatakan bahawasanya doa itu sendiri sudah bolih dikatakan ibadat,atau termasuk ibadat, atau semulia-mulia ibadat. kerana apabila kita telah berdoa,bererti kita telah mengakui kerendahan dan kehinaan diri kita dihadapan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia tempat kita memohon.

" Doa itu adalah otak dari ibadat" ( Hadis ini diriwayatkan olih Ibnu Hibban dan At Turmuzy)

Ingin ku petik lagi antara isi kandungan buku ini... Berkata Nabi SAW : " Tidaklah yang menolak ketentuan Allah kecuali doa; Dan tidaklah yang menambah umur, kecuali membuat kebajikan,dan seorang lelaki akan diharamkan bagi nya rezeki kerana dosa yang dibuat nya."

Akhir sekali ingin kupetik lagi.... Khas buat yang sudi membaca...

DOA BERTAWAKAL:

"Ya Tuhan ku yang hidup, ya Tuhan ku yang berdiri sendiri Nya, ya Tuhan ku pencipta langit dan bumi, ya Tuhan ku yang empunya Ketinggian dan Kemuliaan; Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, dengan Rahmat Engkau aku memohon dihujani, perbaikilah keadaan-keadan ku semuanya, dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri,dan jangan pula kepada seseorangpun daripada makhluk Engkau" (Hadis ini adalah drpd hadis sahih)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada siksaan azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.

Share:

Saturday, July 31, 2010

Terima kasih suami ku.

Malam ini aku dah nak bertoilak ke kampung.
Terima kasih suamiku kerana membenarkan aku menziarahi bonda di kampung.
maaf kan aku kerana meninggalkan abang kesaorangan memikul tugas harian...
rumah yang berantakan....
mengambil alih membasuh pakaian dan pinggan mangkuk...
2 ekor arnab dan 2 ekor kucing yang perlu diberi makan.... maafkan aku..


Abang...


Bila semuanya telah selesai,
Insyaallah aku akan kembali ke teratak kita....
Share:

Friday, July 30, 2010

Tubuh tidak simpati pada diri sendiri.....

Tubuh tidak simpati pada diri sendiri? Apa pula ni.... hari ini sementara duduk berehat kat rumah, aku masuk bilk anak sulung ku.. Belek satu demi satu buku yg ditinggalkannya. Tertarik dengan satu buku yang berjudul - Persiapan Menghadapi Maut siri -7. tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat....
Menarik dan ingin berkongsi dengan anda.... maka aku petik 'bulat-bulat' antara isi didalam nya........

 Sesuatu yang lumrah jika sengketa atau perbalahan terjadi antara dua individu atau dua kumpulan, kerana manusia tidak selamanya sependapat atau sealiran fikiran. Tetapi agak sukar difahami jika manusia terpaksa berkrisis atau bersengketa dengan dirinya sendiri. Tidak mungkin sesuatu perbuatan yang dilakukan olih sesaorang tanpa persetujuan perasaan dan fikirannya,jika suatu tindakan telah dipersetujui, tidak mungkin jasad akan dipersalahkan kerana melakukannya. Perbalahan dan diri sendiri tentunya tidak terjadi.

Walau bagaimanapun Allah SWT akan membuktikannya bahawa pasti tiba saatnya manusia terpaksa berbalah dengan diri sendiri, diantara tubuh manusia saling mendedahkan rahsia diri yang selama ini tidak pernah didedahkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini( hari qiamat) Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka ushakan." (surah Yaasin ayat 65)

Firman-Nya lagi, yang bermaksud:"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan". (surah An-Nur ayat 24)

Banyak lagi buku-buku peninggalan Allahyarham ayahanda yang belum sempat aku baca...... Kalau seminggu sebuah buku.... harap-harap dapat habiskan semua buku-buku tu.... Tapi banyak buku arab.... macamana nie...



Share:

Monday, July 12, 2010

Berangkat lah......

SAAT INI CUMA INGIN IBU TULISKAN...
WALAU SEORANG DEMI SAORANG TELAH BERANGKAT

MENINGGALKAN KAMI...... WALAU MASIH TERASA DAKAPAN

DAN HANGAT AIR MATA IBU, PERGILAH DEMI ILMU DAN CITA-CITA KAMU.

KAMI AKAN TETAP DISINI, MENDOAKAN KAMU!!!





Share:

Friday, June 25, 2010

Semakin dekat...

Semakin dekat destinasi bakal ku singgah.
tak mungkin akan ku lalui lagi saat yang telah ku tinggalkan
walau seribu kelam bakal ku rempuhi dihadapan....
akan ku gapai dengan penuh semangat dan pasrah

Cita dan doa ku semakin hampir di genggaman
bakal ku rangkumkan dan akan ku lepaskan
bakal menjadi penyambung pada apa yang akan ku tinggalkan.....
Semakin lelah , semakin banyak aku mengharap
Ya Allah, izinkan aku menyaksikan
ANUGERAH yang telah KAU hadiah kepada kami
mencapai impian dan cita-cita mereka .


Apa yang telah ku lakukan untuk diri ...
yang pasti, aku begitu kerdil disisi Mu
sentiasa berada dijalan Mu,di dalam lindungan Mu,
berkati hidup ku.... itu yang ku harapkan Allah .

Untuk mu ayah bonda yang tersayang
terima kasih ....... kerana kasih mu
aku dapat mengecapi nikmat Allah di dunia ini
empat puluh lapan tahun yang telah ku lalui
sarat terakam pahit getir
janji dan harap.

Namun buat yang ku sayang
terima kasih buat ibu bahagia
cita-cita kamu untuk memanjat tangga 'menara'
telah terlaksana .

Pesan ibu menara gading bukan kayu pengukur...
pun bukan lesen untuk membahagia kan kami
kasih sayang , amalan dan doa kamu adalah
HADIAH YANG TERINDAH
yang sering ibu dambakan.

Buat putra putri ku..
Mohd Aizat, Mohd Hafiz, Norsyazana dan Nur Aizatul Akmal
ibu bersyukur kehadrat Illahi
kerana menghadiah kan kamu kepada kami

Buat suami ku
tanpa mu, mana mungkin permata hati ini dalam dakapan
Terima kasih kerana menjadikan aku isteri mu.

Semoga Allah membenar kan aku melihat suria esok hari lagi....
menghirup udara segar
Dengan nafas dan harapan baru....








Share:

Wednesday, May 26, 2010

Gula yang pahit !!!

Assalamualaikum.

Bagaimana nak mulakan tulisan kali ini ye... lama tak menulis jadi kaku pula. Memang dah lama nak menulis ,tetapi ada saja halangan nya. Halangan nombor satu adalah MALAS. Memang masaalah ini tiada siapa yang dapat tolong...hehehe.

Gula yang pahit!!!. Memang banyak sebab mengapa kali ini ingin ku katakan bahawa gula itu pahit. Betul ke gula pahit? Lawaknya..... Kan gula manis. Bolih dikatakan hidup ini perlu gula!!!
Segala macam masakan perlu gula.. Lebih-lebih lagi kt tempat aku bermastautin ini, lauk pauk pun perlukan gula... wajib. Aku menulis ini adalah kerana krisis gula kat tempat aku.... Lebih-lebih lagi kami ada kedai runcit.....Meliaga sikit-sikit ma...

Dahulu tidak lah seteruk ini. Kalau suami beli gula kat pemborong bolih lah dapat dua atau tiga karton... satu karton sebanyak 24 bungkus. Itu masa gula rm 1.50 sebungkus. Bila gula dah naik harga rm 1.65 semakin kurang pula bolih dapat. Kadang-kadang bolih lah 2 karton atau paling sedikit, 1 karton.... Masa tu , pemborong beri harga rm 1.63 sebungkus... jadi atas sebungkus dapat lah 7 sen. Itu pun kami terpaksa jual dengan harga rm 1,70 sebungkus. Sejak kebelakangan ini, entah dimana silap nya... gula semakin susah didapati. setiap hari suami kena berulang ke pemborong untuk dapatkan gula. Nak tau berapa karton bolih dapat? ENAM bungkus sahaja!!!!!. Itu pun bukan setiap hari bolih dapat. Harganya pula rm 1.65. Cuba kira 6 bungkus tu dapat untung berapa sen.....duit minyak pun tak lepas... duit plastik lagi...
Rupanya berniaga ini pun bukan semata-mata nak kejar untung sahaja. Kadang-kadang kesian juga lihat suami kesana sini cari gula semata-mata nak tunaikan permintaan pelanggan. Lebih-lebih lagi makcik-makcik yang tiada siapa nak diharap ke bandar atau pasaraya nak dapatkan gula. Adakalanya dia sanggup beli sekilo di kedai lain untuk makcik-makcik tersebut....

Semasa aku dikedai, macam-macam perangai pelanggan nak dapatkan gula. Ada kalanya orang yang tak pernah datang atau tempuh kedai runcit kami pun ada datang semata-mata nak beli gula.... Kesian juga melihat nya. MAAF GULA DAH HABIS!!!. Bilalah krisis gula ini nak selesai.

Menteri kata, rakyat kena belajar kurangkan gula dalam masakan dan minuman...Kalau dalam keluarga sendiri, bolih lah kot.. Bagaimana pula dengan peniaga makanan atau minuman? Bolih laku ke kueh atau air yang......tobat! Tak datang dah kedai tersebut lagi agaknya.....

Mudah-mudahan krisis gula akan kembali pulih di DUNGUN ini.Semoga kerajaan tidak menarik balik subsidi gula...... Walaupun dengan terpaksa kami tidak dapat jual harga rm 1.65, kami punya alasan tersendiri....Kadang-kadang ada juga pelanggan yang datang nak beli gula. Dengan sombong nya bercakap, " 1.70? mahal nya. Mareng kt Nir_ _ _ _, 1.65 je " Nak aku maki je orang tu...... Itu untung aku kesian, dapat gak mu gula..... kenapa mu tak shoping kat pasaraya tu? Tetapi itu lah, nama pun pelanggan.... Terpaksalah aku jawab, " Nak beli tak ni, kalau mahal, baik awak beli kat sana. Lima sen tu awak bolih beli macam-macam....." Nak cerita masaalah kami sebagai peniaga kedai runcit ni.......issshh, lain kali lah. GULAAAA, setiap tahun ada saja masaalah!!!! Memang pahit...

Selingan Kejap:

Jadi,dengan kekurangan gula ni,apakata kita beralih ke alternatif baru....yang lebih menyihatkan daripada gula...Kita masih dapat minum manis,tapi TANPA gula dan boleh menyihatkan badan kerna dapat membantu dan merawat pengaliran darah yang bermasalah dalam badan kita...Fuhh..bukankah kedengaran sangat berkhasiat?hehehe

Apakah alternatif itu? Jeng..jeng..jeng...Produk ini dinamakan Stevia Sweet,iaitu produk pemanis tanpa gula untuk kamu semua...

Yang ini kordial,kat kedai ada 6 perasa semuanya, Laici, Anggur, Oren, Kismis,Kurma dan Sarsi..
Ini pula yang concentrated...pilih..pilih..pilih...ada 8 perasa semuanya..Roselle, Kiwi, Mangga, Anggur, Dragon Fruit, Kismis, Kurma dan Nenas...
harga kat botol RM19.90..tapi kalau beli kat Usaha Pasti Jaya Enterprise
(kedai sapa la tu yer)....12 ringgit boleh dapat..tapi kalau nak lagi murah,sila runding dengan tokey yerr..hehehe

yang ni Premium punya..botol kaca..dalam kotak....tengok botol pun dah eksklusif..harganya..paham-paham je la...hehee
Share: